Friday, June 20, 2014

Bulan Koperasi :-)

Salam.. Hihi..

Hari ni saya nak kongsi cerita tentang salah satu keistimewaan bulan Jun bagi  mereka yang menyertai atau menjadi ahli bagi Koperasi.

Kenapa bulan Jun ni special? Sebab bulan Jun adalah bulan di mana mesyuarat tahunan koperasi akan diadakan sebelum penyata kira-kira tahunan ditutup pada 30 Jun setiap tahun. Bila ada mesyuarat tahunan, maka akan adalah elaun kehadiran mesyuarat. Walaupun jumlah elaun yang diberikan tidaklah sebesar nama, namun ianya cukup untuk belanja family makan-makan di luar, beli baju atau pergi shopping-shopping.

Alhamdulillah di sepanjang bulan 6 ni ada 4 mesyuarat yang saya dijemput, cuma atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, hanya 3 mesyuarat yang dapat saya sertai.

 Mesyuarat Peserta GSA Kebun Baru 1.

GSA Kebun Baru ini adalah syarikat yang dilantik untuk menguruskan ladang kelapa sawit di Johor. Elaun kehadiran bagi  mesyuarat ini ialah RM150. InsyaAllah selepas ini GSA Kebun Baru akan membuka koperasi pula, jadi bagi ahli-ahli yang berminat bolehlah menjadi ahli koperasi ini.

Mesyuarat kedua pula ialah Mesyuarat Bagi  Peserta Felcra Kebun Baru Ledang Berhad. Mesyuarat ini telah diadakan pada 19 Jun 2014. Sebenarnya ini adalah organisasi asal yang menguruskan Felcra Kebun Baru sebelum diserahkan kepada pengurusan lain selepas tempoh perjanjian tamat.  Istimewanya mesyuarat ini ialah, dividen dan elaun kehadiran akan diserahkan sekaligus semasa mesyuarat berjumlah hampir RM214.

Mesyuarat koperasi ketiga yang saya hadiri ialah Koperasi Teras Semenyih Selangor Berhad. Saya menyertai koperasi ini apabila berkahwin dengan suami yang memang menetap di Semenyih.


 Selain dibayar elaun kehadiran berjumlah RM155, istimewanya koperasi ini turut memberi dividen sebanyak 10% ke atas saham-saham peserta yang cukup tempoh matang (setahun). Sebagai contoh jika kita mempunyai saham sebanyak RM10,000 maka dividen yang akan kita perolehi ialah RM1000. Dividen yang dibayar ini adalah dividen yang tertinggi berbanding yang diberikan oleh ASB atau Tabung Haji. Simpanan saham kita di sini juga telah dikeluarkan zakat.

Dan yang terakhir, ialah Mesyuarat Koperasi Serbaguna Batang Kali Berhad (KOSBAK). Elaun kehadiran untuk mesyuarat ini adalah RM150 dan tambahan RM50 dalam bentuk saham kepada para peserta yang hadir ke mesyuarat.

Koperasi Serbaguna Batang Kali Berhad


Tentu ada pembaca yang tertanya-tanya, bagaimana kita nak jadi ahli sesebuah koperasi ye?

Sebenarnya mudah sahaja. Pertama sekali kita cari atau google mana-mana koperasi yang mempunyai kaitan dengan kita dan kita juga memenuhi syarat-syarat untuk menjadi ahli dalam koperasi tersebut. Paling mudah adalah menyertai koperasi di kawasan yang berhampiran dengan kediaman kita. Adakalanya terdapat juga koperasi yang ditubuhkan khusus untuk sesuatu syarikat atau kakitangan bagi sesebuah organisasi.

Sebagai contoh:  Koperasi  Teras Semenyih Selangor Berhad adalah koperasi yang khusus untuk penduduk Semenyih dan Hulu Langat. Di antara syarat-syarat untuk menjadi ahli ialah ahli mestilah berumur 18 tahun ke atas, menetap atau bekerja di kawasan operasi koperasi atau mempunyai harta di kawasan tersebut. Peserta juga perlu membayar yuran keahlian dan menyimpan saham minima seperti yang ditetapkan sebelum layak untuk menghadiri mesyuarat. Semasa saya join dulu, saham minima adalah RM500 sahaja.

Apa faedahnya kita join koperasi?
Haha.. yang ini adalah pendapat peribadi saya yang sebenarnya tidaklah begitu arif tentang  faedah join koperasi sebab saya adalah ahli yang lebih banyak tidur sahaja. Antaranya:-

1. Kita akan mendapat elaun kehadiran mesyuarat setiap tahun;
2. Kita akan mendapat dividen daripada simpanan @ saham kita; peratus dividen yang diperolehi adalah berbeza di antara koperasi.
3. Kita mendapat pelbagai insentif lain seperti hadiah kecemerlangan anak , saguhati perubatan, perlindungan insurans dan kemudahan pinjaman . Insentif  yang ditawarkan adalah adalah berlainan di antara koperasi.
4. Kita akan memperolehi pelbagai peluang lain seperti menghadiri kursus dan latihan, seminar atau mana-mana peluang perniagaan lain yang ditawarkan oleh Koperasi dan badan-badan kerajaan lain seperti Maktab Koperasi Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Antara kursus yang pernah saya join dulu adalah kursus Keusahawanan Dalam Perkhidmatan - Pembuatan Kek dan Bakeri selama 5 hari. Yuran yang saya bayar untuk kursus tersebut termasuk makan minum dan penginapan adalah RM125 sahaja. Murah kan?  





Untuk makluman pembaca juga, setiap koperasi yang ada di Malaysia ini diwajibkan berdaftar dengan  Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) , agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK). Tujuan utama SKM adalah untuk mengawalselia sektor koperasi yang berkembang dan memastikan ia berupaya membangun dengan berkesan dan sistematik.



Jumpa Lagi ~

2 comments:

fairul rizal on July 11, 2014 at 9:02 AM said...

Ada no telefon koperasi x???

Ila Fyra on July 16, 2014 at 5:18 PM said...

Koperasi yang mana satu ye encik?

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template