Monday, June 30, 2014

Sihat Sepanjang Ramadhan ~ Tips Berbuka Puasa

Ahlan Wah Sahlan Ya Ramadhan :-)

Alhamdulillah, hari ini hari ke-2 kita berpuasa pada bulan Ramadhan tahun ini. Bulan Ramadhan sememangnya bulan yang penuh keberkatan dan sentiasa dirindui oleh hamba-hambaNya yang soleh dan solehah.



Beberapa minggu sebelum Ramadhan, saya ada menerima catatan whatsapp bertajuk 'Kuliah Puasa Dari Sudut Kesihatan' yang intipatinya amat menarik dan ingin saya kongsikan di sini. Mudah-mudahan, kita semua akan mendapat sedikit ilmu dan manfaat daripada catatan tersebut. Untuk makluman, ayat-ayat catatan tersebut tidak saya ubah sepenuhnya bagi mengekalkan maksud yang disampaikan.

'Bulan Ramadhan sering dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adalah pesta makanan ' sedangkan Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki dan bulan membaiki institusi keluarga.



Mengikut kajian, antara  kesilapan besar dalam berpuasa ialah:-

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa. Nabi Muhamad SAW berbuka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi potasium seperti makanan bergula perang dan bukan bergula putih) dan air kosong. Dikatakan berbuka puasa bukan untuk perut tetapi untuk memberi tenaga kepada  hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara ialah elakkan hidang makan malam di depan mata semasa berbuka. Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari  tidak akan berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ianya boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.


2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya juga menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang tidak kita perlukan.Sebagai contoh, saya teringat kisah Upin & Ipin yang sangat seronok di bazar Ramadhan hingga membeli semua jenis ayam yang ada. Sudahnya ayam-ayam tersebut tidak dapat dihabiskan dan akhirnya berlaku pembaziran.
Upin & Ipin yang menjadi favourite anak-anak

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang  dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar!
4. Selepas solat maghrib, sel sudah pun mendapat tenaga. Terus makan malam dan kita akan dapat makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.

Berdasarkan catatan tersebut, kita sememangnya digalakkan berbuka puasa dengan kurma & makanan ringkas yang lain. Sejurus selepas itu, kita disarankan untuk segera menunaikan solat maghrib  dan barulah kembali untuk menikmati makan malam yang sederhana  dan tidak berlebihan. Seterusnya kita bersiap-siap pula untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat isyak dan terawikh secara berjemaah. 

Sebenarnya banyak lagi yang terdapat di dalam catatan tersebut. Namun cara makan ketika berbuka ini sememangnya sangat bagus untuk kita amalkan. Saya percaya sebelum ini ada juga di antara kita yang terus berbuka puasa dengan makan makanan yang berat. Akibatnya badan akan terkejut, letih, mengantuk dan seterusnya amat sukar untuk kita bersolat apatahlagi untuk menunaikan solat sunat terawikh.

Akhir sekali, saya kongsikan Adab  Berbuka Puasa yang ringkas dan padat daripada JAKIM

 Adab Berbuka Puasa

Mudah-mudahan ramadhan kali ini akan membawa lebih banyak keberkatan, rahmat & hidayah kepada kita semua. Amin. 



NutriFeron


Adakah anda mudah  dijangkiti flu, batuk atau  demam? Anda mungkin memerlukan Nutriferon. Nutriferon adalah produk Shaklee yang dihasilkan bertujuan untuk meningkatkan (boost) sistem perlindungan imuniti tubuh – interferon. Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh kita untuk melawan virus, sekaligus mengelakkan virus tersebut ‘membiak’ dalam tubuh kita.



Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima.



Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan

Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon® selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. 

Nutriferon® mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.



Kelebihan NutriFeron

1. Membantu meningkatkan sistem imun ~ Interferon mampu meransang dan meningkatkan secara keseluruhan sistem imun pada tubuh manusi.

2. Melindungi dari influenza.
3. Meringankan stress dan kelesuan.




Gambar Hiasan: Fight For Bacteria


Nutriferon juga meningkatkan kadar interferon di dalam badan secara semulajadi. Dihasilkan oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima, immunilogist dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954. Beliau telah membuat penyelidikan selama 40 tahun bagi mencari sebatian semulajadi untuk merangsang pengeluaran interferon di dalam badan kita.


Nutriferon juga telah dipatenkan dan hanya boleh didapati melalui Shaklee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Ia juga telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi & prestasinya.

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Saturday, June 28, 2014

Kisah Cik Ti - Part 2

Salam..
Hai, ada update lagi rupanya tentang Cik Ti..
Semenjak peristiwa Cik Ti tu, hubby saya memang pasang perangkap tikus pada waktu malam... dan hasilnya... jeng.. jeng.. dapatlah seekor... saya ada gambar Cik Ti tu tapi nanti kalau saya letak gambar sebenar tu di blog, agak-agaknya Cik Ti marah tak? hihi.. gurau sahaja..


Alang-alang dah bercerita tentang Cik Ti, saya nak juga kongsikan bahaya Cik Ti ni kepada kesihatan manusia. Jangan pandang ringan pada tikus, kerana penyakit yang dibawa oleh Cik Ti amat berbahaya terutamanya  wabak  kencing tikus atau lebih dikenali sebagai Leptospirosis yang sering berlaku di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu. Apatah lagi Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai iklim khatulistiwa.

Lestospirosis
Sumber: Wikipedia, Portal Rasmi Hospital Bukit Mertajam & Portal Konsumerkini.


Pengenalan
Leptospirosis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria leptospira yang biasanya menjangkiti haiwan seperti Tikus. Lebih mudah lagi, leptospirosis adalah penyakit bawaan yang berpunca daripada air kencing tikus. Ianya merupakan salah satu penyakit yang merbahaya dan boleh berjangkit. Kebanyakan pesakit sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Bakteria Leptospira

Tikus merupakan perumah pertama yang dikenalpasti sebagai pembawa bakteria ini. Leptospirosis kemudiannya merebak kepada manusia secara terus melalui air kencing haiwan ini yang telah dijangkiti oleh bakteria leptospira atau melalui perumah kedua iaitu haiwan mamalia lain seperti anjing, rusa, arnab, tupai dan haiwan ternakan seperti lembu, kambing, kuda dan kerbau yang telah dijangkiti oleh penyakit ini.Manusia boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada air, makanan atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini. Ini juga mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit.

Golongan yang berisiko terdedah kepada jangkitan penyakit ini adalah:
  • pekerjaan yang terdedah kepada panas - Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • mereka yang melakukan aktiviti rekreasi dalam air seperti mandi dan berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • mereka yang terdedah kepada peralatan, makanan atau minuman yang telah dicemari oleh bakteria ini.
Gejala
Seseorang yang dijangkiti bakteria leptospira biasanya akan mengalami gejala seperti demam yang tinggi, sakit kepala, sakit otot, muntah dan merah mata. Walaubagaimanapun, terdapat juga pesakit yang tidak mengalami gejala yang disebutkan dan ini menyukarkan diagnosis.


Simptom-simptom leptospirosis lazimnya kelihatan begitu umum dan pesakit biasanya beransur pulih selepas kira-kira lima hari. Jadi, tidak mustahil pada kebanyakan masa, ia sering disalahdiagnosiskan sebagai demam panas, selesema atau petanda biasa yang lain.

Penderita Leptospirosis yang parah akan mengakibatkan kepada kegagalan ginjal, kerosakan hati yang mengakibatkan penyakit kuning (jaundice), pendarahan kulit serta boleh mengakibatkan pembengkakan selaput otak (miningitis). Pesakit akan menunjukkan simpton ini dalam tempoh 4-14 hari tempoh matang. Kematian akan berlaku sekiranya pesakit lewat menerima rawatan.

Langkah-Langkah Pencegahan
Leptospirosis adalah penyakit yang boleh dielakkan. Berikut adalah beberapa tips yang boleh diikuti:-

Untuk individu yang berinteraksi secara langsung dengan pesakit atau haiwan peliharaan :
1. Pakai pakaian pelindung seperti sarung tangan, pelindung mata atau gogel, apron dan but kedap air apabila bekerja di ladang ataupun bekerja dengan haiwan-haiwan yang berpotensi untuk dijangkiti dengan Leptospira, terutamanya apabila anda berpotensi untuk terdedah pada urin haiwan tersebut.
 2. Tutup luka dan lecetan kulit dengan balutan yang kalis air sebelum anda memulakan aktiviti/kerja di ladang/kebun atau tempat-tempat yang berpotensi untuk pendedahan kepada bakteria ini
3. Bersihkan diri, tangan dan badan setelah melakukan sebarang aktiviti (mandi, cuci tanga dan kaki);
4. Cuci tangan sehingga bersih sebelum anda makan.
5. Pastikan anda tidak makan atau merokok semasa berada berhampiran dengan haiwan-haiwan yang mungkin dijangkiti ataupun semasa bekerja di kebun/ladang yang anda mungkin terdedah pada tanah yang telah dikontaminasi dengan bakteria tersebut.

Secara umum
1. Elakkan berenang atau bermain di air yang kotor kerana dikhuatiri tercemar oleh bakteria leptospira. Elakkan juga mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa dan elakkan aktiviti rekreasi atau berenang di tempat-tempat yang berkemungkinan dicemari oleh urin haiwan
2. Tutup luka agar kedap air ketika mengendalikan tanah, air atau lumpur;
3. Cuci tangan dan tempat makan sebelum digunakan;
4. Jaga kebersihan lingkungan persekitaran agar tiada genangan air dan jauhkan barang-barang dari tikus.
5. Kawal kehadiran tikus di tempat anda dengan memastikan kebersihan yang optimum. Buang semua sampah sarap dan kemaskan buangan sisa makanan, bagi mengelak kehadiran tikus
6. Sebelum minum atau membuka makanan di dalam tin, pastikan anda membasuh/membilas penutupnya terlebih dahulu bagi mengelak kemungkinan dijangkiti bakteria ini. Tin-tin ini mungkin terdedah pada urin haiwan pembawa Leptospira ketika di dalam stor.
7. Pastikan haiwan peliharaan anda mendapat vaksin dan rujuk kepada Klinik Veterinar bagi mengelak haiwan peliharaan anda daripada dijangkiti bakteria Leptospira.

 Image: http://www.njveterinaryblog.com

Tanda dan ujian pengesanan makmal
1. Ujian sel darah putih (WBC).
2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap, silver stained atau mikroskop floresent.
7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.

Rawatan
Ubatan Antibiotik seperti Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.


Kesan jangka panjang Leptospirosis
Proses penyembuhan Leptospirosis memakan masa yang lama. Pesakit-pesakit Leptospirosis kadangkala mengalami keletihan kronik yang berlarutan selama berbulan. Malah, ada juga pesakit yang mengalami depresi dan sakit kepala yang berterusan. Kadangkala bakteria Leptospira ini boleh tinggal di dalam mata untuk satu masa yang lama dan mengakibatkan radang mata yang serius dan kronik.

Sebagai kesimpulannya, sama-samalah kita menjaga kebersihan rumah agar Cik Ti tidak datang atau bermaustautin di rumah kita ye kawan-kawan :-)



B-Complex

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.


B-Complex

B yang Lengkap dan Seimbang

  • B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-seldarah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yangmencukupi dalam diet harian membantu mencegahkecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Friday, June 27, 2014

Collagen Powder


Collagen Powder  ~  Collagen Terbaik Di Pasaran

Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan



Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.




Collagen Powder Shaklee

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

Cara Minum Collagen Powder
 - Dibancuh dengan minuman lain seperti jus dan sebagainya.
- 1 hari satu sachet sahaja, boleh diminum sekaligus atau 1 sachet digunakan untuk 3 kali minum.

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Thursday, June 26, 2014

Peppermint Ginger Plus

 Peppermint Ginger Plus

Perut selalu senak dan berangin? Tidak selesa dan sering memulas-mulas? Jom kita tengok Vitamin Shaklee yang sesuai untuk mengatasi masalah perut ini.

Peppermint Ginger Plus


Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Monday, June 23, 2014

Kisah Cik Ti :-)

Salam, Hihi..
Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi kisah yang berlaku semalam...
Asalnya agak menyedihkan, kemudian menjadi lucu dan akhirnya memberikan sesuatu kepada saya untuk dipelajari..

Mungkin sahabat-sahabat semua pernah mendengar gelaran nama seperti Cik Ti @ Mak Menti yang diberikan kepada Tikus... Kata orang-orang tua kita dilarang untuk menyebut Tikus @ menceritakan kisahnya secara terus-terang tanpa menggunakan nama samaran ini kerana Cik Ti sebenarnya dapat mendengar apabila kita bercerita tentang dirinya. Benarkah? Oh..

 Gambar Cik Ti versi kartun yang agak comel :-)

Asalnya saya ada membeli 2 bungkus serunding sebagai hidangan untuk menyambut ramadhan dan syawal nanti. Serunding ini saya beli daripada kakak Serunding dan memang saya beli banyak kerana ramai pula kawan-kawan dan saudara mara yang turut memesannya. Alang-alang dah ramai order, saya turut menjualnya sebab ingin membantu kakak serunding tersebut. Serunding ni diimport dari Tumpat, Kelantan dan rasanya memang enak berbanding serunding yang dibuat di Selangor ni.. Mungkin kerana proses penghasilannya yang dibuat secara tradisional dan kata orang 'air tangan' makcik-makcik di sana yang sudah berbelas tahun mengusahakan perusahaan ini.

2 bungkus serunding tersebut saya simpan di dalam beg dan saya gantungkan di kerusi. Esok paginya saya dapati serunding tersebut seperti ditebuk dan saya agak ianya perbuatan Cik Ti... Lalu saya bercerita perkara ini kepada Ibu Mertua. Kami ambil keputusan untuk membuang sahaja serunding tersebut kerana takut ianya telah dicemari oleh najis @ Air Liur Cik Ti walaupun lubangnya hanya sebesar lubang jari kelingking.


Petangnya pula saya bersembang dengan rakan.. Kawan saya kata ' jangan sebut tau, nanti dia dengar'... Huhu.. saya gelak sahaja kerana menyangka ianya hanyalah gurauan.

Siap sangka, bangun tidur esoknya susu Arif yang saya letakkan di dalam bekas tupperware telah terbuka dan sekeliling penutup tersebut penuh dengan bekas gigitan Cik Ti... MasyaAllah agaknya Cik Ti memang marah sebab saya bercerita tentang dirinya walaupun saya hanya menggunakan ayat biasa tanpa nada marah atau mengutuk... Saya cuma cakap ' sampai hati  Tikus tu gigit serunding, dahlah dua-dua bungkus sekali'..kot ye pun,tinggalkanlah satu.. hahaha

Gambar Ihsan Google. Tak sempat nak ambil gambar tutup tupperware tu sebab saya dah suruh Bibik buang pada awal pagi sebab takut ada air liur tikus di situ :-)

Haha... bila saya cerita balik pada Ibu Mertua, dia pun ketawa... Tapi dalam ketawa tu saya dapat simpulkan bahawa setiap makhluk Allah ni punya keistimewaan. Walaupun Cik Ti hanya haiwan yang sering dianggap tidak bersih dan membawa penyakit, rupa-rupanya dia juga mempunyai kelebihan yang boleh mendengar apabila orang bercerita tentang dirinya.. Kebetulan @ memang kenyataan, hanya Allah yang mengetahuinya :-)






Sunday, June 22, 2014

Carotomax ~ Rawatan Terbaik Untuk Mata


Carotomax
Kali ni kita akan berkenalan pula dengan Carotomax. Permata kali mendengarnya mungkin ada yang menyangka ianya hnaya mengandungi Carot & Tomato hingga digabungkan menjadi Carotomax, hihi :-)

Carotomax  merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Carotomax menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir



Carotomax

Manfaat Utama Carotomax:
  1. Mempertingkatkan penglihatan : Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, katarak, eye bags dan gegelung hitam dimata.
  2. Meredakan penyakit kulit : Pengambilan yang konsisten akan melegakan masalah kulit seperti psioriasis, senile plaque, kulit kering dan jerawat.
  3. Melawan kanser dan anti oksida: Pengambilan  kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. ini akan mengurangkan risiko kanser terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga membantu mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
  4. Menghalang Infeksi: melalui cara merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit berkait sistem respiratori
  5. Menggalakkan perkembangan normal dan sihat

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Saturday, June 21, 2014

Keistimewaan Vivix Shaklee


Vivix Shaklee® adalah minuman campuran botani yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix® mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Kandungan Vivix Shaklee

Keistimewaan Vivix Shaklee

Membantu Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA yang menyebabkan proses penuaan terjadi dengan cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.

Agen Anti Penuaan
Vivix membantu menguatkan sel dan memperbaiki tenaga sel  tubuh.Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga dan secara tidak langsung fungsi sel akan menurun. Vivix juga membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi

Mengembalikan keremajaan
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini dan adakalanya ingatan pun makin pudar. Vivix dengan formula polifenolnya membantu mengembalikan keremajaan.


Kebaikan Vivix Shaklee
  • Menggalakan proses penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakkan kanser – menghalang sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes atau kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi serta  melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan; dan
  •  Menggalakan kesihatan keseluruhan

Golongan yang amat sesuai mengambil vivix ini ialah mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, stroke dan sebagainya. Disebabkan sifat antioksidanya yang tinggi, Vivix tidak sesuai dimakan oleh remaja di bawah umur 18 tahun, ibu mengandung dan ibu-ibu menyusukan.

Berikut saya kongsikan sebuah artikle tentang Vivix yang membantu melambatkan penuaan wajah.

Vivix Bantu Lewatkan Penuaan Wajah

Wah, memang menarik. Siapa yang tak suka dapat wajah yang cantik kan? Sihat pun dapat, bonus keremajaan pun dapat. Jom dapatkan sebotol hari ini :-)

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Friday, June 20, 2014

Bulan Koperasi :-)

Salam.. Hihi..

Hari ni saya nak kongsi cerita tentang salah satu keistimewaan bulan Jun bagi  mereka yang menyertai atau menjadi ahli bagi Koperasi.

Kenapa bulan Jun ni special? Sebab bulan Jun adalah bulan di mana mesyuarat tahunan koperasi akan diadakan sebelum penyata kira-kira tahunan ditutup pada 30 Jun setiap tahun. Bila ada mesyuarat tahunan, maka akan adalah elaun kehadiran mesyuarat. Walaupun jumlah elaun yang diberikan tidaklah sebesar nama, namun ianya cukup untuk belanja family makan-makan di luar, beli baju atau pergi shopping-shopping.

Alhamdulillah di sepanjang bulan 6 ni ada 4 mesyuarat yang saya dijemput, cuma atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, hanya 3 mesyuarat yang dapat saya sertai.

 Mesyuarat Peserta GSA Kebun Baru 1.

GSA Kebun Baru ini adalah syarikat yang dilantik untuk menguruskan ladang kelapa sawit di Johor. Elaun kehadiran bagi  mesyuarat ini ialah RM150. InsyaAllah selepas ini GSA Kebun Baru akan membuka koperasi pula, jadi bagi ahli-ahli yang berminat bolehlah menjadi ahli koperasi ini.

Mesyuarat kedua pula ialah Mesyuarat Bagi  Peserta Felcra Kebun Baru Ledang Berhad. Mesyuarat ini telah diadakan pada 19 Jun 2014. Sebenarnya ini adalah organisasi asal yang menguruskan Felcra Kebun Baru sebelum diserahkan kepada pengurusan lain selepas tempoh perjanjian tamat.  Istimewanya mesyuarat ini ialah, dividen dan elaun kehadiran akan diserahkan sekaligus semasa mesyuarat berjumlah hampir RM214.

Mesyuarat koperasi ketiga yang saya hadiri ialah Koperasi Teras Semenyih Selangor Berhad. Saya menyertai koperasi ini apabila berkahwin dengan suami yang memang menetap di Semenyih.


 Selain dibayar elaun kehadiran berjumlah RM155, istimewanya koperasi ini turut memberi dividen sebanyak 10% ke atas saham-saham peserta yang cukup tempoh matang (setahun). Sebagai contoh jika kita mempunyai saham sebanyak RM10,000 maka dividen yang akan kita perolehi ialah RM1000. Dividen yang dibayar ini adalah dividen yang tertinggi berbanding yang diberikan oleh ASB atau Tabung Haji. Simpanan saham kita di sini juga telah dikeluarkan zakat.

Dan yang terakhir, ialah Mesyuarat Koperasi Serbaguna Batang Kali Berhad (KOSBAK). Elaun kehadiran untuk mesyuarat ini adalah RM150 dan tambahan RM50 dalam bentuk saham kepada para peserta yang hadir ke mesyuarat.

Koperasi Serbaguna Batang Kali Berhad


Tentu ada pembaca yang tertanya-tanya, bagaimana kita nak jadi ahli sesebuah koperasi ye?

Sebenarnya mudah sahaja. Pertama sekali kita cari atau google mana-mana koperasi yang mempunyai kaitan dengan kita dan kita juga memenuhi syarat-syarat untuk menjadi ahli dalam koperasi tersebut. Paling mudah adalah menyertai koperasi di kawasan yang berhampiran dengan kediaman kita. Adakalanya terdapat juga koperasi yang ditubuhkan khusus untuk sesuatu syarikat atau kakitangan bagi sesebuah organisasi.

Sebagai contoh:  Koperasi  Teras Semenyih Selangor Berhad adalah koperasi yang khusus untuk penduduk Semenyih dan Hulu Langat. Di antara syarat-syarat untuk menjadi ahli ialah ahli mestilah berumur 18 tahun ke atas, menetap atau bekerja di kawasan operasi koperasi atau mempunyai harta di kawasan tersebut. Peserta juga perlu membayar yuran keahlian dan menyimpan saham minima seperti yang ditetapkan sebelum layak untuk menghadiri mesyuarat. Semasa saya join dulu, saham minima adalah RM500 sahaja.

Apa faedahnya kita join koperasi?
Haha.. yang ini adalah pendapat peribadi saya yang sebenarnya tidaklah begitu arif tentang  faedah join koperasi sebab saya adalah ahli yang lebih banyak tidur sahaja. Antaranya:-

1. Kita akan mendapat elaun kehadiran mesyuarat setiap tahun;
2. Kita akan mendapat dividen daripada simpanan @ saham kita; peratus dividen yang diperolehi adalah berbeza di antara koperasi.
3. Kita mendapat pelbagai insentif lain seperti hadiah kecemerlangan anak , saguhati perubatan, perlindungan insurans dan kemudahan pinjaman . Insentif  yang ditawarkan adalah adalah berlainan di antara koperasi.
4. Kita akan memperolehi pelbagai peluang lain seperti menghadiri kursus dan latihan, seminar atau mana-mana peluang perniagaan lain yang ditawarkan oleh Koperasi dan badan-badan kerajaan lain seperti Maktab Koperasi Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Antara kursus yang pernah saya join dulu adalah kursus Keusahawanan Dalam Perkhidmatan - Pembuatan Kek dan Bakeri selama 5 hari. Yuran yang saya bayar untuk kursus tersebut termasuk makan minum dan penginapan adalah RM125 sahaja. Murah kan?  





Untuk makluman pembaca juga, setiap koperasi yang ada di Malaysia ini diwajibkan berdaftar dengan  Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) , agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK). Tujuan utama SKM adalah untuk mengawalselia sektor koperasi yang berkembang dan memastikan ia berupaya membangun dengan berkesan dan sistematik.



Jumpa Lagi ~

Wednesday, June 18, 2014

Anak-anak ~ Anugerah Terindah

Dalam seminggu dua ini, agak hangat dibicarakan topik berkenaan Adik Firdaus, remaja OKU yang dikurung oleh ibunya  sendiri. Sebagai ibu, saya percaya ramai di antara kita yang amat tersentuh dengan perkara ini. Walaubagaimanapun, siapalah kita untuk menilai dan menjatuhkan hukuman sendiri walaupun dalam hati sememangnya amat tertanya-tanya mengapa seorang ibu sanggup membiarkan anak yang dikandungnya menderita sebegitu.

Sebenarnya bukan kisah itu sahaja yang menyentuh hati saya. Bila melihat ada ibu bapa yang kurang penyabar dalam melayan kerenah anak-anak, hati saya juga mudah tersentuh. Anak-anak yang kecil sepatutnya dibimbing, dinasihati dan dikasihani bukan untuk dimarahi, ditengking atau dipukul sesuka hati.



Saya juga asalnya bukanlah seorang yang sangat penyabar. Lahir sebagai anak bongsu dalam keluarga sememangnya menjadikan saya anak yang manja dan tidak pandai melayan anak-anak yang kecil. Namun bila disahkan mengandung dan bakal bergelar seorang ibu, naluri keibuan itu mula muncul sedikit demi sedikit. Bermacam perkara saya pelajari sama ada melalui internet, bertanya pada rakan-rakan dan ahli keluarga dan yang paling utama tentulah pengalaman yang kita lalui sendiri.

Alhamdulillah, suami juga merupakan seorang ayah yang penyabar dan sangat suka melayan kanak-kanak. Malah suami juga akan menegur sekiranya saya hampir termarahkan anak. Paling saya tidak boleh lupa ialah bila suami forwardkan kepada saya sebuah catatan/ artikel berkenaan cara mendidik anak-anak. Artikel ini amat menyentuh hati saya dan sering saya baca bagi mengingatkan saya bahawa anak-anak ini sememangnya anugerah terindah yang perlu kita jaga dan hargai.



Tidak marahkan anak bukan bermaksud kita memanjakan sebaliknya kami berdua lebih banyak menggunakan pendekatan psikologi seperti teguran dan diikuti dengan penerangan apakah kesalahannnya dan mengapa kami perlu menegur perbuatannya yang tidak betul. Alhamdulillah, cara itu boleh dikatakan 90% berkesan pada Arif. 10% lagi biasalah, Arif akan menangis dan membentak apabila moodnya tidak baik. Al maklumlah he is just 4 years old. Kita yang dah berusia sedikit ni pun bukan hampir 100% stabil sepanjang masa kan?




Saya tidak tahu siapakah penulis asal bagi catatan yang saya terima ini namun tulisannya benar-benar telah memberi inspirasi dan perubahan yang lebih positif kepada saya. Bila Arif melakukan sesuatu yang agak extreme dan saya dah tegur banyak kali tapi masih dilakukan, saya akan datang dekat Arif dan menciumnya walaupun dalam hati asalnya berbicara ' nak kena anak ibu ni'... hihi.... Saya menjadikan ciuman sebagai hadiah kenakalan Arif. Kalau dah tak larat sangat, saya gunakan panduan no 3 tu tapi bukanlah gunakan rotan tapi setakat jentik atau geletek  manja atau acah-acah sahaja dan explain kenapa Arif tak boleh buat perkara tu... mudah-mudahan cara ini juga akan berkesan pada baby Akmal yang nampaknya lebih lincah dan aktif berbanding abangnya...




Salam Hormat & Jumpa Lagi ~

Meal Shakes

Meal Shakes  

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium




Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Fakta tentang Meal Shakes Shaklee:

Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama.


Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?

  • Kanak-kanak 1 tahun ke atas- dengan sukatan yang betul
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:

H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com  

Tuesday, June 17, 2014

Ostematrix ~ Bukan Sekadar Kalsium

Keistimewaan Ostematrix
Ostematrix Shaklee



Kali ini, saya ingin berkongsi pula tentang Ostematrix yang sebenarnya lebih daripada sekadar kalsium kerana OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian lain selain kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia turut juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kapsul  yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Setiap botol mengandungi 120 biji kapsul.

Ostematrix juga juga tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

 Ostematrix Shaklee Membekalkan :

1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium  daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

Antara kebaikan daripada pengambilan Ostematrix adalah :
1) Membina tulang dan gigi yang kuat.
2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
3) Membantu meredakan migrain, sakit belakang, kebas dan kekejangan
4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung, kekejangan, mudah meradang dan kemurungan. Amat bagus jika diambil bersama GLA Complex.
5) Membantu perkembangan tubuh badan normal.
6) Memberikan tidur yang lebih lena, mengekalkan kecergasan apabila bangun pagi dan mengurangkan kelesuan tubuh; dan
7) Membantu memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.


Kenapa Kalsium amat penting?
Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.


Tulang Sihat, Badan Sihat, Hati Senang :-)


Pengambilan kalsium yang mencukupi juga adalah amat penting bagi ibu-ibu hamil, ibu yang menyusukan dan wanita yang sedang berpantang. Kalsium juga amat penting bagi orang tua bagi mengatasi masalah osteoporosis , ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang mementingkan kesihatan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kepentingan kalsium, sila klik di sini. 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Monday, June 16, 2014

Cinch Energy Tea Mix

Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

  • Selamat, peningkatan tenaga semulajadi.  Diminum secara panas atau sejuk.
  • Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
  • Peningkatan tenaga segera.
  • Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan





Kebaikan Cinch Energy Tea Mix:-
  • sebagai penggalak TENAGA semulajadi
  • ditambah dengan Taurina yang meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  • pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi/soda/bergula.
  • TANPA GLUTEN , tanpa perisa, pewarna dan bahan pemanis tiruan

Antara ekstrak utama yang ada dalam Cinch Energy Tea Mix
1) MATCHA GREEN TEA
  • antioksida yang sangat tinggi
  • energy booster
  • metabolisme booster
  • membakar kalori sehingga 4 kali ganda
2) TAURINA
  • menggalakkan metabolisme
  • lebih bertenaga
  • melarutkan lemak
  • membantu menghasilkan otot tanpa lemak

3) WHITE TEA
  • membakar lemak-lemak berlebihan
  • menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
  • meningkatkan metabolisme
  • dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.
4) ROOIBOS RED TEA
  • melarutkan lemak
  • meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
  • agen detox yang kuat
5) RED TEA
  • Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -
  • pejuang kanser yang kuat
  • Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
  • merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak
Cinch Energy Tea Mix ini bukan sahaja mempunyai pelbagai khasiat seperti di atas, malah ia :
  • Rendah kandungan kafein (teh putih)
  • Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan kolestrol
  • Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
  • Menguatkan tulang
  • Antibakteria dan antiviral
  • Menggalakkan kulit yang sihat
  • Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
  • Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
  • Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan
Cinch Energy Tea Mix datang dalam sachet yang mudah bagi setiap satu hidangan dan boleh diminum secara panas atau sejuk.

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!



 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Cinch Shake Mix

Cinch® Shake Mix - Cafe Latte

Campuran Proprietari Protein dengan bebas Laktos, rendah glisemik dan soya bukan-GMO.

Cinch® Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan.

Leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan
  •  Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang dan puas
  • Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan




Ujian klinikal yang telah dibuat ke atas formula leucine telah menunjukkan dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass). Mereka yang telah menjalani program ini telah kehilangan lemak, berat, inci dan pada masa yang sama mengekalkan otot mereka. Ini bermakna, walaupun anda sudah mendapat berat yang ideal, kulit dan otot anda tidak akan menggeleber.


 Terdapat 3 jenis/perisa Cinch Shake Mix iaitu:-

Cinch Shake Mix Caffe Latte

 
Cinch Shake Mix Chocolate
 Cinch Shake Mix Vanilla


Setiap kali anda Cinch Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan dan boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. 
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO 

Kelebihan Cinch:

  • Memberikan rasa kenyang berjam-jam lamanya
  • Mengurangkan selera makan
  • Menberi tenaga berpanjangan
  • Meningkatan metabolisme badan
  • Memelihara otot
  • Pengambilan carboseperti nasi dibenarkan tetapi dgn kadar yg sedikit
  • Menghilangkan lemak yg berlebihan dan mengurangkan inci pada badan

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Omega Guard

Omega Guard



Kelebihan Omega Guard Shaklee
  1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
  2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
  3. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee  mengandungi minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3  semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  4. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee
  • Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  • Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  • Mencegah salur darah dari tersumbat
  • Omega 3 dapat mengelakkan strok
  • Mengekalkan tekanan normal darah
  • Membantu mengurangkan ketegangan urat leher dan sakit kepala
  • Merendahkan kolestrol
  • Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  • Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  • Mengawal masalah obesiti
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dan menyihatkan paru-paru
  • Bagus untuk  ibu mengandung - membantu tumbesaran & perkembangan otak janin
  • Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Membantu memperbaiki masalah alahan kulit seperti ekzema & psoriasis
  • Mengurangkan demam , bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
  • Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
  • Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon
  • Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  • Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi dan mencegah penyakit gout
Sumber Makanan Kaya Omega 3

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-
  • Mencegah insomnia
  • Mengurangkan tekanan emosi
  • Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
  • Membantu memperbaiki masalah autism
  • Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
  • Mengurangkan masalah schizophrenia
  • Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Omega Guard amat disyorkan kepada Warga Emas, pesakit Jantung, pesakit darah tinggi, pelajar, ibu mengandung dan menyusu, mereka yang mudah lupa dan kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas. Bilangan kapsul dan kekerapan pengambilan adalah berbeza mengikut umur.

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

 Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:

H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template