Monday, June 30, 2014

Sihat Sepanjang Ramadhan ~ Tips Berbuka Puasa

Ahlan Wah Sahlan Ya Ramadhan :-)

Alhamdulillah, hari ini hari ke-2 kita berpuasa pada bulan Ramadhan tahun ini. Bulan Ramadhan sememangnya bulan yang penuh keberkatan dan sentiasa dirindui oleh hamba-hambaNya yang soleh dan solehah.



Beberapa minggu sebelum Ramadhan, saya ada menerima catatan whatsapp bertajuk 'Kuliah Puasa Dari Sudut Kesihatan' yang intipatinya amat menarik dan ingin saya kongsikan di sini. Mudah-mudahan, kita semua akan mendapat sedikit ilmu dan manfaat daripada catatan tersebut. Untuk makluman, ayat-ayat catatan tersebut tidak saya ubah sepenuhnya bagi mengekalkan maksud yang disampaikan.

'Bulan Ramadhan sering dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adalah pesta makanan ' sedangkan Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki dan bulan membaiki institusi keluarga.



Mengikut kajian, antara  kesilapan besar dalam berpuasa ialah:-

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa. Nabi Muhamad SAW berbuka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi potasium seperti makanan bergula perang dan bukan bergula putih) dan air kosong. Dikatakan berbuka puasa bukan untuk perut tetapi untuk memberi tenaga kepada  hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara ialah elakkan hidang makan malam di depan mata semasa berbuka. Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari  tidak akan berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ianya boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.


2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya juga menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang tidak kita perlukan.Sebagai contoh, saya teringat kisah Upin & Ipin yang sangat seronok di bazar Ramadhan hingga membeli semua jenis ayam yang ada. Sudahnya ayam-ayam tersebut tidak dapat dihabiskan dan akhirnya berlaku pembaziran.
Upin & Ipin yang menjadi favourite anak-anak

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang  dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar!
4. Selepas solat maghrib, sel sudah pun mendapat tenaga. Terus makan malam dan kita akan dapat makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.

Berdasarkan catatan tersebut, kita sememangnya digalakkan berbuka puasa dengan kurma & makanan ringkas yang lain. Sejurus selepas itu, kita disarankan untuk segera menunaikan solat maghrib  dan barulah kembali untuk menikmati makan malam yang sederhana  dan tidak berlebihan. Seterusnya kita bersiap-siap pula untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat isyak dan terawikh secara berjemaah. 

Sebenarnya banyak lagi yang terdapat di dalam catatan tersebut. Namun cara makan ketika berbuka ini sememangnya sangat bagus untuk kita amalkan. Saya percaya sebelum ini ada juga di antara kita yang terus berbuka puasa dengan makan makanan yang berat. Akibatnya badan akan terkejut, letih, mengantuk dan seterusnya amat sukar untuk kita bersolat apatahlagi untuk menunaikan solat sunat terawikh.

Akhir sekali, saya kongsikan Adab  Berbuka Puasa yang ringkas dan padat daripada JAKIM

 Adab Berbuka Puasa

Mudah-mudahan ramadhan kali ini akan membawa lebih banyak keberkatan, rahmat & hidayah kepada kita semua. Amin. 



0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template