Wednesday, June 18, 2014

Anak-anak ~ Anugerah Terindah

Dalam seminggu dua ini, agak hangat dibicarakan topik berkenaan Adik Firdaus, remaja OKU yang dikurung oleh ibunya  sendiri. Sebagai ibu, saya percaya ramai di antara kita yang amat tersentuh dengan perkara ini. Walaubagaimanapun, siapalah kita untuk menilai dan menjatuhkan hukuman sendiri walaupun dalam hati sememangnya amat tertanya-tanya mengapa seorang ibu sanggup membiarkan anak yang dikandungnya menderita sebegitu.

Sebenarnya bukan kisah itu sahaja yang menyentuh hati saya. Bila melihat ada ibu bapa yang kurang penyabar dalam melayan kerenah anak-anak, hati saya juga mudah tersentuh. Anak-anak yang kecil sepatutnya dibimbing, dinasihati dan dikasihani bukan untuk dimarahi, ditengking atau dipukul sesuka hati.



Saya juga asalnya bukanlah seorang yang sangat penyabar. Lahir sebagai anak bongsu dalam keluarga sememangnya menjadikan saya anak yang manja dan tidak pandai melayan anak-anak yang kecil. Namun bila disahkan mengandung dan bakal bergelar seorang ibu, naluri keibuan itu mula muncul sedikit demi sedikit. Bermacam perkara saya pelajari sama ada melalui internet, bertanya pada rakan-rakan dan ahli keluarga dan yang paling utama tentulah pengalaman yang kita lalui sendiri.

Alhamdulillah, suami juga merupakan seorang ayah yang penyabar dan sangat suka melayan kanak-kanak. Malah suami juga akan menegur sekiranya saya hampir termarahkan anak. Paling saya tidak boleh lupa ialah bila suami forwardkan kepada saya sebuah catatan/ artikel berkenaan cara mendidik anak-anak. Artikel ini amat menyentuh hati saya dan sering saya baca bagi mengingatkan saya bahawa anak-anak ini sememangnya anugerah terindah yang perlu kita jaga dan hargai.



Tidak marahkan anak bukan bermaksud kita memanjakan sebaliknya kami berdua lebih banyak menggunakan pendekatan psikologi seperti teguran dan diikuti dengan penerangan apakah kesalahannnya dan mengapa kami perlu menegur perbuatannya yang tidak betul. Alhamdulillah, cara itu boleh dikatakan 90% berkesan pada Arif. 10% lagi biasalah, Arif akan menangis dan membentak apabila moodnya tidak baik. Al maklumlah he is just 4 years old. Kita yang dah berusia sedikit ni pun bukan hampir 100% stabil sepanjang masa kan?




Saya tidak tahu siapakah penulis asal bagi catatan yang saya terima ini namun tulisannya benar-benar telah memberi inspirasi dan perubahan yang lebih positif kepada saya. Bila Arif melakukan sesuatu yang agak extreme dan saya dah tegur banyak kali tapi masih dilakukan, saya akan datang dekat Arif dan menciumnya walaupun dalam hati asalnya berbicara ' nak kena anak ibu ni'... hihi.... Saya menjadikan ciuman sebagai hadiah kenakalan Arif. Kalau dah tak larat sangat, saya gunakan panduan no 3 tu tapi bukanlah gunakan rotan tapi setakat jentik atau geletek  manja atau acah-acah sahaja dan explain kenapa Arif tak boleh buat perkara tu... mudah-mudahan cara ini juga akan berkesan pada baby Akmal yang nampaknya lebih lincah dan aktif berbanding abangnya...




Salam Hormat & Jumpa Lagi ~

0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template