Tuesday, August 12, 2014

Cara Makan Vitamin Shaklee


Assalamualaikum semua :-)


Ramai yang tertanya-tanya, macam mana cara yang betul nak makan vitamin Shaklee ni? Ada yang kata makan pagi, ada yang kata makan petang? Ada yang kata makan sebelum makan, ada pula yang kata makan selepas makan..



Sebenarnya mudah sahaja. Jom kita tengok:-

1. Boleh dikatakan vitamin Shaklee ini boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja kerana ianya adalah supplement dan bukan seperti ubat kecuali dinyatakan sebaliknya. Sebagai contoh: Take 1 softgels two times a day. Apabila dinyatakan sebaliknya, kita disarankan untuk mengikut arahan yang ditulis seperti : Take 1 tablet daily before a meal atau Take 4 caplets daily, preferably with food. Ini bertujuan bagi memastikan vitamin yang dimakan dapat diserap dengan lebih baik oleh badan kita.



2. Tujuan kita makan supplemen. Vitamin adalah makanan pelengkap dan bukannya ubat. Kena faham perbezaan di antara ubat dan vitamin. Vitamin Shaklee juga adalah pelbagai guna dan boleh digunakan untuk membantu merawat pelbagai penyakit yang berbeza. Sebab itu ada pelanggan yang kata , "Saya makan untuk penyakit ni, tapi rupa-rupanya masalah yang lain pun dah ok tanpa disedari. Alhamdulillah :-)

Saya bagi cth: Alfafa, kalau bagi tujuan nak kurus (kombinasi vitamin) kita digalakkan makan Alfafa sebelum sarapan kerana ianya boleh memberikan rasa kenyang. Untuk milkbooster pula kita disarankan makan Alfafa semasa payudara telah dikosongkan. Sama juga seperti B-Complex, untuk menambahkan selera makan B-Complex digalakkan diambil sebelum makan.


3. Badan setiap individu adalah berbeza dan adakalanya memberi tindakbalas yang berbeza kepada vitamin yang dimakan. Jadi jika jadual yang dicadangkan tidak sesuai, kita boleh tukar waktu pengambilan vitamin contoh dari makan di waktu pagi kita tukar ke waktu malam dan sebagainya.Sebagai contoh: Ada yang rasa mengantuk jika mengambil B- Complex  pada waktu pagi, maka bolehlah makan pada waktu tengahari. Sekiranya mengambil lebih dari 1 jenis vitamin, pelanggan akan diberikan cadangan Jadual Makan bagi Vitamin. Terdapat juga Vitamin yang tidak boleh dimakan serentak kerana kandungannya boleh mengganggu penyerapan Vitamin yang lain. Sebagai cth: Vita-lea tidak digalakkan diambil serentak dengan Ostematrix kerana iron di dalam Vitalea boleh megganggu penyerapan kalsium. 


4. Jom tengok cadangan  jadual pengambilan vitamin ni :-)


Vitamin yang disarankan diambil pada waktu pagi ialah vitamin yang berfungsi untuk membekal tenaga iaitu :

AWAL PAGI
  • ESP
  • Mealshake
  • Performance Drink
  • Cinch Tea
SELEPAS SARAPAN 

  • Vita-Lea
  • B-Complex
  • Vita - C
  • Vivix
  • Alfafa
  • Omega Guard
  • AJHT

SELEPAS MAKAN TENGAH HARI 



Kebiasaannya kita akan mengambil makanan berat pada waktu ini iaitu nasi, lauk-pauk dan makanan bergoreng. Pengambilan makanan yang berminyak akan membantu penyerapan vitamin larut lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K. Jadi antara Vitamin yang sesuai diambil ialah:=

  • Lecithin
  • OmegaGuard
  • Vita-E Complex
  • Carotomax
  • Garlic
  • Alfafa



SELEPAS MAKAN MALAM



  • Lecithin 
  • GLA Complex
  • OmegaGuard
  • Peppermint
  • DTX
SEBELUM TIDUR
  • Ostematrix
  • Vita E Complex
  • Vivix
  • Collagen Powder
  • Herblax (2 kali seminggu sahaja)

5. Ketahui Pantang Larang Tentang Pengambilan Kombinasi Vitamin Seperti Berikut:=

Kombinasi vitamin ini tidak digalakkan diambil bersama iaitu:-

  • Alfalfa bersama Vitamin E - Vitamin E akan menghalang penyerapan Alfalfa
  • Alfafa bersama GLA Complex - GLA mengandungi Vitamin E yang akan menghalang penyerapan Alfafa
  • OsteMatrix bersama Iron/ Vitalea - Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vitalea mempunyai Iron jadi elakkan pengambilan bersama ostematrix atau produk tenusu.
  • Pengambilan vitamin bersama minuman ber kafein seperti kopi dan teh kerana kedua-dua minuman ini mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.
  • Pegambilan vitamin bersama ubat juga adalah tidak digalakkan. Sila jarakkan sekurang-kurangnya 2 jam selepas tempoh  pengambilan ubat-ubatan. 




Ketahui juga Vitamin yang tidak boleh diambil oleh pesakit seperti:-
  • Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil vitalea kerana vitalea mengandungi iron.
  • Pesakit SLE perlu mendapatkan nasihat pakar sebelum mengambil Alfafa. 
  • Vivix, Collagen, GLA , Alfafa, Carotomaxdan Vita-E tidak boleh diambil oleh ibu hamil kerana kandungan antioksidan yang sangat tinggi di dalamnya.
  • Pesakit Buah Pinggang



Lain-Lain
  • Elakkan membancuh ESP/ Meal Shake dan Cinch Shake bersama air panas melebihi 40°C
  • Pengambilan air harian yang dicadangkan bagi pengamal suplemen ialah 3-4 liter sehari (1 liter bagi setiap 25kg berat badan pengamal)


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, sila hubungi saya:-

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!



  ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  



Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template