Tuesday, July 8, 2014

Gigi Pertama Bayi ~


Pertumbuhan gigi bayi

'Wah, baby dah tumbuh gigi lah :-)

Pertumbuhan gigi bayi merupakan salah satu detik yang ditunggu-tunggu oleh  setiap ibu bapa. Semasa Arif dulu, hampir setiap hari juga saya 'check' sama ada giginya telah tumbuh atau tidak. Sayangnya walaupun 'check' hampir setiap hari, kehadiran giginya yang comel itu hanya disedari oleh kakak ipar saya. Haha, sebenarnya saya memang nampak yang di gusi Arif ada seperti benda putih yang sangat nipis, tapi saya tak tahu itu adalah giginya yang pertama :-)

Ok, jom kita  dapatkan info lanjut tentang gigi bayi ni :-) 


Pertumbuhan Gigi Bayi
Pertumbuhan gigi bayi bukanlah satu perkembangan yang dicapai sekaligus seperti perkembangan pergerakan bayi yang lain. Ianya akan mengambil masa yang agak lama seawal bayi di dalam kandungan hinggalah hinggalah ke umur 3 tahun untuk memperolehi set gigi yang lengkap.

Ketika kita mengandung, kudup gigi bayi telah berkembang. Ini ialah asas bagi gigi bayi yang juga juga dikenali sebagai gigi susu. Kudup-kudup itu akan menembusi permukaan gusi bayi di antara usia tiga bulan dan 12 bulan.

Kemunculan gigi pertama bayi adalah tanda yang menunjukkan bayi sedang membesar. Gigi bayi yang pertama biasanya akan muncul seawal bayi berusia pada 5- 6 bulan. Proses ini akan mengambil masa sedikit demi sedikit hinggalah bayi mempunyai set gigi yang lengkap pada usianya 3 tahun.
Pada usia tiga tahun, kanak-kanak biasanya telah memiliki set gigi yang lengkap sebanyak 20 batang.

Carta Pertumbuhan Gigi  Pertama Bayi

Gigi Pertama
Pertumbuhan gigi pertama biasanya tidak berapa menyeronokkan pada bayi. Bayi mungkin berasa sedikit tidak selesa termasuk air liurnya meleleh bermula selama sebulan atau dua bulan sebelum kemunculan gigi tersebut. Untuk mengurangkan kesakitannya, bayi akan mula menggigit dan kita boleh memberinya sesuatu untuk digigit seperti kain bersih yang lembut atau 'theeter gigi. Gusi juga boleh menjadi bengkak apabila gigi hendak muncul dan ini akan menyebabkan pipi anak anda kelihatan lebih besar. Bagi ibu-ibu yang menyusukan, janganlah berasa takut untuk meneruskan penyusuan. Biasakan diri dengan memujuk dan bercakap dengan bayi agar tidak menggigit ketika menyusu.

Seterusnya, gigi akan  tumbuh dengan berturut-turut, biasanya bermula di bahagian depan sebelah bawah, kemudian yang di tengah sebelah atas, diikuti yang di tepi dan belakang.


 Pertumbuhan GIgi Bayi Mengikut Usia

Wah, banyaknya gigi bayi. Tapi bayi saya dah 10 bulan, sebatang pun belum tumbuh lagi. Macam mana ni? 
Jangan risau ya mommy, walaupun bayi biasanya mendapat gigi pertama seawal 5 bulan, ada juga bayi yang hanya mendapat gigi pertamanya ketika menjelang sambutan hari lahirnya yang pertama. 


Penjagaan Gigi
Bagaimanakah cara untuk menjaga gigi bayi anda?
Di pasaran terdapat banyak jenis berus gigi yang bersesuaian untuk bayi. Ada juga berus gigi bayi yang mempunyai music atau bunyi. Walaubagaimanapun, pada peringkat awal, kita juga boleh memilih untuk membersihkan gigi bayi menggunakan kain lembut yang bersih. Pasa sekitar usia setahun setengah, bayi mungkin sudah bersedia untuk memberus giginya sendiri.Jadikan aktiviti ini sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan jadikannya ia sebagai amalan bagi menjaga kebersihan dan kesihatan gigi tersebut.
Arif dengan 2 batang gigi semasa berusia 7 bulan

 Arif dengan 4 batang gigi semasa berusia 9 bulan

Gigi Arif berjumlah 16 batang semasa usianya setahun setengah

Jangan lupa juga bawa anak-anak berjumpa Doktor Gigi. Sehingga Arif berusia 4 tahun, saya masih belum ada kesempatan untuk membawanya berjumpa Doktor Gigi. Namun Arif amat bersemangat untuk menggosok gigi sendiri apabila menonton Kisah Upin dan Upin - Dr Gigi tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template