Friday, July 4, 2014

Biskut Raya Simple - Biskut Jejari Coklat

Sebut je pasal raya, pasti  kita dah terbayang hidangan hari raya, baju raya dan sudah semestinyalah kuih raya kan?

Bab kuih raya ni saya biasanya membeli je sebab tangan ni tak berapa pandai nak mengadun dan menerap. Beberapa tahun yang lalu, pernah juga saya buat cookies sendiri sebab en hubby request. Malangnya tak menjadi huhu :-)

 Erm.. nampak enak dan menyelerakan biskut raya D'Hearty ni ~

Oleh sebab Arif dah besar dan memang pandai request nak buat biskut  raya sendiri, saya pun mencari idea bagaimana nak buat kuih raya yang simple tapi sedap. Paling penting sedap di mulut Arif dan anak-anak saudara yang lain. Mereka pun boleh sama-sama tolong buat biskut ni. Hasilnya memang nyum-nyum sebab lepas buat je ianya dah habis dimakan sampaikan nak ambil gambar pun tak sempat. Hujung minggu ni nanti baru buat lagi. Saya namakan biskut ini ' Biskut jejari Coklat'.

Nota
Resepi Biskut jejari ni ditujukan khas pada mereka yang memang tak pernah buat biskut raya atau memang tak reti buat biskut raya seperti saya sahaja tau :-)


Bahan-Bahan
1. Biskut jejari - boleh dibeli secara timbang kilo di kedai biskut/pasaraya.
2.Coklat masakan @ dark compound chocolate yang telah dicairkan. Saya guna dark compound jenama Selborn.
3. Hiasan - boleh guna chocolate rice, badam atau  coklat berwarna

Cara-cara mencairkan coklat.
1. Potong coklat kecil-kecil
2. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil. Double boil tu maksudnya kita tak cairkan coklat secara terus atas dapur. Kena kena gunakan dua periuk/kuali. Sebagai contoh saya gunakan kuali yang diisi air. Di atas kuali saya letakkan periuk yang digunakan untuk mencairkan coklat.

Contoh kaedah double boil

2. Pastikan api kecil dan wap air tidak masuk ke dalam coklat. Nanti coklat rosak bila terkena air. Sentiasa kacau coklat bagi memastikan cairan yang sekata. Tutup api

Seterusnya adalah cara untuk menyiapkan biskut yang super sedap tadi. Gambar di bawah adalah bahan-bahan yang akan kita gunakan.



1. Ambil sebatang biskut dan celupkan ke dalam coklat - boleh celup separuh bahagian atau 3/4 biskut.
2. Seterusnya tabur coklat rice ke atas biskut tadi.
3. Keringkan biskut tadi sebentar dan siap untuk dimakan.

Yang Arif pula tak sempat tunggu kering dah masuk dalam mulut. Hihi.. Ibunya pun sama :-)

Ini cuma idea yang simple sahaja, bagi yang kreatif pula bolehlah menggunakan hiasan yang lebih superb seperti gambar di bawah.

 Biskut Jejari Coklat Oreo
Biskut Jejari Colat Double Choc - disalut dengan coklat berwarna seperti pink atau hijau.
Biskut Jejari ColatBersalut Badam


So, tahun ni bolehlah kita makan biskut raya buatan sendiri ye kawan-kawan. Jadikan juga ia aktiviti yang menyeronokkan dengan anak-anak kita :-)



1 comments:

niera suhaimi on June 4, 2016 at 12:06 PM said...

salam, sye da try buat.. menjadi tp bhagian yg trkene coklet tu, mcm msuk angin la.. Ada tips ke nk elak jd gtu? Tq.

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template