Wednesday, July 23, 2014

Awasi Bahaya Demam Denggi Di Musim Perayaan Ini ~

Salam semua..

Untuk makluman pembaca semua, kes atau penyakit demam denggi semakin menunjukkan peningkatan di Malaysia hingga boleh dianggap berada di tahap yang membimbangkan. Pada hari ini saya ingin berkongsi maklumat tentang penyakit denggi ini dan langkah-langkah pencegahan yang boleh dilaksanakan bagi mengelakkan penularan penyakit ini terutamanya di musim perayaan ini.

Sumber: Portal I-Dengue


DEMAM DENGGI
Merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh  nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

 Nyamuk Aedes

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus. 

Tanda-Tanda Demam Denggi
1.   Demam kuat yang mengejut dan berterusan
2.   Bintik merah pada kulit
3.   Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
4.   Berdarah pada badan, hidung dan mulut
5.   Hilang selera makan
6.   Muntah-muntah
7.   Sakit perut
8.   Rasa pahit pada lidah
9.   Lemah dan tidak bermaya

Bagaimana Demam Denggi Berjangkit?
1.  Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
2.  Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
3.  Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
4.  Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi

Bagaimana Cara Untuk Mencegah Denggi?
Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:
  • Lindungi diri dan keluarga dari gigitan nyamuk.
    • Gunakan ubat nyamuk.
    • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
    • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
    • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
    • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari. Semakan lokaliti wabak denggi boleh dibuat di laman ini. 

  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
    • Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
    • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.


Abate 1.1G
Abate 1.1G adalah ubat yang digunakan untuk membunuh jentik-jentik.



Abate 1.1G boleh diperolehi di rangkaian pasaraya dan farmasi Giant, Warta Ever Rise (Sarawak), AEON/Apex, Tesco,Mydin, Sunshine, Guradian dan kedai perkakasan berhampiran anda.



Ikuti langkah-langkah & panduan pencegahan demam denggi sebelum, semasa dan selepas beraya yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor ini.


Untuk mengetahui kawasan wabak denggi yang berhampiran anda, sila lawati Portal I-Dengue di alamat ini.

Salam AidilFitri & Mudah-mudahan kita semua dijauhi daripada penyakit ini, InsyaAllah!

Love
ila Fyra

0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template