Wednesday, June 11, 2014

Mencari Yang Halal Itu Fardhu ~



Topik Halal sememangnya satu isu yang perlu kita titikberatkan sebagai pengguna Islam. Lebih-lebih lagi pada masa kini terdapat banyak isu yang melibatkan tentang penipuan atau pemalsuan logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Produk halal yang menjadi keutamaan saya tentulah makanan  terutamanya makanan basah seperti mee kuning, kuetiau, fish ball dan sebagainya. Ketika saya tinggal di Sungai Merab dulu ada sebuah kedai runcit yang menjual mee kuning, kuetiau, fish ball dan sebagainya yang dikeluarkan oleh peniaga Muslim. Jadi memang mudah untuk mendapatkan stok terutamanya mee kuning yang menjadi kegemaran Arif dan kami sekeluarga. Istimewanya mee kuning yang dibuat ini, ianya kurang kandungan kapurnya dan boleh dikatakan tidak berbau langsung cuma tempoh jangka hayat mee ini adalah sekitar 3-5 hari sahaja.

Apabila berpindah ke Semenyih, stok mee kuning bumiputra ini sukar untuk saya dapatkan. Jika ada sekalipun cuma mee kuning Hajah Che Halimah Omar di mana kedai yang menjualnya agak jauh dari pekan Semenyih.
Mee Kuning Halal Hjh Che Halimah Omar

Survey punya survey, rupa-rupanya di pekan Semenyih ada kedai bumiputra yang menjual harga mee kuning dan kuetiau ini dengan harga yang sangat murah iaitu RM1 sebungkus sahaja untuk mee kuning. Kedai yang saya maksudkan ialah Mama's Choice Bakery Ingredients yang terletak di Semenyih Sentral. Pemilik Kedai ini ialah Puan Yana.

Mama's Choice Bakery Ingredient Semenyih

Mee Kuning yang dikeluarkan oleh Mama's Choice ini ada 3 jenis rasanya iaitu Mee Kuning, Mee Carrot dan Mee Bayam. Saya dah cuba mee kuning dan mee carrot, memang sedap. Mee bayam je belum dapat cuba lagi sebab stoknya jarang-jarang ada. Jom kita layan gambar Arif makan mee ni :-)

 Nyum nyum sedapnya :-)

Bercakap tentang logo halal pula, Logo halal JAKIM/JAIN/MAIN yang sah ialah seperti di bawah.


Penerangan Logo Halal JAKIM
  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Jadi diharapkan kita semua berhati-hati dengan logo ini kerana adakalanya banyak pihak yang menggunakan logo halal yang seakan sama bagi mengabui mata pengguna muslim.

Selain logo Halal ini, JAKIM turut mengiktiraf logo halal JAKIM yang dikeluarkan oleh badan-badan Islam di luar negara. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini


0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template