Saturday, July 5, 2014

Tabungan Pertama Untuk Bayi & Anak

Salam semua,

Malam ni saya nak berkongsi cerita tentang tabungan pertama yang saya buat untuk anak-anak sejak mereka bayi lagi.

Boleh dikatakan saya ni seorang yang agak 'excited' dalam bab menyimpan atau menabung ni, jadi memang tak sabar-sabar nak buka buku simpanan di bank apabila mereka telah dilahirkan.

Dalam banyak-banyak bank yang ada, saya memilih untuk membuka buku simpanan di Tabung Haji. Salah satu sebab utamanya ialah Tabung Haji membenarkan kita membuka akaun untuk bayi tanpa ada syarat kelayakan umur, yang penting bayi kita telah pun mempunyai Sijil Kelahiran dan MyKId. Sesetengah bank pula menetapkan umur seperti 6 bulan ke atas dan lain-lain.

Simpanan minima bagi permulaan pembukaan akaun pula ialah RM2 sahaja.

Buku Akaun Tabung Haji

Selain itu, simpanan di Tabung Haji juga adalah:-
  • Berlandaskan syariah Islam
  • Dividen yang kompetitif
  • Zakat Perniagaan dibayar
  • Dikecualikan cukai; dan
  • Dijamin oleh kerajaan
 Pada masa kini juga, Simpanan dan pengeluaran Tabung Haji boleh dibuat  di kaunter, mesin ATM/ CDM Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank. Mudah bukan? Yang penting kita aktifkan kad ATM salah satu bank tersebut sebelum urusan simpanan dan pengeluaran boleh dilakukan.

Salah satu sebab lagi ialah untuk memudahkan urusan mengerjakan Haji bila anak-anak dah besar nanti. Alhamdulillah, walaupun Arif baru berumur 4 tahun & Adik Akmal baru setahun lebih, mereka berdua telah saya daftarkan untuk menunaikan Haji nanti.

Untuk pendaftaran Haji pula, simpanan minimum yang perlu ada di dalam akaun Tabung Haji kita ialah RM1,300. Setelah pendaftaran dibuat, duit RM1300 ini tidak boleh kita keluarkan dan akan kekal di dalam akaun tersebut sebagai simpanan minimum.

Sebenarnya amat penting untuk kita galakkan anak-anak menabung dan menyimpan wang sejak kecil lagi. Di antara kebaikan menabung ialah:-



  1. Menggalakkan anak bersikap jimat cermat dan menghargai nilai wang yang diperolehi.
  2. Apabila menabung, kita akan mempunyai simpanan. Simpanan ini amat penting sekiranya perlu digunakan untuk kecemasan dan sebagainya. Untuk anak-anak pula, saya menabung untuk perbelanjaan masa depan mereka seperti untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dan sebagainya.
  3. Dengan menabung, kita juga akan mendapat keuntungan seperti bonus dan dividen.
  4. Dengan menyimpan di bank juga, kita juga boleh mengelakkan kehilangan wang sekiranya disimpan di rumah atau lain-lain tempat yangtidak dapat dipastikan keselamatannya.
Ok, di sini juga saya kongsikan cara -cara yang mudah untuk menggalakkan anak belajar menabung.

 
Tabung Arif 
  1. Pertama sekali kita perlu ada tabung untuk menyimpan. Boleh beli tabung yang comel seperti tabung berbentuk kartun atau gunakan tabung yang dikeluarkan oleh bank seperti Tabung Haji, ASB dan lain-lain.
  2. Sentiasa tunjukkan  cara-cara memasukkan duit syiling ke dalam tabung. Lama kelamaan anak akan terbiasa dan mula menunjukkan minat untuk memasukkan duit ke dalam tabung (menabung) walaupun menggunakan duit kita :-)
  3. Apabila wang tersebut telah penuh, simpanlah wang tersebut di bank. Sesekali bawa anak ke bank supaya anak boleh melihat sendiri dan belajar tentang proses penyimpanan duit di bank.
  4. Apabila anak inginkan sesuatu barang yang agak mahal, kita boleh menggunakannya untuk meningkatkan motivasi anak dan terus menggalakkannya untuk menabung walaupun kita mampu menunaikan permintaannya. Sebagai contoh, Arif pernah request untuk menaiki kapal terbang. Jadi saya dan suami menyatakan yang 'Arif kena rajin-rajin menabung sampai penuh. Dah penuh nanti Ibu bawa naik kapal terbang' :-) Sebenarnya Arif telah beberapa kali juga menaiki kapal terbang semasa kecil tetapi mungkin beliau tidak dapat mengingatinya. Apa pun ini adalah sebagai satu simbolik dan proses pembelajaran  tidak langsung kepada anak bahawa ada usaha yang perlu dilakukan jika kita ingin mendapatkan sesuatu.
 Akhir kata kita renungkan pepatah melayu ini.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

&
Melentur buluh biarlah dari rebungnya



Sampai jumpa lagi :-)

0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template