Tuesday, September 30, 2014

Angin Dalam Badan

Angin Dalam Badan?

Pernahkah pembaca semua mendengar tentang masalah angin ini? Angin berlebihan dalam badan boleh menimbulkan masalah seperti ketidakselesaan perut atau kembung, pedih hulu hati , badan rasa lemah atau sakit, loya-loya, pening, sakit kepala yang kuat dan ada juga yang sakit di bahagian jantung hingga rasa susah untuk bernafas. 

Angin Berlebihan Boleh Mendatangkan Ketidakselesaan Kepada Tubuh Badan


Antara punca badan mudah berangin:-


Sumber makanan
Punca utama angin di dalam badan adalah disebabkan oleh pemakanan. Angin akan dihasilkan oleh badan apabila makanan yang dimakan tidak dapat dicerna atau dihadam oleh usus sepenuhnya. Makanan yang menghasilkan angin adalah makanan berasid seperti kekacang, sayur kobis, bunga kantan, mee kuning, buah nangka dan cempdedak dan sayuran menjalar seperti keledek dan ubi. Makanan bergula juga boleh menghasilkan angin.
Angin boleh menyebabkan masalah loya dan pening kepala

Udara yang disedut
Angin di dalam badan juga boleh terhasil daripada udara yang masuk ke dalam mulut. Ini termasuklah udara yang kita gunakan untuk bernafas. Ianya juga mungkin disebabkan oleh tabiat melewatkan pengambilan makanan, makan terlalu cepat, minum air sambil  makan,  suka mengunyah gula-gula getah atau  menghisap rokok. Tekanan juga dikatakan punca seseorang individu menelan udara dengan lebih kerap tanpa disedari. Udara tersebut akan masuk ke dalam badan kita dan seterusnya masuk ke dalam usus.


Tips Rawatan Masalah Angin

1. Menjaga Pemakanan

Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan mungkin mempunyai kesan yang berbeza terhadap individu.  Oleh yang demikian, pesakit perlu  mengenalpasti makanan-makanan yang boleh menyebabkan masalah angin kepada dirinya. Setelah dikenalpasti, pesakit perlu menghindari makanan tersebut.

2. Pengambilan Ubat

Ubat-ubatan seperti antacid yang dijual di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang makan makanan yang biasanya menghasilkan angin.

3. Kurangkan Menelan Udara


Individu yang mengalami masalah angin yang kronik dinasihatkan supaya tidak mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Pesakit juga dinasihatkan supaya mengunyah makanan perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap semasa makan. Pesakit juga digalakkan untuk tidak minum air semasa makan dan lebih baik sekiranya air diminum selepas makan atau setengah jam selepas makan.

4. Hindari Makanan Berisiko
  •  Makanan/Minuman yang Sejuk
    • Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.
    • Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.
    • Air batu, air kelapa dan air teh.
  • Makanan/Minuman Masam (berasid)
    • Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.
    • Daging Kerbau
  • Makanan/Minuman Bergas
  • Rokok
  • Makanan/Minuman mengandungi Kafein. 
    • Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.

Petua Mengurangkan Angin

  • Buat senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan apabila bangun dari tidur.


  • Amalkan minum segelas air suam sebelum makan
  • Jangan biarkan perut kosong. Makan sedikit tetapi kerap
  • Segera ke tandas apabila telah ada tanda-tanda ingin membuang air besar/ air kecil

Penyelesaian Masalah Angin ~ Shaklee Peppermint Ginger

Khasiat Peppermint Ginger

Shaklee Peppermint Ginger Plus dirumus khas dengan herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk memberikan rasa nyaman dan melegakan perut yang berangin. Tablet Peppermint Ginger juga juga boleh ditumbuk dan dicampur dengan air suam untuk diminum bagi kelegaan dan menyamankan perut.


Dapatkan Peppermint Ginger Anda Hari Ini.

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Asal Usul dan Fakta Tentang Semenyih

Salam Semua.
Hari ni saya nak bercerita tentang Semenyih, tempat tinggal saya sekarang. Semenyih ni agak popular dengan 'jem' nya. Bila saya sebut je Semenyih, perkataan pertama yang keluar dari mulut kawan-kawan ialah 'Tak jem ke'? Hihi, jom kita tengok fakta tentang Semenyih selain 'jem' nya itu :-)

Semenyih terletak di antara Kajang dan Seremban

Sumber Rujukan: Wikipedia 

Pengenalan
Semenyih ialah sebuah bandar di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Bandar ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir berdekatan dengan Pekan Semenyih. 

Asal Usul Nama Semenyih 
Istilah Semenyih ini tidak wujud di dalam mana-mana kamus. Ianya dikatakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan  dan dikatakan berkaitan dengan sejarah masa dahulu.

Menurut cerita lisan, istilah ini merupakan dialek orang Negeri Sembilan yang bermaksud 'sembunyi'. Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husain kepada pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan pemerintah Negeri Sembilan. Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor. Semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor.

Tempat-Tempat Menarik di Semenyih
Jangan tak tahu, Semenyih ini ada banyak pusat rekreasi dan ianya terkenal  di kalangan penduduk luar.

Antaranya ialah:-

  • Air Terjun Sungai Tekala
  • Air Terjun sungai Batangsi
  • Air Terjun Sungai Gabai
  • Air Terjun Sungai Lalang
  • Empangan Semenyih atau Semenyih Dam
  • Bukit Broga
Bukit Broga dan Gunung Tok Wan di Semenyih

Air Terjun Sungai Tekala
Air Terjun Sungai Gabai
Empangan Semenyih

Selain daripada kawasan riadhah dan rekreasi yang terdapat di Semenyih, tempat-tempat lain yang juga sering menjadi tumpuan kunjungan orang luar ke Semenyih adalah:-

Kedai Nasi Ayam Semenyih
Kedai Nasi Ayam Semenyih ini terletak berhampiran dengan SJK (C) Kg Baru Semenyih dan merupakan kedai nasi ayam yang paling lama di Semenyih. Kedai ini juga turut menjual tauhu sumbat.
 
Kedai Nasi Ayam Semenyih



Kedai Pakaian Jimmy
Kedai Pakaian Jimmy ini terletak di Pekan Semenyih dan dikenali kerana harga pakaiannya yang murah terutamanya untuk baju sekolah anak. 
Kedai Jimmy Menjadi Tumpuan Orang Ramai Terutamanya Untuk Membeli Pakaian Sekolah Anak-Anak

Apa yang special lagi tentang Semenyih?
Yang paling special ialah ' saya tinggal di sini hihi'  :-)

Salam Sayang

Monday, September 29, 2014

Kelebihan B Complex Shaklee

Salam Semua

Kita selalu mendengar tentang Vitamin B Complex. Pada hari ini, saya akan ceritakan lebih lanjut tentang  kandungan dan fungsi-fungsi utama vitamin B-Complex ni :-)

Vitamin B Complex adalah gabungan 8 vitamin B yang larut air. Komponen B Complex Shaklee adalah lengkap dan seimbang. Ia terdiri daripada:
  • Vitamin B1 (thiamin)
  • Vitamin B2 (riboflovin)
  • VitaminB3 (niacin)
  • VitaminB5(pantothenic acid)
  • VitaminB6 (pyridoxine)
  • VitaminB7 (biotin)
  • VitaminB9 (acid folic); dan
  • VitaminB12 (cobalamine)
Kekurangan B-Complex dalam Badan Boleh Menyebabkan Masalah Kemurungan

Kekurangan B Complex dalam tubuh boleh menyebabkan masalah-masalah berikut: -
  • Depresi
  • Murung
  • Insomnia
  • Kurang selera makan
  • Sembelit
  • Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurang deria rasa)
  • Kurang konsentrasi
  • Mudah tersinggung

Kelebihan B-Complex

Untuk Kanak-kanak
  • Merangsang pertumbuhan
  • Meningkatkan kemampuan berfikir
  • Memberikan tambahan tenaga

B-Complex Shaklee

Untuk Orang Dewasa
  • Menambah tenaga
  • Mengurangkan tekanan dan masalah kemurungan
  • Melambatkan proses uban di rambut
  • Membantu meningkatkan konsentrasi

Untuk Ibu Mengandung
  • Amat penting untuk pembentukan sel-sel bayi terutamanya sel saraf tunjang
  • Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

B Complex Shaklee Lengkap dengan Vitamin B1

Bau B-Complex Shaklee

Memang ada pelanggan yang memaklumkan bau B Complex Shaklee agak kuat dan sedikit meloyakan. Tahukah kenapa ini berlaku?

Vitamin Shaklee terutamanya B Complex memang berbau kerana ianya  adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber semulajadi tanpa sebarang pewarna atau perisa tambahan. Bahan yang menyebabkan B Complex berbau ialah Vitamin B1 (Thiamin). Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau kencing kerana ianya larut air dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Bagi mengurangkan bau ini, kita digalakkan untuk menyimpan Vitamin ini di dalam peti sejuk.


Vitamin B Complex Shaklee juga memberi beberapa kesan  healing crisis seperti badan berasa panas, rasa haus, rasa lesu bagi yang pertama kali mengambilnya. Jangan risau kerana ia adalah normal. Ia memberi mesej bahawa tubuh kita sedang berinteraksi dengan vitamin B complex tersebut.

Dapatkan B Complex Anda Hari Ini :-)

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!


Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Jom Berkebun ~


Salam semua :-)

Berkebun merupakan salah satu aktiviti riadah atau aktiviti  masa lapang yang bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga dapat mendatangkan hasil kepada kita. 



Antara kebaikan berkebun:-
  • Menyihatkan tubuh badan - aktiviti berkebun seperti menyangkul, menggembur tanah dan menyiram pokok akan menyebabkan kita berpeluh dan ianya boleh mengeluarkan toksin daripada badan.
Aktiviti berkebun dapat menyihatkan tubuh badan

  • Mengeratkan ikatan kekeluargaan- aktiviti berkebun yang dijalankan bersama-sama ahli keluarga dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan kerana setiap ahli akan bekerjasama menjaga tanaman mereka.

  • Dapat menikmati pelbagai hasil tanaman yang segar - ianya juga bebas dari penggunaan pelbagai racun perosak atau bahan kimia merbahaya.


Mulakan Kebun Mini Anda Sekarang!!

Memulakan kebun mini bukanlah sesuatu yang sukar. Paling mudah pembaca boleh memulakan dengan menanam tumbuh-tumbuhan yang mudah hidup seperti kunyit, serai atau pokok cili api di dalam pasu bunga.

Tanaman Cili Dalam Pasu


Bagi yang mempunyai tanah di kawasan rumah pula, anda boleh menanam sayur-sayuran yang lebih 'advanced' seperti timun, terung, pisang, betik dan sebagainya.

Sememangnya tidak rugi apabila kita berbudi kepada tanah. Cubalah dan hasilnya pasti tidak menghampakan.

Jom tengok sayur-sayuran yang ada di  kawasan rumah saya. Mmmm, memang sedap rasanya terutamanya buah timun ini.

 

 

 Salam sayang dan jumpa lagi :-)

Sunday, September 28, 2014

Syampoo Rambut Pilihan

Masalah kulit kepala gatal dan kelemumur memang sering mengganggu terutamanya kepada para wanita seperti saya. Kehadiran kelumumur memang merungsingkan, lebih-lebih lagi ianya boleh menyebabkan kegatalan kulit kepala dan membawa imej yang kurang menarik kepada individu yang menghidapinya.

Kelemumur musuh rambut yang utama

Kelemumur atau nama saintifiknya pityriasis capitis adalah masalah kulit kepala yang boleh dialami oleh pelbagai peringkat usia daripada bayi, kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga tua. Kebanyakan kes  kelemumur biasanya tidak memerlukan rawatan doktor, tetapi jika ianya tidak berkurangan atau kulit kepala mula menjadi merah atau bengkak, berjumpa apakar kulit kepala (dermatologist) adalah pilihan yang terbaik.

Fakta Tentang Kelumumur

Kelemumur adalah sebahagian daripada proses normal pertumbuhan sel kulit kepala yang baru. Ia selalunya dikaitkan dengan proses sel kulit tumbuh dan mati lebih cepat berbanding masa yang sepatutnya. Kelumur juga sering dikaitakan dengan kewujudan yis malassezia yang tidak terkawal pada kulit kepal hingga ianya merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Lebihan minyak ini boleh menyebabkan kegatalan pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit ini akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala dan ianya membentuk kelumumur  yang kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut dan juga pakaian.


Oh Tidak! Memang terjejas imej bila kelumur jadi begini!

Punca sebenar kelemumur terjadi tidak diketahui. Walaubagaimanapun biasanya masalah kelemumur ini berpunca daripada beberapa perkara seperti:-
  • masalah seborrheic dermatitis - simptom gatal kulit kepala yang biasanya disebabkan oleh cuaca yang panas
  • kulit kepala kering, gatal dan berkeruping
  • kurang mencuci rambut
  • masalah kulit seperti psoriasis
  • ekzema pada kulit kepala
  • sensitif pada kandungan syampoo
  • diet pemakanan yang kurang zink, vitamin B dan sesetengah jenis lemak.
  • perubahan hormon
  • tekanan perasaan
  • masalah neurologi

Petua Tradisional Untuk Menghilangkan Kelumumur

Petua tradidional yang sering diamalkan untuk mendapatkan rambut yang cantik dan bersinar ialah dengan menggunakan santan kelapa.
Cara-caranya :
  • basahkan kepala dengan santan kelapa dan ratakan di seluruh kepala. 
  • balut rambut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. 
  • kemudian , cuci kepala dengan syampu yang sesuai
  • amalan berterusan mampu menjadikan rambut kembali berkilat dan dapat menghilangkan kelemumur.

Santan Kelapa Mempunyai Khasiat Dalam Kecantikan Rambut

Atasi Masalah Rambut Dengan Produk Prosante Shaklee

Prosante Shaklee mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti:- 
  • ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut
  • mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat; dan
  • Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.


Produk Penjagaan Rambut Prosante Shaklee

Bagi yang pertama kali ingin mencuba, saya cadangkan anda memilih Revitalizing Shampoo ini. Memang akan terasa perbezaan yang ketara apabila menggunakannya. Rambut akan jadi lebih lembut dan tidak terlalu minyak atau kering.
Revitalizing Shampoo




Untuk yang bermasalah kelumur teruk pula, penggunaan Revitalizing Shampoo, Lightweight Conditioner dan Nourishing Scalp Treatment mampu mengurangkan keguguran rambut, menguatkan rambut dan menjadikan rambut lebih sihat, lebat dan bersinar.





Dapatkan set Prosante anda hari ini dan rasai perbezaannya untuk rambut yang lebih sihat dan bersinar.

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!


Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Saturday, September 27, 2014

Mencari Tadika PraSekolah Untuk Anak

Salam Semua :-)

Hari ini saya ingin berkongsi tentang topik mencari Tadika atau Sekolah untuk anak-anak bagi pra sekolah. Pra sekolah yang saya maksudkan ialah sekolah untuk anak-anak yang berumur 4, 5 dan 6 tahun.

Jom pergi sekolah :-)

Masih teringat lagi pengalaman saya kira-kira setahun yang lepas. Memandangkan Arif bakal berumur 4 tahun tidak lama lagi, saya dan suami telah mula membuat kajian bagi memilih tadika yang bersesuaian untuknya. Memang seronok rasanya bila memikirkan yang Arif bakal bersekolah walaupun hanya sekolah tadika. Ini kerana sekolah tadika merupakan satu tempat permulaan anak-anak untuk menimba ilmu selain daripada pendidikan tidak formal di rumah. Dalam rasa seronok tersebut ada juga perasaan risau memikirkan tentang keupayaan Arif untuk menyesuaikan diri di sekolah tersebut.

Perkara pertama yang kami usahakan ialah mencari maklumat tentang senarai tadika yang ada di internet. Kami juga turut mendapatkan gambaran awal berkenaan sistem pembelajaran yang terdapat di sekolah tersebut melalui komen-komen dan pandangan ibu bapa yang ditulis di blog dan facebook.
Akhirnya setelah membuat beberapa perbandingan, kami sepakat untuk memilih Tadika Little Caliphs di Sungai Merab, Kajang.

Arif membuat lawatan awal ke sekolah sebelum bermulanya sesi persekolahan


Antara sebab saya memilih sekolah ini ialah:-
  • Lokasinya berdekatan dengan rumah - ketika itu saya masih menetap di Sg Merab
  • Pemilik tadikanya merupakan seorang guru yang baik dan bertimbang rasa. Terus terang saya katakan berdasarkan pengalaman saya di bidang pekerjaan dan pemilihan tadika sebelum ini  'ketua yang baik akan melahirkan pekerja-pekerja yang baik dan seterusnya sikap itu akan disemaikan oleh guru-guru kepada anak muridnya'. 
  • Sistem pembelajarannya yang berorientasikan Islamic & menggunakan Bahasa Inggeris.
  • Yuran bulanannya agak berpatutan iaitu RM390 sebulan dan yuran ini tidak semahal tadika lain yang hampir mencecah RM650 sebulan.


Alhamdulillah Arif sangat gembira di sekolahnya. Belum pun sampai setahun, pelbagai perkara telah Arif pelajari. Kalau pembaca semua masih ingat, di entry Solat Dhuha dulu, saya ada menceritakan bahawa saya belajar menghafal doa solat dhuha bersama-sama Arif kerana Arif telah menghafalnya terlebih dahulu.

Antara Aktiviti Mewarna dan Melukis Arif di sekolah

Oh ye, untuk makluman pembaca semua terutamanya yang menetap di Semenyih, Little Caliphs Cawangan Taman Tasik Semenyih akan dibuka untuk sesi persekolahan pada tahun 2015 nanti.

Kepada semua ibu bapa, dijemput hadir ke hari Terbuka Tadika Little Calips Cawangan Taman Tasik Semenyih pada hari ini, Sabtu ini 27 September 2014 jam 9.30 pagi hingga 3.00 petang.
Pendaftaran dibuka untuk pra sekolah untuk umur 4, 5 & 6 Tahun.

Hari Terbuka Little Caliphs Cawangan Taman Tasik Semenyih


 
Inilah sekolahnya. Comel kan? 








Pendaftaran dibuka untuk pra sekolah untuk umur 4, 5 & 6 Tahun.




Salam Sayang dan Jumpa Lagi!

Energizing Soy Protein @ ESP Shaklee

Salam semua;

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa fakta yang menarik dan soalan-soalan yang sering ditanya tentang ESP. Rata-rata mengatakan ESP adalah di antara produk yang sangat Hot di dalam Shaklee. Jom kita tengok :-)

ESP Shaklee Yang Menjadi Bualan Ramai


ESP ni apa ye?
ESP adalah serbuk protein asli kacang soya Non GMO. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, jus atau susu. ESP boleh dibancuh dengan air sejuk atau air suam bagi memastikan struktur proteinnya terpelihara dan tidak termusnah pada suhu yang tinggi.


Dengar Kata Soya Boleh Beri Kesan Buruk Pada Kesihatan Jika Diambil Secara Berpanjangan. ESP Pula Macam Mana?
ESP adalah Non -Genetic Modified Origin Soy. Non GMO Soy adalah penghasilan soya secara biasa dan semulajadi tanpa mengubah genetik soya itu sendiri. Proses tanamannya juga bebas dari penggunaan racun rumpai dan bahan kimia. 

Dapatkan Khasiat Non GMO Soy Daripada ESP Shaklee


Yang dikatakan bahaya ialah GMO Soy. GMO adalah Genetik soya yang diubahsuai. Banyak tumbuhan dan makanan di pasaran sekarang adalah GMO. Ini kerana pada kebanyakan masa permintaan terhadap soya adalah melebihi hasil pengeluaran.Bagi mendapatkan hasil yang besar dan kekerapan tuaian yang lebih, teknik GMO telah digunakan secara meluas di dalam industri pertanian.

Hasilnya juga kesan makanan GMO pada tubuh adalah berlawanan dari fungsi asalnya (non GMO). Ini kerana genetiknya sudah diubah dan menyebabkan soya yang asalnya baik untuk tubuh, boleh bertukar menjadi racun pada tubuh sekiranya diambil secara berterusan.



1 Canister Boleh Tahan Berapa Bulan?
1 canister ESP ni boleh tahan sehingga 3 bulan mengikut kekerapan penggunaan. Sekali minum bancuh 1 sudu besar pun dah cukup. Sukatan maksima ialah 3 sudu besar sehari.

ESP Ada Perisa Apa?
ESP datang dalam satu perisa sahaja iaitu Perasa Vanilla. Ianya dijamin tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna mahupun bahan pengawet.

Bagaimana Cara Minum ESP?
Bancuh satu sudu besar ESP dengan dengan satu gelas air suam atau sejuk. Kacau atau shake hingga sebati dan  minum. ESP juga boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, jus atau susu. Elakkan penggunaan air panas bagi memelihara struktur protein ESP.

 

ESP Boleh Buat Masker Tak Macam Vitamin C dan Vitamin E Shaklee?
Boleh. ESP Shaklee boleh dibuat masker dengan mencampurkan 1 sudu ESP Shaklee dengan 2 sudu yogurt. Kacau dan tepekkan di muka. Bilas dengan air bersih/suam setelah kering.

Apa khasiat ESP ni?
ESP memang banyak khasiatnya. Jom tengok!




Kalau untuk milkbooster, ESP dengan Alfalfa mana yang lagi bagus? 
ESP mengandungi protein yang membantu pembentukan sel dan merupakan nutrien penting di dalam penghasilan susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein tetapi di dalam kuantiti yang sedikit. Kedua-duanya baik untuk ibu menyusu dan dan kesan bagi penggalakkan pengeluaran susu ibu adalah bergantung kepada individu masing-masing. Yang penting ibu menyusu harus fahami konsep asas di dalam penyusuan iaitu konsep Demand and Supply. 


Siapa yang tidak boleh ambil ESP?
  • Individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein
  • Individu yang alah kepada soya
  • Pesakit cyst - ESP boleh meningkatkan kadar hormon estrogen dan peningkatan hormon estrogen boleh menyebabkan cyst semakin membesar.
  • Pesakit hipotiroid -  pesakit hipotiroid adalah mereka yang mengalami masalah kekurangan hormon tiroid. ESP selalunya dicadangkan untuk mereka yang mempunyai masalah hipertiroid atau terlebih hormon tiroid. ESP akan merendahkan lagi pengeluaran hormon tiroid dan sudah tentunya ia tidak sesuai bagi pesakit hipotiroid
  • Kanak-Kanak di bawah usia 1 tahun

Selain itu, ESP sesuai untuk:-
  • Ibu-ibu yang sibuk. Semua ibu memang sibuk kan? ESP akan membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan cergas. 
  • Mereka yang ingin menguruskan badan. Hanya bancu ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi. Ianya memberi rasa kenyang yang lebih lama dan tidak perlu lagi mengambil sarapan yang berkalori tinggi.
  • Ibu-ibu menyusukan. ESP membantu di dalam menggalakkan pengeluaran susu di samping pengambilan air yang cukup dan proses penyusuan dan pengepaman yang konsisten.
  • Pesakit kencing manis: ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa. 

  • Wanita yang mementingkan kecantikan. ESP membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan lebih bermaya.

ESP sangat berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan

WOW, patutlah ramai suka ESP. Jom Dapatkan satu hari ini.

ESP juga boleh digabungkan pengambilannya dengan pelbagai vitamin lain bagi meningkatkan lagi khasiat dan keberkesanannnya.



Nak order ESP secara online?. Klik di bawah ini :-)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=cb9233ed32223e52344649be4f3d1147
Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!


Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

  ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  



Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Keputusan Pertandingan Bayi Comel Raikan Kasih

Salam Semua.

Saat yang dinanti-nantikan oleh semua peserta Pertandingan Bayi Comel Raikan Kasih telahpun tiba. Berikut adalah keputusan penuh peringkat Akhir:-

Senarai Pemenang Peraduan Bayi Comel Raikankasih

Tahniah diucapkan kepada semua Pemenang
&
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan ini.
Sebagai tanda penghargaan, setiap peserta juga layak membeli sebarang produk vitamin/ barangan kanak-kanak dengan harga diskaun bagi tempoh 3 bulan berikutnya. 




Sila PM Admin di Page Raikankasih untuk tuntutan Hadiah mulai 27 September 2014- 3 Oktober 2014.


Salam Sayang!
Jumpa Lagi di Pertandingan Yang Akan Datang

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template