Tuesday, September 30, 2014

Asal Usul dan Fakta Tentang Semenyih

Salam Semua.
Hari ni saya nak bercerita tentang Semenyih, tempat tinggal saya sekarang. Semenyih ni agak popular dengan 'jem' nya. Bila saya sebut je Semenyih, perkataan pertama yang keluar dari mulut kawan-kawan ialah 'Tak jem ke'? Hihi, jom kita tengok fakta tentang Semenyih selain 'jem' nya itu :-)

Semenyih terletak di antara Kajang dan Seremban

Sumber Rujukan: Wikipedia 

Pengenalan
Semenyih ialah sebuah bandar di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Bandar ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir berdekatan dengan Pekan Semenyih. 

Asal Usul Nama Semenyih 
Istilah Semenyih ini tidak wujud di dalam mana-mana kamus. Ianya dikatakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan  dan dikatakan berkaitan dengan sejarah masa dahulu.

Menurut cerita lisan, istilah ini merupakan dialek orang Negeri Sembilan yang bermaksud 'sembunyi'. Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husain kepada pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan pemerintah Negeri Sembilan. Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor. Semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor.

Tempat-Tempat Menarik di Semenyih
Jangan tak tahu, Semenyih ini ada banyak pusat rekreasi dan ianya terkenal  di kalangan penduduk luar.

Antaranya ialah:-

  • Air Terjun Sungai Tekala
  • Air Terjun sungai Batangsi
  • Air Terjun Sungai Gabai
  • Air Terjun Sungai Lalang
  • Empangan Semenyih atau Semenyih Dam
  • Bukit Broga
Bukit Broga dan Gunung Tok Wan di Semenyih

Air Terjun Sungai Tekala
Air Terjun Sungai Gabai
Empangan Semenyih

Selain daripada kawasan riadhah dan rekreasi yang terdapat di Semenyih, tempat-tempat lain yang juga sering menjadi tumpuan kunjungan orang luar ke Semenyih adalah:-

Kedai Nasi Ayam Semenyih
Kedai Nasi Ayam Semenyih ini terletak berhampiran dengan SJK (C) Kg Baru Semenyih dan merupakan kedai nasi ayam yang paling lama di Semenyih. Kedai ini juga turut menjual tauhu sumbat.
 
Kedai Nasi Ayam Semenyih



Kedai Pakaian Jimmy
Kedai Pakaian Jimmy ini terletak di Pekan Semenyih dan dikenali kerana harga pakaiannya yang murah terutamanya untuk baju sekolah anak. 
Kedai Jimmy Menjadi Tumpuan Orang Ramai Terutamanya Untuk Membeli Pakaian Sekolah Anak-Anak

Apa yang special lagi tentang Semenyih?
Yang paling special ialah ' saya tinggal di sini hihi'  :-)

Salam Sayang

0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template