Thursday, May 29, 2014

Anemia & Penawarnya ~

Salam semua.

Hari ini saya akan berkongsi tentang penyakit Anemia yang sering dialami oleh kaum wanita terutamanya ibu-ibu yang hamil. Penyakit ini juga boleh dihidapi oleh bayi atau kanak-kanak seperti mana yang dialami oleh si comel saya, Akmal. Walaubagaimanapun, Akmal hanya mengalami iron deficiency anaemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi di dalam darah. Perkara ini hanya dikesan apabila Akmal yang mengalami HFMD telah diarahkan oleh Doktor untuk membuat ujian darah dan bacaan HB nya hanya 8.1 sahaja. Hasil ujian darah ini sememangnya amat membimbangkan apabila Doktor telah mengarahkan ujian darah yang lebih detail dijalankan kerana bacaan HB yang rendah juga merupakan salah satu petanda kepada Talasemia.  InsyaAllah entry detail berkenaan perkara ini akan saya share dalam masa yang terdekat ini.


Apakah anemia?
Anemia merupakan satu keadaan di mana jumlah sel darah merah atau hemoglobin di dalam sel darah manusia berkurangan atau berada di bawah paras normal.
                                      Perbezaan sel darah merah normal dan pesakit anemia. 


Apabila kita mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel adarah merah akan berkurangan. Hemoglobin di dalam sel darah berfungsi sebagai pengangkut oksigen dan zat makanan ke otak dan seluruh badan. Anemia akan menyebabkan kita:-

1. kurang daya tumpuan dalam pelajaran/pekerjaan
2. Kurang cergas dan cerdas
3. mudah letih dan mengantuk
4. merasa lesu; dan
5. mudah pitam

Berapakah bacaan darah yang dikatakan anemia?
Anemia boleh dikesan dengan pengambilan ujian  sampel darah yang ringkas bagi ibu-ibu yang mengandung. WHO ( World Health Organisation) mengklasifikasikan bacaan haemoglobin yang kurang dari 11 g/dL sebagai anemia.

Selain itu, kekurangan zat besi di dalam darah juga dikenali sebagai iron deficiency anaemia. Ianya boleh dikesan melalui pengambilan sampel darah yang lebih detail  dipanggil full blood count. Dalam keputusan ini, Doktor akan melihat nilai haemoglobin dan MCV bagi mengesan iron deficiency anaemia. Secara amnya, kadar haemoglobin kurang daripada 11 g/dL dan nilai MCV kurang dari 80% menunjukkan seseorang pesakit itu mengalami iron deficiency anaemia.
 

Bagaimana mencegah anemia?
Anemia boleh dicegah dengan mengambil/ memakan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti

i. kismis, sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam, kailan, daging, ayam, ikan, sotong, ikan bilis;
ii. kerang, hati ayam, hati lembu, paru lembu

Gambar ihsan Google

Tips
i) Buah-buahan dan sayur mengandungi vitamin C yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi. oleh itu makanlah buah dan sayur di dalam hidangan atau minum jus buah selepas makan. Anda juga boleh makan makanan kaya zat besi bersama pencecah seperti sambal buah-buahan contohnya sambal tomato atau sambal limau kasturi.

ii) Kopi, teh, susu, minuman berkola, minuman bercoklat mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi, oleh itu, jika ingin mengambil minuman tersebut, pastikan ianya diambil di antara waktu  makan utama atau sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam dari waktu  makan utama.


Wednesday, May 28, 2014

Kenapa Saya Memilih Shaklee - Part 1

Kenapa Saya Pilih Untuk Berniaga Dengan Shaklee?

Sahabat-sahabat saya ada yang bertanya bertanya, kenapa pilih Shaklee? Sebenarnya ada banyak alasan kenapa saya memilih untuk berniaga dengan Shaklee.. Sebelum bergelar SID Shaklee pada tahun ini, saya pernah bercadang untuk menyertainya setahun yang lepas. Tetapi entah kenapa, perkara tersebut tidak menjadi kenyataan kerana saya masih belum benar-benar memahami apa shaklee itu sendiri.



Namun jika ditanya semula saya pada hari ini, inilah jawapan yang benar-benar ikhlas daripada saya sendiri.

3 sebab utama (sebelum saya menyertai Shaklee)

Keyakinan Terhadap Produk Shaklee
Kalau kita perhatikan, setiap hari ada sahaja produk baru di pasaran sama ada produk bagi tujuan kecantikan atau kesihatan. Produk-produk ini kemudiannya akan mencetuskan fenomena di mana ianya akan meletup di pasaran dan hampir kesemua orang khusunya kaum wanita akan menggunakannya. Ialah wanita mana yang tidak ingin kelihatan cantik dan sihat kan? Yang menyedihkan adakalanya produk tersebut tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia namun disebabkan keghairahan untuk mencuba, ramai yang tidak kisah dengan isu tersebut. Saya perhatikan juga, produk tersebut memang akan 'boom' tapi selepas 6 bulan atau setahun ianya akan hilang begitu sahaja. Biasanya adalah disebabkan produk tersebut telah  diharamkan penggunaannya kerana mengandungi bahan-bahan kimia yang dilarang.

Shaklee pula telah bertapak di dunia sejak 50 tahun yang dahulu dan terus berkembang dan meluaskan empayarnya di seluruh dunia. Ini membuktikan bahawa produk ini selamat untuk digunakan dan terus dipercayai dari turun temurun.



Supplemen Adalah Produk Yang Sering Diperlukan
Betul tak?


Saya tidak perlu menjalankan kajian tentang fakta ini kerana saya, anak-anak, suami dan ibu saya sendiri sering menggunakan dan memerlukan supplemen walaupun sebelum ini tidak secara konsistent. Sebagai wanita, apabila mengandung kita sememangnya akan diarahkan oleh Klinik Kesihatan @ hospital untuk memakan supplemen. Bila badan terasa letih-letih dan agak lesu selepas seharian bekerja, kita biasanya akan mula tertanya-tanya 'apa agaknya supplemen yang sesuai untuk buat kita kembali cergas dan bertenaga'? Bila anak sering batuk, demam atau selsema, kita juga akan mula mencari-cari supplemen yang bersesuaian agar tahap kesihatan anak boleh dipertingkatkan. Bila usia makin meningkat pula, kebanyakan ibu bapa kita mula mengalami masalah kesihatan seperti lenguh-lenguh badan, sakit sendi dan lain-lain. Bagi mengatasi masalah ini, biasanya Dr juga kan menasihatkan kita untuk mngambil supplemen yang bersesuaian.




Ramai Yang Telah Berjaya Dengan Shaklee
Yang ini juga satu fakta, malah ramai teman-teman dan kenalan rapat saya yang telah berjaya dengan Shaklee sebelum ini. Daripada bekerja makan gaji, ramai di antara mereka yang telah bergelar usahawan Shaklee dengan pendapatan yang rasanya berlipat ganda daripada apa yang mereka perolehi semasa bekerja. Selain pendapatan yang lumayan, mereka juga mempunyai kebebasan daripada segi masa apabila boleh bekerja dari rumah dan dapat mendidik serta membesarkan anak-anak di depan mata. Saya percaya ini merupakan salah satu faktor penggalak yang kuat kepada mereka. Sebagai ibu yang berkerjaya, saya sendiri dapat merasakan betapa sedihnya apabila ibu- ibu bekerjaya  terpaksa menghantar anak ke pusat asuhan (nursery)  sewaktu hari bekerja. Apatahlagi sekarang ini macam-macam kes yang kita dengar berlaku di nursery, belum lagi cerita penularan penyakit  yang sering berlaku di nursery. Seperti kata sahabat baik saya Nurul, Doktor yang merawat anaknya sering berkata ' demam+batuk+selsema adalah penyakit 3 serangkai yang memang mudah menjangkiti anak-anak yang dihantar ke nursery'. Itu belum termasuk lagi beban kerja, stress dan masalah yang sering dihadapi di tempat  kerja seperti politik pejabat, pilih kasih dan sebagainya. Kalau saya nak share memang penuh di blog ni kan? Hihi..



Salam Hormat & Jumpa lagi ~

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

Tuesday, May 27, 2014

Tempoh Simpanan Susu Perahan

Walaupun ramai sahabat-sahabat saya yang menyusukan anak, ada juga di antara mereka yang kurang pasti tentang tempoh sebenar bagi penyimpanan susu perahan terutamanya susu perahan yang belum dibekukan. Ada yang kata 3 hari, ada yang kata 5 hari dan ada juga yang kata 7 hari. Agak-agak mana satu yang betul ye?

Kisahnya bermula apabila kawan saya yang balik ke kampung pada hari Jumaat telah menyimpan susu perahannya di bahagian beku. Apabila beliau pulang semula ke KL pada hari Ahad, beliau agak risau tentang susu tersebut akan cair di tengah jalan. Jadi di group whatsapp kami masing-masing berkongsi tips seperti menaburkan garam di atas ais dan sebagainya.

Gambar Tempoh Penyimpanan Susu Perahan.

Kawan saya tersebut membekukan susunya kerana beliau mengetahui  bahawa tempoh maksima penyimpanan susu perahan di bahagian bawah (chiller) adalah tiga (3) hari sahaja. Agak surprise juga apabila saya terangkan susu tersebut boleh tahan sehingga tujuh hari dan lebih mudah untuk beliau membawanya dalam keadaan cair berbanding beku.

Soalannya benarkah susu perahan boleh disimpan di bahagian chiller selama tujuh hari? Jawapannya boleh. Sila rujuk gambar di atas yang saya ambil di  pameran semasa Persidangan Minggu Penyusuan Sedunia Tahun 2012 di Putrajaya. Semasa menghadiri Kursus Penyusuan Susu Ibu juga, saya dan rakan-rakan juga telah diajar perkara yang sama.

Tapi kenapa ada pula yang kata 3 atau 5 hari sahaja. Sebenarnya jawapan ini juga tidaklah salah 100%. Kajian demi kajian telah diadakan oleh pakar-pakar penyusuan dan hasilnya mereka mendapati susu perahan boleh disimpan selama 7 hari maksima sebelum dibekukan pada hari ke8 dengan syarat peti ais kita tersebut bersih dan mempunyai pengudaraan yang baik. Selain itu suhu peti ais juga perlulah konsistent dan kita digalakkan menyimpan susu tersebut di ruangan yang paling dalam di bahagian chiller tersebut bagi mengelakkan perubahan suhu yang mendadak.  Bayangkanlah kalau peti ais kita tu penuh dengan makanan dan pelbagai jenis barang yang lain, pengudaraan pun dah bercampur-campur, bau pun ada macam-macam. Anak kita pun kerjanya asyik buka peti ais tu untuk cari  macam-macam benda. Jadi, agak-agaknya selamat tak susu kita tu disimpan selama 7 hari?

Hihi.. jadi untuk selamat memang ada yang menyarankan tempoh penyimpanan tu tiga (3) hari sahaja atau maksima lima (5) hari...
 Gambar Ihsan Google :-)

Mudah-mudahan artikel ini dapat membantu rakan-rakan yang lain ye :-)




Monday, May 26, 2014

Keistimewaan Susu Ibu

Tajuk ini sememangnya satu topik yang amat istimewa di hati saya malah saya bagaikan tidak jemu untuk  berkongsi kebaikan susu ibu ini kepada rakan-rakan, saudara terdekat dan juga ibu-ibu yang saya jumpa ketika di hospital.

Pemberian susu ibu kepada bayi dan anak-anak adalah fitrah semulajadi manusia dan merupakan cara hidup (way of life) yang disarankan oleh agama.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; (Surah al-Baqarah ayat 233)

Pemberian susu ibu kepada bayi/kanak-kanak juga merupakan sesuatu yang amat dititikberatkan di negara-negara barat dan di seluruh dunia. Kerana itu jugalah, WHO- World Health Organization & UNICEF  telah melancarkan Inisiatif Hospital Rakan Bayi di seluruh dunia pada 1992 bagi menyokong penyusuan susu ibu dan memastikan ibu-ibu yang mengandung mendapat maklumat & sokongan yang sepenuhnya bagi menyusukan bayi-bayi mereka.

Kebaikan Susu Ibu
1. Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi dan kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
2. Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
3. Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
4. Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan   otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
5. Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
6. Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
7. Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi. Sebagai contoh, bayi akan berhenti menangis apabila disusukan.
8. Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

 Kebaikan Susu Ibu - Kredit Gambar Kepada SusuIbu2u


Keistimewaan Susu Ibu Di Mata Saya
  • Dicipta secara semulajadi pada setiap kehamilan & kelahiran. Andai kita melepaskan peluang untuk menyusukan bayi, peluang itu tidak akan datang lagi kecuali untuk kelahiran seterusnya.
  • Meningkatkan martabat seorang ibu sebagaimana Allah menjadikan hanya kaum wanita sahaja yang boleh mengandung, begitu juga dengan penyusuan.
  • Sesuai untuk anak pada setiap ketika, ketika anak sakit sprt cirit birit/ rotavirus – penyusuan susu ibu boleh diteruskan. Ketika bencana dan malapetaka – penyusuan susu ibu masih boleh diberikan ketika bekalan makanan @susu lain terputus. Susu Ibu juga sesuai mengikut umur dan kandungan nutrien berubah mengikut usia dan cuaca.


Bagaimana jika kita tidak mempunyai rezeki untuk menyusukan bayi setelah berusaha atau mempunyai masalah kesihatan untuk menyusukan bayi?
Berpeluang untuk berjumpa dengan ramai ibu-ibu berkaitan penyusuan, membuatkan saya sedar bahawa tidak semua ibu di dunia ini bertuah untuk menyusukan anak-anak mereka. Saya mungkin bukan seorang yang paling layak untuk memberikan nasihat. Apa yang boleh saya katakan ialah :-

Susu Ibu adalah permulaan  terbaik yang boleh kita berikan kepada anak-anak. Andai tiada rezeki, usahlah kita bersedih kerana ianya cuma satu permulaan. Banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan terutamanya dari segi pendidikan, jagaan dan kasih sayang bagi memastikan anak-anak kita membesar  dan hidup dengan sihat dan sempurna, InsyaAllah.



p/s: Alhamdulillah dalam seribu kepayahan, saya telah berjaya menyusukan si manja Arif selama dua tahun penuh dan InsyaAllah untuk baby Akmal juga. InsyaAllah di dalam entry yang akan datang, saya akan menulis lagi tentang cerita kejayaan ibu-ibu bekerjaya menyusukan anak-anak mereka.

Sunday, May 25, 2014

Salam Perkenalan ~

Pembaca yang dihormati..

Alhamdulillah, dengan izin Allah akhirnya saya kembali aktif untuk menulis blog setelah sekian lama menulis secara peribadi di blog anak-anak kesayangan dan juga di satu lagi blog jualan saya yang lain. Ianya bagai memulakan langkah yang pertama setelah sekian lama.

Bertemu semula, walaupun hanya di dalam talian membuatkan saya ingin berkongsi tentang banyak perkara kepada anda semua.. InsyaAllah, saya akan cuba kongsikan pelbagai tips terutamanya berkenaan penyusuan susu ibu,  kesihatan, kecantikan dan sudah tentunya pengalaman menjadi ibu kepada anak-anak yang tersayang.

Jumpa lagi di penulisan yang akan datang :-)

Lots of Love;
iLa

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template