Monday, May 26, 2014

Keistimewaan Susu Ibu

Tajuk ini sememangnya satu topik yang amat istimewa di hati saya malah saya bagaikan tidak jemu untuk  berkongsi kebaikan susu ibu ini kepada rakan-rakan, saudara terdekat dan juga ibu-ibu yang saya jumpa ketika di hospital.

Pemberian susu ibu kepada bayi dan anak-anak adalah fitrah semulajadi manusia dan merupakan cara hidup (way of life) yang disarankan oleh agama.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; (Surah al-Baqarah ayat 233)

Pemberian susu ibu kepada bayi/kanak-kanak juga merupakan sesuatu yang amat dititikberatkan di negara-negara barat dan di seluruh dunia. Kerana itu jugalah, WHO- World Health Organization & UNICEF  telah melancarkan Inisiatif Hospital Rakan Bayi di seluruh dunia pada 1992 bagi menyokong penyusuan susu ibu dan memastikan ibu-ibu yang mengandung mendapat maklumat & sokongan yang sepenuhnya bagi menyusukan bayi-bayi mereka.

Kebaikan Susu Ibu
1. Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi dan kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
2. Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
3. Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
4. Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan   otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
5. Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
6. Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
7. Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi. Sebagai contoh, bayi akan berhenti menangis apabila disusukan.
8. Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

 Kebaikan Susu Ibu - Kredit Gambar Kepada SusuIbu2u


Keistimewaan Susu Ibu Di Mata Saya
  • Dicipta secara semulajadi pada setiap kehamilan & kelahiran. Andai kita melepaskan peluang untuk menyusukan bayi, peluang itu tidak akan datang lagi kecuali untuk kelahiran seterusnya.
  • Meningkatkan martabat seorang ibu sebagaimana Allah menjadikan hanya kaum wanita sahaja yang boleh mengandung, begitu juga dengan penyusuan.
  • Sesuai untuk anak pada setiap ketika, ketika anak sakit sprt cirit birit/ rotavirus – penyusuan susu ibu boleh diteruskan. Ketika bencana dan malapetaka – penyusuan susu ibu masih boleh diberikan ketika bekalan makanan @susu lain terputus. Susu Ibu juga sesuai mengikut umur dan kandungan nutrien berubah mengikut usia dan cuaca.


Bagaimana jika kita tidak mempunyai rezeki untuk menyusukan bayi setelah berusaha atau mempunyai masalah kesihatan untuk menyusukan bayi?
Berpeluang untuk berjumpa dengan ramai ibu-ibu berkaitan penyusuan, membuatkan saya sedar bahawa tidak semua ibu di dunia ini bertuah untuk menyusukan anak-anak mereka. Saya mungkin bukan seorang yang paling layak untuk memberikan nasihat. Apa yang boleh saya katakan ialah :-

Susu Ibu adalah permulaan  terbaik yang boleh kita berikan kepada anak-anak. Andai tiada rezeki, usahlah kita bersedih kerana ianya cuma satu permulaan. Banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan terutamanya dari segi pendidikan, jagaan dan kasih sayang bagi memastikan anak-anak kita membesar  dan hidup dengan sihat dan sempurna, InsyaAllah.



p/s: Alhamdulillah dalam seribu kepayahan, saya telah berjaya menyusukan si manja Arif selama dua tahun penuh dan InsyaAllah untuk baby Akmal juga. InsyaAllah di dalam entry yang akan datang, saya akan menulis lagi tentang cerita kejayaan ibu-ibu bekerjaya menyusukan anak-anak mereka.

1 comments:

nila anggraini on October 14, 2014 at 2:29 PM said...

alhamdulillah sya dapat menyusukan anak saya yang pertamasampai umur 3 tahun. saya harap dapat menyusukan anak kedua sperti itu juga...susu ibu sangat istimewa untuk si manja kita. berikan mereka yang terbaik untuk perkembangan dan kesihatan mereka.

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template