Saturday, August 30, 2014

Dapatkan Herbal Blend Sekarang ~

Wah, stock herbal blend dah kembali lagi.

Memang sangat hangat herbal blend ni, baru sahaja diumumkan stock dah ada di cawangan dan boleh dipesan secara online, tak sampai beberapa jam, ianya dah sold-out.

Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan stock herbal blend ini selepas beberapa bulan menunggu. Memang kena standy seunit di rumah untuk kegunaan anak-anak dan seisi keluarga.


Boleh baca lebih lanjut tentang kegunaan Herbal Blend di sini

 

Herbal blend ini diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Ianya telah diuji secara klinikal dan tiada bahan kimia. Dan yang paling penting ianya Halal dan Free Paraben kan?


Paling istimewa lagi, harganya sangat murah berbanding losyen-losyen lain yang ada di pasaran. Satu tiub hanya RM27.50 sahaja. Malah anda akan dapat harga yang lebih istimewa apabila membelinya daripada saya.

Kegunaan Herbal Blend

Jom kita tengok apa pandangan ibu-ibu tentang cream ajaib ini :-)



Dapatkan SEGERA hari ini kerana stock adalah TERHAD.

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Friday, August 29, 2014

Pengendalian Ubat-Ubatan Yang Selamat ~

Salam semua,

Dalam entry yang lepas, saya telah kongsikan entry tentang tips/perkara-perkara yang perlu diperhatikan sebelum kita memberi anak-anak makan ubat. 

Kali ini saya akan berkongsi pula tentang tips pengendalian ubat-ubatan yang betul yang boleh dipraktiskan bagi tujuan keselamatan.

(Sumber: Know Your Medicine)

1.    Penggunaan Yang Betul
Umumnya ubat-ubatan adalah selamat sekiranya diambil  mengikut dos, masa dan cara pengambilan yang betul. Jika tidak diambil secara betul, kesan rawatan yang diingini mungkin tidak dapat dicapai sebaliknya ia boleh menyebabkan kesan sampingan.
  • Jangan ambil ubat melebihi dos yang dipreskrib.  DUA KALI GANDA TIDAK SEMESTINYA DUA KALI KEBAIKANNYA. 
  • Sekiranya anda lupa mengambil ubat pada masa yang diarahkan, jangan gandakan dos pada masa pengambilan seterusnya. Pengandaan dos adalah merbahaya kerana ianya mungkin menyebabkan dos berlebihan.
  • Jangan ambil ubat orang lain.  Ubat yang sesuai untuk orang lain mungkin tidak  sesuai untuk anda, walaupun simptom penyakit adalah hampir sama. Oleh itu, jangan berkongsi ubat dengan ahli keluarga dan rakan-rakan anda.  Setiap pesakit perlu mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi masing-masing.  
  • Jangan mencampurkan ubat-ubatan tanpa menerima nasihat doktor / ahli farmasi. Jika anda telah mengambil dua ubat yang mengandungi kandungan yang sama, anda mungkin mendapat dos berlebihan. Sebahagian ubat boleh berinteraksi dengan ubat - ubatan lain sama ada dengan menghasilkan kesan sampingan yang tidak diingini, menghalang tindakan ubat lain atau menghentikan tindakan ubat lain. Sila pastikan anda memberitahu ahli farmasi sekiranya anda sedang mengambil ubat -ubatan lain.  Jika anda sering mengunjungi farmasi yang sama, minta ahli farmasi menyimpan rekod  perubatan anda. Ini dapat membantu dalam mengesan sebarang  masalah dalam pengubatan anda.
2. Pengubatan Kendiri
Sebelum anda merawat diri sendiri, fikirkan tentang fakta-fakta ini:
  • Kebanyakan penyakit boleh dirawat secara semulajadi
    Selsema yang ringan boleh sembuh sendiri. Kebanyakan sakit tekak boleh pulih dalam  beberapa hari, samada  dirawat atau tidak. Ia biasanya disebabkan oleh virus di mana antibiotik biasanya tidak diperlukan.
     

  • Tidak semua simptom perlu rawatan
    Batuk boleh mengeluarkan kahak yang berlebihan. Sekiranya batuk tersebut terlalu teruk atau menggangu tidur, ubat   batuk dapat membantu. Batuk pada siang hari elok dibiarkan kerana melalui batuk inilah kahak berlebihan dapat dikeluarkan.
  • Setengah ubat boleh membahayakan
    Sesetengah ubat-ubat boleh memburukkan masalah kesihatan anda terutama jika ianya diambil berterusan, contohnya: ubat titis hidung sepatutnya digunakan untuk memberikan kelegaan dan menghilangkan simptom sahaja.
     
  • Setengah ubat boleh menyebabkan pergantungan atau ketagihan
    Ramai pesakit terpaksa bergantung kepada ubat untuk memudahkan mereka tidur dan ubat untuk menghilangkan keresahan.
3. Apa yang anda perlu tahu tentang ubat anda?
Terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu bagi setiap ubat yang anda ambil.  Ianya meliputi: 


  • Apakah nama ubat ini?
  • Mengapa ubat ini diberikan kepada saya?
  • Apakah kegunaan ubat ini ?
  • Bilakah perlu saya ambil ubat ini? Apakah masa yang sesuai dan kekerapan untuk diambil?
  • Bagaimana untuk mengambil ubat ini dan kuantiti yang diperlukan ? 
  • Adakah saya mempunyai pilihan  dengan ubat ini?
  • Apakah yang perlu saya lakukan jika terlupa ambil ubat ini?
  • Adakah ubat ini mempunyai kesan sampingan?Apakah yang perlu saya lakukan,jika mendapat kesan sampingan?
  • Berapa lamakah perlu saya tunggu sebelum melaporkan tiada perubahan symptom selepas megambil ubat ini?
  • Berapa lamakah tempoh masa perlu mengambil ubat ini?
  • Adakah ubat ini akan saling bertindak dengan ubat-ubatan lain yang sedang saya ambil?
  • Apakah jenis makanan dan minuman yang perlu saya elak ketika mengambil ubat ini?
  • Bagaimanakah cara penyimpanan ubat ini?  
4. Bagaimana Cara Menyimpan Ubat Anda 
 Amat penting bagi anda menyimpan ubat dengan cara yang betul. Panduan penyimpanan yang betul termasuk:
  • Jauhkan ubat dari kanak-kanak
  • Simpan ubat di tempat kering dan jauh dari panas/cahaya matahari.
  • Jangan simpan kapsul dan tablet di dalam bilik air, berhampiran sinki dapur atau tempat lain yang lembap. Kepanasan atau kelembapan boleh merosakkan ubat. Jangan letakkan kapas di dalam bekas ubat yang telah dibuka kerana ia boleh menyerap udara lembap ke dalam bekas ubat.
  • Jangan simpan ubat dalam peti sejuk kecuali diarahkan.
  • Jangan tinggalkan ubat anda di dalam kenderaan bagi jangkamasa yang lama.
  • Jangan simpan ubat yang telah tamat tarikh luput atau tidak diperlukan lagi.


5. Sewaktu Perjalanan
Bawa ubat bersama anda dan jangan simpan di dalam beg perjalanan anda. Pastikan ubat yang mencukupi dibawa semasa perjalanan untuk mengelakkan bekalan ubat terputus. Lebih baik sekiranya anda membawa bersama salinan preskripsi atau senarai rawatan anda sekiranya stok tambahan diperlukan.

6. Kesan Sampingan Ubat 
Semua ubat tidak kira moden atau tradisional mempunyai kesan sampingan. Ia merupakan kesan yang tidak dikehendaki akibat daripada pengambilan ubat.  Kebiasaannya kesan sampingan ubat adalah ringan dan tidak memudaratkan, maka anda tidak perlu membuat apa-apa. Sekiranya kesan sampingan adalah teruk, sila maklumkan kepada doktor / ahli farmasi anda untuk rawatan lanjut. Tanya doktor / ahli farmasi anda untuk maklumat berkaitan kesan sampingan ubat anda.  

7. Maklumat Tambahan
  • Adalah baik sekiranya anda mengetahui nama ubat anda. Tulis nama ubat anda dan simpan untuk kegunaan pada masa hadapan.
  • Sekiranya anda perlu mengambil ubat setiap hari, anda perlulah menokok bekalan ubat tersebut sebelum ianya habis. 
  • Sekiranya anda sukar untuk mengingati masa pengambilan ubat, sila dapatkan cadangan daripada doktor dan ahli farmasi.
  • Baca label ubat setiap kali anda mengambil ubat.  


8.  Jangan 
  • Jangan beredar dari farmasi tanpa memahami arahan sepenuhnya.
  • Jangan berhenti mengambil ubat yang telah dipreskrib walaupun anda berasa sudah sihat. Pengambilan ubat antibiotik tidak boleh dihentikan terlalu awal kerana bakteria yang menjangkiti belum terbunuh sepenuhnya. Ini akan menyebabkan bakteria tersebut menjadi resistant / kebal terhadap antibiotik seterusnya menyebabkan penyakit berulang kembali.   
  • Jangan menghentikan pengambilan ubat sekiranya anda mengalami kesan sampingan yang ringan, anda berasa lebih baik daripada semalam ataupun kerana anda percaya ianya tidak membawa sebarang kebaikan. Sesetengah ubat memerlukan masa untuk memberi kesan.
 Untuk maklumat lanjut, sila layari www.knowyourmedicine.gov.my

Kenali Ubat Anak Anda !

Salam sayang buat pembaca semua :-)


Semenjak menjadi ibu, saya amat berhati-hati dengan penggunaan ubat yang diberikan oleh Doktor. Ini kerana ketika Arif berusia 4 bulan, Arif menghidapi demam, batuk dan selsema yang berpanjangan. Saya telah membawa Arif ke sebuah klinik swasta di Putrajaya. Doktornya sangat baik tapi sayangnya untuk bayi sekecil Arif, Doktor telah membekalkannya ubat demam, batuk dan selsema. Kata Doktor ubat tersebut selamat dimakan kerana diberikan dalam dos yang rendah.


Kerana kurangnya ilmu dan pengalaman dalam pengendalian ubat untuk kanak-kanak, saya telah memberikan Arif ubat batuk dan selsema tersebut. Saya bukannya tidak berhati-hati, malah sebelum memberikan ubat tersebut, saya turut bertanyakan pada seorang rakan yang juga seorang Doktor.

Memang sangat hebat kesan ubat tersebut, Arif tidur dan tidak aktif sepanjang hari. Saya jadi panik dan mula mendapatkan maklumat tentang ubat-ubatan ini di internet. Baru saya tahu, sebenarnya kanak-kanak di bawah 2 tahun tidak boleh diberikan sebarang ubat batuk dan selsema yang mengandungi anti histamin. Kesannya amat bahaya hingga boleh membawa kepada kematian.



Memang saya rasa sangat menyesal tetapi Alhamdulillah tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku kepada Arif. Semenjak peristiwa itu, saya sangat berhati-hati dan akan menjadi penyiasat apabila sebarang jenis ubat-ubatan diberikan kepada anak-anak saya. Dengan doktor pun saya tanya 2-3 kali, dengan pharmacist pun saya akan tanya juga. Kadang-kadang bila dah balik rumah pun, saya akan cari maklumat tambahan lain dengan sahabat pharmacist atau bertanyakan/ berkongsi maklumat ubat-ubatan tersebut di group-group keibubapaaan yang saya sertai. Walaupun nampak macam tak percaya, biarlah kita selidik habis-habisan daripada tersalah memberi ubat kepada anak.

Ok, saya kongsikan sedikit tips yangboleh kita perhatikan sebelum kita memberi ubat kepada anak-anak terutamanya untuk anak-anak di bawah 2 tahun :-

1. Tanyakan kepada Doktor anda tentang kesesuaian ubat yang diberi dengan umur anak anda. Suarakan sebarang keraguan dan pertanyaan dan pastikan Dr tersebut dapat menjawabnya dengan baik.

2. Pastikan dos ubat yang diberi adalah dikira berdasarkan berat badan anak anda. Sesetengah klinik terutamanya klinik swasta memandang ringan perkara ini, hanya mencadangkan dos mengikut usia anak dan bukannya berat badan mereka. Lebih-lebih lagi ubat yang diberikan bukanlah melalui pharmacist yang bertauliah.

3. Kenali jenis-jenis ubat dan kandungannya. Tidak semua ubat sama walaupun diberi untuk tujuan yang sama. Tahukan anda bahawa ubat untuk demam ada beberapa jenis dan ubat yang paling selamat dimakan oleh anak anda adalah syrup PCM dan bukannya dari jenis lain seperti ibuprofen dan sebagainya.


Dan untuk antibiotic:-

4. Sekiranya anak anda diberikan antibiotic oleh Doktor, tanyalah dahulu tentang mengapa perlu diberikan antibiotik. Ini kerana terdapat sesetengah Doktor yang suka memberikan antibiotic walaupun belum ada keperluan yang jelas tentang keperluan ubat tersebut dengan penyakit yang dihidapi.


5. Untuk antibiotic juga, pilihlah atau tanyakan pada Dr antibiotic yang boleh diberikan 2 kali sehari sahaja (mudah untuk ibu bapa bekerja) atau dos yang sehari sekali sahaja. Ini kerana antibiotic perlu diberikan dalam selang masa yang tetap . Seandainya anak kita diberikan dos antibiotic yang perlu dimakan 3 kali sehari, tentu agak sukar untuk kita memberinya jika anak tadi dihantar ke sekolah atau ke rumah pengasuh.

6. Pastikan antibiotic dimakan mengikut tempoh masa dan bilangan hari yang ditetapkan. Adalah bahaya sekiranya kita menghentikan pengambilan antibiotik atas alasan anak telah sembuh atau anak tidak mahu memakan ubat tersebut. Kreativiti dan pujukan daripada ibu bapa amat diperlukan bagi memujuk anak makan ubat-ubat tersebut.


Akhir sekali saya juga ingin menggalakkan ibu bapa untuk mempelajari kaedah natural dalam penyembuhan penyakit anak-anak. Ketahuilah pengambilan ubat-ubatan secara berterusan untuk merawat penyakit demam, batuk dan selsema anak boleh mendatangkan kesan sampingan.

Sebagai contoh: -

  • gunakan air lendiran daripada pokok bunga raya atau pokok sedingin untuk menghilangkan panas/ demam anak;
  • gunakan minyak bawang putih untuk menghilangkan batuk dan selsema anak dengan lebih berkesan.

Salam sayang dan jumpa lagi.
 iLa Fyra

p/s: InsyaAllah saya akan menulis lagi tentang tips dan maklumat tentang pengendalian ubat-ubatan kepada anak-anak lagi dalam masa terdekat ini.

Wednesday, August 27, 2014

Vitamin oh Vitamin :-)


Salam semua,

Bila sebut je vitamin, ramai di antara kita mengambarkan bentuk pil/kapsul yang mengandungi makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.

Apakah vitamin sebenarnya?


Vitamin adalah molekul organik yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk proses pertumbuhan dan perkembangan. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.

Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien dan ianya hanya boleh diperolehi melalui pemakanan.

Oleh sebab itu, kita perlu mendapatkan vitamin ini sama ada daripada makanan harian atau melalui makanan tambahan /suplemen yang lain.


Vitamin

 Jenis Vitamin






Vitamin boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu:-

Vitamin Larut Air
Vitamin jenis ini adalah seperti Vitamin B dan C. Vitamin-vitamin ini larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Antara vitamin yang larut dalam termasuklah vitamin B1(Thiamin), vitamin B2 (Riboflavin), Vitamin B3  (Niacin), Vitamin B5 (pantothenic acid), Vitamin B6 (piridoksin), Vitamin B8 ( biotin), Vitamin B9 (Folat) dan Vitamin B12 (kobalamin). Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari.


Vitamin larut air amat penting untuk tubuh kita kerana tubuh kita tidak boleh membina vitaminnya sendiri, dan kita sering kehilangan vitamin larut air melalui kencing. Jadi pengambilan vitamin larut air setiap hari secara berterusan adalah penting untuk memastikan bekalan vitamin B dan C sentiasa ada dalam tubuh.

Vitamin Larut Lemak
Jenis yang kedua adalah vitamin yang larut dalam lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Vitamin-vitamin ini larut dalam lemak dan oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka masa yang panjang. Kekurangan vitamin dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan dan penyakit yang serius.



Jom kita tengok pula sumber utama Vitamin & Kesan Kesan kekurangan vitamin ini:-

1. Vitamin A
  • Sumber : susu, ikan, sayuran berwarna hijau dan kuning, hati, buah-buahan warna merah dan kuning (pisang, betik, dan lain-lain)
  • Kesan kekurangan: rabun malam, infeksi saluran pernafasan, menurunnya daya tahan tubuh, kulit yang tidak sihat.

2.  Vitamin B1
  • Sumber :gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras dan telur
  • Kesan kekurangan: kulit kering/ kulit bersisik, daya tahan tubuh berkurang.
3. Vitamin B2
  • Sumber: sayur-sayuran segar, kuning telur, susu.
  • Kesan kekurangan : turunnya daya tahan tubuh, kulit kering bersisik, mulut kering, bibir pecah-pecah dan lain-lain.
4. Vitamin B3
  • Sumber: buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis, daging dan sebagainya
  • Kesan kekurangan: terganggunya sistem pencernaan, otot kejang, insomnia, bedan lemas, mudah muntah dan mual-mual.

5. Vitamin B5
  • Sumber : daging, susu, sayur sayur  hijau, ginjal, hati, kacang hijau.
  • Kesan kekurangan: otot mudah menjadi kejang, sukar tidur, kulit pecah-pecah dan bersisik
6. Vitamin B6
  • Sumber : kacang-kacangan, jagung, beras, hati, ikan, beras tumbuk, ragi, daging
  • Kesan kekurangan:kulit pecah-pecah, cramp  pada otot, insomnia atau sukar tidur
7. Vitamin B12
  • Sumber : telur, hati, daging
  • Kesan kekurangan: kurang darah atau anemia, lelah/lesu/lemas, penyakit pada kulit
8. Vitamin C
  • Sumber : jambu batu, jeruk, tomato, nanas, sayur segar, dan lain sebagainya
  • Kesan kekurangan:
  • mudah infeksi pada luka, gusi berdarah, rasa sakit pada sendi, dan lain-lain
9. Vitamin D
  • Sumber :
  • minyak ikan, susu, telur, keju, dan lain-lain
  • Kesan kekurangan: gigi akan lebih mudah rosak, otot mengalami kekejangan, pertumbuhan tulang tidak normal yang biasanya betis kaki akan membentuk huruf O atau X.
10. Vitamin E
  • Sumber :
  • ikan, ayam, kuning telur, ragi, minyak tumbuh-tumbuhan, dan lain
  • Kesan kekurangan:mandul, gangguan saraf dan otot, dan lain-lain
11. Vitamin K
  • Sumber : susu, kuning telur, sayuran segar
  • Kesan kekurangan: darah sulit membeku bila terluka/berdarah/luka/pendarahan, pendarahan di dalam tubuh, dan sebagainya



Tuesday, August 26, 2014

Vitamin C untuk Kanak-Kanak :-)

Salam semua, Hari ni saya nak bercerita sedikit tentang Vitamin C dan kepentingannya kepada semua terutamanya kepada kanak-kanak yang sedang membesar.

Jika kita perhatikan kanak-kanak mempunyai sistem imunisasi yang agak lemah. Sebagai contoh kanak-kanak lebih mudah diserang penyakit seperti batuk, demam dan selsema berbanding orang dewasa. Lebih-lebih lagi jika anak di hantar ke taska, memang mudah nak dapat penyakit batuk dan selsema ni kan?


Chewable Vita- C Plus


Satu botol ni mengandungi 90 table dan boleh tahan sehingga 3 bulan. Harganya pun sangat murah hanya RM37.50 sahaja. Jika dikira, lebih kurang 40 sen je sehari. Kalau jadi ahli, lagi murah harganya.  Walaupun murah, ianya sangat berbaloi dan sangat membantu dalam meningkatkan kesihatan anak.

~ Jom kita lihat kepentingan dan manfaat utama Vitamin C  kepada semua~

Manfaat Utama

  1. Peningkatan Sistem Imun/Daya Tahan Badan - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma dan juga mengurangkan simptom selsema. Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi dan membantu badan kita dalam menentang bakteria, virus dan jangkitan.
  2. Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka.
  3. Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu kita mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  4. Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
  5. Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
  6. Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  7. Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.



Bukan hanya kanak-kanak sahaja yang boleh menikmatinya. Chewable Vita-C plus juga sesuai untuk orang dewasa cuma kita perlu lebihkan sukatannya di antara 3-5 biji sehari.


Kelebihan Chewable Vita-C Plus
  • Rasa lebih sedap, mudah dikunyah. 
  • Sesuai untuk seisi keluarga. 
  • Menarik minat kanak-kanak untuk mengambil Vitamin C dan dosnya  bersesuaian untuk kanak-kanak. 
  • Sesuai  untuk golongan berusia yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah dan susah untuk menelan disebabkan sakit ataupun faktor ketuaan. 
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah fizikal dalamanseperti gastroesophageal reflux disease ataupun ketumbuhan esophageal yang mempunyai masalah menelan tablet. 
  • Sesuai untuk mereka yang selalu berada di luar kerana melancong dan sebagainya. Jadi, pengambilan Vitamin C jenis kunyah lebih mudah sebab tidak memerlukan air untuk dimakan. 
  • Dos Vitamin C yang rendah dalam setiap tablet kunyah adalah lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif seperti gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Pengambilan Vitamin C dalam dos yang besar boleh menyebabkan ketidakselesaan. 

Jom dapatkan satu untuk anak anda hari ini. POS PERCUMA selagi stok masih ada/masa terhad .


Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Friday, August 22, 2014

Produk Penjagaan Kulit NutriWhite

Salam semua :-)

Selain daripada produk Enfuselle, Shaklee mempunyai 1 lagi set produk penjagaan kulit iaitu NutriWhite.




Set Nutriwhite Shaklee dihasilkan daripada bahan semula jadi dan bebas bahan kimia dan amat berkesan untuk penjagaan kulit muka.

Produk ini menjadikan kulit muka sihat dan bersih dengan bahan bahan semulajadi seperti rumpai laut, alga hijau dan strawberi begonia.


Antara kelebihan produk penjagaan kulit NutriWhite yang diperolehi oleh pengguna ialah:-

  • membantu mengawal keradangan kulit
  • pengurangan tompokan pada kulit
  • memberi kelegaan pada kulit
  • menajdikan kulit semakin cerah dan menyelesaikan masalah pigmentasi
  • melembapkan kulit dan memelihara kulit dari rosak
  • menegangkan dan menyegarkan kulit wajah
  • membuang toksin

Terdapat 7 item di set NutriWhite ini iaitu:-)

1. Ultimate Protection Whitening Lotion - Krim Siang

2. Overnight Renewal Whitening Cream ~ Krim Malam


3. Gentle Deep Foaming Cleanser ~ Pencuci Muka



4. Soothing Radiance Whitening Softener~ Toner

5. Gentle Action Makeup Remover ~ Pembersih mekap

6. Daily Defense Whitening Essence ~ Serum pemutih


7.Spot Whitening Treatment ~ penghilang bintik


Sekiranya ingin mencuba set ini tetapi tak tahu nak pilih yang mana satu, para pelanggan boleh memulakan dengan set asas iaitu:-


 Gentle Action Makeup Remover
 Soothing Radiance Whitening Softener
 Ultimate Protection Whitening Lotion


Alami perbezaan yang nyata dengan NutriWhite :-) 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!



 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **      



Ingin menjana pendapatan 3-4 angka bersama Shaklee?
Hubungi saya untuk  maklumat Lanjut :-)

 Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com


Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template