Thursday, July 10, 2014

Tips Jimatkan Pinjaman :-)

Salam Semua,

Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang salah satu cara untuk kita menjimatkan aliran wang yang keluar apabila membuat sesuatu pinjaman. Cara ini memang saya praktikkan sejak dahulu lagi & Alhamdulillah ianya bukan sahaja berkesan tetapi dapat menjimatkan banyak aliran wang yang keluar.

Saya hanyalah insan biasa. Saya juga bukanlah pakar kewangan cuma saya suka mengkaji kebaikan dan kelemahan sesuatu perkara sebelum saya mengambil keputusan untuk membuatnya.Saya juga seperti anda semua, tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli apa yang diinginkan secara TUNAI terutama untuk RUMAH dan KERETA.

Bagi mereka yang mampu untuk membeli secara tunai, memang syukur sangat. Bagi yang tidak MAMPU kita perlu membuat pinjaman untuk membeli sesuatu harta.

Ok, katalah kita ingin membeli rumah. Sudah pasti kita akan mencari sebuah rumah yang agak selesa dan sesuai dengan kemampuan kita. Rumah pertama yang saya beli adalah sebuah rumah teres setingkat sahaja yang mempunyai empat buah bilik dan 3 bilik air yang terletak di Sg Merab, Kajang. Itulah rumah yang saya mampu beli kira-kira 8 tahun yang lepas.



Rumah ini saya beli di atas nama saya dan suami tetapi pinjaman dibuat di atas nama saya. Kenapa saya letakkan nama suami sekali? Pertama sekali sebab kami sememangnya berkongsi wang pendahuluan untuk membeli rumah ini dan yang kedua untuk memudahkan suami membuat pengeluaran wang melalui akaun dua (2)  KWSP beliau. Bagi yang tidak tahu, KWSP membenarkan pengeluaran dibuat untuk mengurangkan baki pinjaman perumahan dan juga bagi menyelesaikan baki pinjaman perumahan pasangan.

Berkenaan pinjaman pula, perkara pertama yang saya teliti ialah jumlah bayaran balik bulanan dan jumlah interest yang perlu dibayar . Biasanya bank akan menawarkan tempoh masa pembayaran balik sehingga 30 tahun dan saya percaya ramai di antara kita yang menerima bulat-bulat tawaran bank ini. Bagi mereka makin sedikit jumlah bayaran balik yang diperlukan, itulah yang paling bagus kerana dapat mengurangkan komitmen bulanan. Tahukah kita sebenarnya bayaran balik yang rendah itu hanya menambahkan hutang kita?

Jom kita tengok contoh Jadual Bayaran Balik Pinjaman Perumahan ini.

 
Ok, katalah pembiayaan rumah yang kita perlukan ialah RM200,000. Gaji kita mungkin tak berapa banyak tapi kita mampu membayar dalam RM1500 sebulan. Bank pula bagi tawaran sampai 30 tahun dengan bayaran RM1277 sahaja. Kalau tengok memang best bayar RM1277 berbanding RM1503.

Mari kita buat perbandingan bagi penjimatan yang kita perolehi di antara 30 dan 20 tahun.

Jumlah bayaran penuh 30 tahun : RM1277x 360 bulan: RM459, 720: Interest: 259,720.
Jumlah bayaran penuh 20 tahun : RM1503x 240 bulan: RM360,720. Interest: 160, 720

MashaAllah, dengan hanya bayar extra bulan-bulan RM226, kita boleh menjimatkan sebanyak RM99,000.00

Banyak tu RM99,000. Boleh guna duit tu untuk beli satu kereta yang selesa.

Lepas dah tahu tentang penjimatan tu, mungkin kita nak cuba tengok pula kalau bayar 15 tahun sahaja. Extra RM250 daripada yang kita mampu bulan-bulan. Boleh ke ni? Rasanya macam boleh cuma kita perlu berjimat cermat sikit untuk 1-2 tahun ataupun sebenarnya tak perlu berjimat pun. Kenapa saya kata 1-2 tahun, sebab bila beli rumah yang dalam pembinaan, kita tak perlu bayar untuk tempoh tertentu. Dalam tempoh setahun pula biasanya gaji kita dah ada kenaikan dalam RM100-RM250 atau lebih. Maknanya memang kita mampu untuk bayar jumlah RM1753 sebulan berdasarkan peningkatan gaji tahunan kita nanti.

Ok, berapa pula Jumlah bayaran penuh?
Jumlah bayaran penuh 15 tahun : RM1753x 180 bulan: RM315,540. Interest: RM115,540 sahaja.

Kalau kita bandingkan dengan bayaran balik 30 tahun tadi, kita akan dapat penjimatan sebanyak RM144180 sekiranya kita memilih untuk membayar semula dalam tempoh 15 tahun sahaja. Perbezaan caj interest yang sangat-sangat besar dan boleh membuatkan kita beli 1 buah rumah lagi :-)

Selepas membuat pengiraan seperti di atas , saya akhirnya memilih untuk membuat loan rumah selama 12 tahun sahaja tetapi jumlah pinjaman saya lebih kecil kerana harga rumah teres ketika itu lebih murah.  Ramai kawan-kawan dan senior yang terkejut, 12 tahun je buat loan rumah? Knp tak ambik 25 tahun atau 30 tahun?

Bila saya terangkan keuntungan yang diperolehi, ramai juga yang berkata. Ye ke? kami dulu main terima je. Takde selidik-selidik tentang berapa interest, lebih tengok berapa nak bayar bulan-bulan.

Seterusnya saya menggunakan kaedah yang kedua iaitu pengeluaran wang daripada akaun 2 KWSP suami. Ditambah dengan sedikit simpanan yang ada, Alhamdulillah menjelang tahun ke tujuh saya telah pun dapat menyelesaikan sepenuhnya jumlah pinjaman tersebut. Memang Lega Sangat.

Kenapa lega? Sebab saya memang jenis yang tidak suka berhutang dan bila kita dah tak perlu  bayar hutang bulan-bulan , kita boleh fokus untuk perkara lain pula seperti simpanan keluarga dll..

Ibarat kata pepatah, 
Berakit-rakit ke hulu, berenang -renang ke tepian
bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian ~



Bgai yang belum membeli rumah, sebenarnya masa yang terbaik untuk membeli rumah adalah sekarang walaupun hanya sebuah rumah yang kecil. Ini kerana nilai hartanah semakin hari semakin naik. Gaji kita di masa hadapan juga tak mungkin mampu  mengejar harga rumah yang kita rasa kita tidak mampu beli sekarang. Ini  kerana bila kita dah mampu, harga rumah tersebut juga akan naik. Percayalah :-)

Tips mengira jumlah interest yang perlu dibayar ini bukan hanya boleh digunakan untuk pinjaman perumahan sahaja, tetapi boleh kita praktikkan apabila membuat pinjaman lain seperti pinjaman peribadi.


Sampai Jumpa Lagi ~

p/s: Ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya, jika ada pakar kewangan yang nak bagi komen, silakan ye :-)

1 comments:

Akmal Rusydi on October 3, 2014 at 9:15 AM said...

ya betul sis, makin lama tempoh sesuatu kontrak pinjaman dibuat makin kita rugi sebenarnya. Yang ini ramai orang tak tahu.

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template