Monday, June 23, 2014

Kisah Cik Ti :-)

Salam, Hihi..
Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi kisah yang berlaku semalam...
Asalnya agak menyedihkan, kemudian menjadi lucu dan akhirnya memberikan sesuatu kepada saya untuk dipelajari..

Mungkin sahabat-sahabat semua pernah mendengar gelaran nama seperti Cik Ti @ Mak Menti yang diberikan kepada Tikus... Kata orang-orang tua kita dilarang untuk menyebut Tikus @ menceritakan kisahnya secara terus-terang tanpa menggunakan nama samaran ini kerana Cik Ti sebenarnya dapat mendengar apabila kita bercerita tentang dirinya. Benarkah? Oh..

 Gambar Cik Ti versi kartun yang agak comel :-)

Asalnya saya ada membeli 2 bungkus serunding sebagai hidangan untuk menyambut ramadhan dan syawal nanti. Serunding ini saya beli daripada kakak Serunding dan memang saya beli banyak kerana ramai pula kawan-kawan dan saudara mara yang turut memesannya. Alang-alang dah ramai order, saya turut menjualnya sebab ingin membantu kakak serunding tersebut. Serunding ni diimport dari Tumpat, Kelantan dan rasanya memang enak berbanding serunding yang dibuat di Selangor ni.. Mungkin kerana proses penghasilannya yang dibuat secara tradisional dan kata orang 'air tangan' makcik-makcik di sana yang sudah berbelas tahun mengusahakan perusahaan ini.

2 bungkus serunding tersebut saya simpan di dalam beg dan saya gantungkan di kerusi. Esok paginya saya dapati serunding tersebut seperti ditebuk dan saya agak ianya perbuatan Cik Ti... Lalu saya bercerita perkara ini kepada Ibu Mertua. Kami ambil keputusan untuk membuang sahaja serunding tersebut kerana takut ianya telah dicemari oleh najis @ Air Liur Cik Ti walaupun lubangnya hanya sebesar lubang jari kelingking.


Petangnya pula saya bersembang dengan rakan.. Kawan saya kata ' jangan sebut tau, nanti dia dengar'... Huhu.. saya gelak sahaja kerana menyangka ianya hanyalah gurauan.

Siap sangka, bangun tidur esoknya susu Arif yang saya letakkan di dalam bekas tupperware telah terbuka dan sekeliling penutup tersebut penuh dengan bekas gigitan Cik Ti... MasyaAllah agaknya Cik Ti memang marah sebab saya bercerita tentang dirinya walaupun saya hanya menggunakan ayat biasa tanpa nada marah atau mengutuk... Saya cuma cakap ' sampai hati  Tikus tu gigit serunding, dahlah dua-dua bungkus sekali'..kot ye pun,tinggalkanlah satu.. hahaha

Gambar Ihsan Google. Tak sempat nak ambil gambar tutup tupperware tu sebab saya dah suruh Bibik buang pada awal pagi sebab takut ada air liur tikus di situ :-)

Haha... bila saya cerita balik pada Ibu Mertua, dia pun ketawa... Tapi dalam ketawa tu saya dapat simpulkan bahawa setiap makhluk Allah ni punya keistimewaan. Walaupun Cik Ti hanya haiwan yang sering dianggap tidak bersih dan membawa penyakit, rupa-rupanya dia juga mempunyai kelebihan yang boleh mendengar apabila orang bercerita tentang dirinya.. Kebetulan @ memang kenyataan, hanya Allah yang mengetahuinya :-)






0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template