Tuesday, September 30, 2014

Angin Dalam Badan

Angin Dalam Badan?

Pernahkah pembaca semua mendengar tentang masalah angin ini? Angin berlebihan dalam badan boleh menimbulkan masalah seperti ketidakselesaan perut atau kembung, pedih hulu hati , badan rasa lemah atau sakit, loya-loya, pening, sakit kepala yang kuat dan ada juga yang sakit di bahagian jantung hingga rasa susah untuk bernafas. 

Angin Berlebihan Boleh Mendatangkan Ketidakselesaan Kepada Tubuh Badan


Antara punca badan mudah berangin:-


Sumber makanan
Punca utama angin di dalam badan adalah disebabkan oleh pemakanan. Angin akan dihasilkan oleh badan apabila makanan yang dimakan tidak dapat dicerna atau dihadam oleh usus sepenuhnya. Makanan yang menghasilkan angin adalah makanan berasid seperti kekacang, sayur kobis, bunga kantan, mee kuning, buah nangka dan cempdedak dan sayuran menjalar seperti keledek dan ubi. Makanan bergula juga boleh menghasilkan angin.
Angin boleh menyebabkan masalah loya dan pening kepala

Udara yang disedut
Angin di dalam badan juga boleh terhasil daripada udara yang masuk ke dalam mulut. Ini termasuklah udara yang kita gunakan untuk bernafas. Ianya juga mungkin disebabkan oleh tabiat melewatkan pengambilan makanan, makan terlalu cepat, minum air sambil  makan,  suka mengunyah gula-gula getah atau  menghisap rokok. Tekanan juga dikatakan punca seseorang individu menelan udara dengan lebih kerap tanpa disedari. Udara tersebut akan masuk ke dalam badan kita dan seterusnya masuk ke dalam usus.


Tips Rawatan Masalah Angin

1. Menjaga Pemakanan

Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan mungkin mempunyai kesan yang berbeza terhadap individu.  Oleh yang demikian, pesakit perlu  mengenalpasti makanan-makanan yang boleh menyebabkan masalah angin kepada dirinya. Setelah dikenalpasti, pesakit perlu menghindari makanan tersebut.

2. Pengambilan Ubat

Ubat-ubatan seperti antacid yang dijual di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang makan makanan yang biasanya menghasilkan angin.

3. Kurangkan Menelan Udara


Individu yang mengalami masalah angin yang kronik dinasihatkan supaya tidak mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Pesakit juga dinasihatkan supaya mengunyah makanan perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap semasa makan. Pesakit juga digalakkan untuk tidak minum air semasa makan dan lebih baik sekiranya air diminum selepas makan atau setengah jam selepas makan.

4. Hindari Makanan Berisiko
  •  Makanan/Minuman yang Sejuk
    • Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.
    • Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.
    • Air batu, air kelapa dan air teh.
  • Makanan/Minuman Masam (berasid)
    • Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.
    • Daging Kerbau
  • Makanan/Minuman Bergas
  • Rokok
  • Makanan/Minuman mengandungi Kafein. 
    • Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.

Petua Mengurangkan Angin

  • Buat senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan apabila bangun dari tidur.


  • Amalkan minum segelas air suam sebelum makan
  • Jangan biarkan perut kosong. Makan sedikit tetapi kerap
  • Segera ke tandas apabila telah ada tanda-tanda ingin membuang air besar/ air kecil

Penyelesaian Masalah Angin ~ Shaklee Peppermint Ginger

Khasiat Peppermint Ginger

Shaklee Peppermint Ginger Plus dirumus khas dengan herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk memberikan rasa nyaman dan melegakan perut yang berangin. Tablet Peppermint Ginger juga juga boleh ditumbuk dan dicampur dengan air suam untuk diminum bagi kelegaan dan menyamankan perut.


Dapatkan Peppermint Ginger Anda Hari Ini.

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

2 comments:

nila anggraini on September 30, 2014 at 10:18 PM said...

Anda mengalami masalah angin dalam badan..? Amalkan pemgambilan Ginger Pepermint Shaklee...memang terbaik...

Akmal Rusydi on October 17, 2014 at 12:30 PM said...

Peppermint ginger plus merupakan gabungan herba terbaik untuk mengatasi masalah angin di dalam badan.

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template