Monday, July 7, 2014

-Usaha Tangga Kejayaan-

Usaha Tangga Kejayaan.

Ungkapan ini sememangnya satu ungkapan yang tidak asing lagi di telinga kita. Malah ucapan ini sering saya dengar sejak sekolah lagi lebih-lebih lagi ungkapan ini tertulis di bahagian hadapan buku tulis sekolah rendah.

Bila dah selalu dengar, ayat ini dah jadi biasa dan tidak lagi magik. Namun percaya tak kalau saya katakan ungkapan yang biasa-biasa ini andai kita amalkan, boleh membawa perubahan besar di dalam kehidupan?

Mudah sahaja, Nak Berjaya Kita Memang Kena Berusaha
Nak kan sesuatu, kena usaha juga. Nak buat sesuatu, kena USAHA juga.

 Gambar kredit to Pakar Bisnes

Ada tak perkara yang boleh kita dapatkan tanpa USAHA?  Nak TIDUR kot :-)
Haha.. Nak Tidur pun kena USAHA tau.
1. Kena cari tempat untuk tidur
2. Kena tutup mata

Iyalah kan, tak kan kita nak tidur berdiri @ tanpa tutup mata. Mustahil kan macam tu?

Alhamdulillah, ungkapan ini sering saya jadikan MAGIK & kekuatan dalam hidup. Bila inginkan sesuatu, kita bukan sahaja perlu berusaha tapi perlu tabah, bersemangat dan tidak boleh berputus asa. Saya memang DEGIL orangnya.

Mengimbas kembali kenangan dulu-dulu, saya bukanlah pelajar yang cemerlang sangat. Semasa buat Diploma, CGPA saya hanyalah 2.80. Nak sambung DEGREE pun tak dapat OFFER. Maka terpaksalah saya bekerja dulu. Bila bekerja walaupun saya performed, ramai yang kata sambunglah belajar lagi, zaman sekarang Diploma dah tiada nilainya. Berlambak orang yang ada Diploma. Sebenarnya salah satu sebab saya tidak cemerlang di dalam exam ialah kerana kursus tersebut bukanlah sesuatu yang saya minati. Kursus tersebut adalah pilihan saya yang terakhir yang saya tandakan di dalam borang UPU. Nak tak nak, saya belajar juga walaupun dalam hati memang susah nak bawak.

Sambil bekerja, saya sambung buat DEGREE. Malangnya saya terpaksa continue kursus yang sama sebab pada awal tahun 2000++ dulu, bukan mudah untuk kita tukar kursus seperti sekarang. Maka bermulalah tugasan saya sebagai pekerja dan pelajar part time. Zaman ini memang merupakan zaman yang amat-amat sukar buat saya. Selepas habis waktu bekerja, saya akan mula menelah buku. Hari minggu pula Sabtu & Ahad saya habiskan di Universiti. Memang tiada LIFE ketika itu. Ada satu ketika saya pernah menagis sebab bila hari cuti umum, saya masih perlu pergi ke Universiti. Tapi saya pujuk hati " tengoklah, bila dah berjaya nanti, time orang kerja pun saya akan bercuti".



Nak ke U pun bukan senang, bas ada tapi jadualnya kadang-kadang 1 -2 jam sekali. Maka terpaksalah saya naik teksi sahaja bila bas yang ditunggu tak muncul tiba. Duit gaji memang saya habiskan untuk bayar yuran dan juga perbelanjaan harian sahaja. Bila duit hampir susut, saya terpaksa hadkan perbelanjaan untuk membeli makanan. Cukuplah Nasi Lemak berharga RM1 sebagai hidangan makan malam saya.



Sewaktu hampir menamatkan pengajian, saya ditimpa ujian lagi. Kursus yang sepatutnya tamat dalam tempoh 2 tahun setengah dipanjangkan lagi atas sebab terdapat perubahan kelulusan daripada SENAT. Memang sangat-sangat tidak adil, sedangkan pada masa mendapat offer, kami dijanjikan yang setiap pelajar akan mengambil silibus yang sama sahaja walaupun mempunyai Diploma daripada IPTA yang berlainan. Maka dengan berat hati, saya sambunglah lagi tempoh pengajian untuk tempoh setahun. Tamat tempoh satu tahun, saya dan beberapa orang kawan diuji lagi. Oleh kerana semasa diploma dulu ada subjek-subjek yang kami tidak ambik seperti Calculus dan sebagainya, kami perlu tambah 4 subjek lagi. Kawan-kawan lain yang pernah ambik subjek-subjek tersebut atau yang setaraf lepas untuk transfer credit dan boleh bersedia untuk Konvo dengan riangnya.


Calculus, Math dan sebagainya memang subjek yang sangat-sangat susah bagi saya. Oleh kerana bilangan pelajar yang tinggal hanya 4 orang, kami diarah untuk belajar satu subjek dalam tempoh sebulan dan terus exam. Bayangkan dalam masa 4 bulan saya harus selesaikan 4 subjek sekaligus. Memang sangat-sangat parah! Kami diarah berbuat demikian untuk memastikan kami boleh grade dengan rakan-rakan sekelas yang lain.
Haha Nasib Baik Saya Tak Jawab Exam Macam Ni :-)

Bila telah habis semuanya, ujian yang ke 3 menimpa lagi. Atas alasan kami lewat mengemukakan permohonan untuk Konvo, kami tidak dibenarkan untuk Grade pada sesi tersebut dan perlu menunggu satu sesi lagi. Kalau tidak boleh pergi Convo pun ok lagi, tapi status kami tamat pengajian dan layak dianugerahkan Sarjana Muda pun masih tidak dapat dibuat kerana ianya memerlukan pengesahan Senat walaupun pihak Universiti telah berjanji bahawa kami boleh sama-sama grade dengan rakan sekelas yang lain. Sebenarnya perkara ini bukanlah merupakan kesilapan para pelajar tetapi terdapat sedikit isu yang berlaku di antara penyelaras kursus kami dengan penyelaras kursus bagi student separuh masa di Universiti tersebut.

Kadang-kadang saya sendiri tidak sangka saya mampu bertahan sejauh itu. Daripada sepatutnya saya belajar 2 tahun setengah sahaja, masa dipanjangkan menjadi 4 tahun dan sesudah itu saya masih tidak boleh Grade.

Bila tidak boleh grade, peluang untuk mencari pekerjaan lain yang lebih sesuai juga terbantut, di waktu yang sama syarikat tempat saya bekerja pula mengalami masalah kewangan dan terpaksa ditutup. Memang sangat hebat dugaannya kan?

Tetapi saya kuatkan semangat dan tidak pernah putus asa, kerana saya percaya kejayaan akan datang kepada mereka yang berusaha.

Kisah yang saya konsikan kali ini mungkin tidak sehebat cerita mereka-mereka yang telah berjaya di luar sana. Malah sehingga kini saya masih belum dapat mencapai impian saya untuk bercuti ketika orang lain sibuk bekerja. Walaupun telah bekerja, berkeluarga dan mempunyai kehidupan yang selesa  sekarang, impian itu masih saya simpan di dalam hati.

Dan InsyaAllah kini saya sedang berusaha untuk merealisasikan impian tersebut. Kerana saya tetap PERCAYA, USAHA itu TANGGA untuk mencapai KEJAYAAN.

InsyaAllah :-)

p/s: Sedikit update : Setelah tamat degree, saya sambung belajar lagi buat master, juga secara part time. Sebenarnya saya masih tetap tidak dapat mencintai kursus yang diambil itu sepenuh hati, namun demi memenuhi harapan ayah yang inginkan salah seorang daripada anaknya ada master, saya teruskan juga. Alhamdulillah, dapat juga saya memenuhi permintaan allahyarham ayah walaupun dalam seribu kepayahan.
 

0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template