Friday, September 12, 2014

Bayi Pramatang- Ketahui Bahaya dan Penyebabnya `

Salam semua.

Pada kali ini saya tertarik untuk berkongsi dengan semua pembaca berkenaan bayi pramatang (premature baby). Bayi pramatang merujuk kepada bayi yang dilahirkan di bawah 37 minggu  kehamilan iaitu tiga minggu awal daripada kelahiran penuh (40 minggu).


Sejurus selepas dilahirkan, biasanya bayi-bayi pramatang akan ditempatkan di Neonatal Intensive-Care Unit (NICU)  untuk pengawasan dan penjagaan yang sepatutnya. Setiap ibu yang melahirkan bayi pramatang terutamanya di bawah usia 28 bulan pastinya akan merasa sedih dan resah apabila melihat bayi yang dilahirkan diletakkan di dalam balang berkaca khas dengan wayar-wayar yang berselirat di sekeliling badan.

Kelahiran pramatang bermakna bayi mempunyai masa yang lebih pendek untuk menjalani proses perkembangan dan pembesaran di dalam rahim ibu. Keadaan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kepada bayi itu sendiri. Selain perkembangan otak, fizikal, paru-paru, jantung dan sebagainya dilihat terhenti, bayi pramatang juga berisiko tinggi menghadapi masalah penglihatan.


Masalah yang akan dihadapi oleh bayi juga bergantung kepada usia kehamilan ketika dilahirkan. Lebih pendek tempoh bayi dalam kandungan, risiko bayi mengalami masalah kesihatan adalah lebih tinggi.


PUNCA KELAHIRAN PRAMATANG


Kelahiran pramatang mungkin boleh berlaku kepada semua ibu-ibu mengandung. Di kebanyakan masa, kelahiran pramatang berlaku secara mendadak dan punca utamanya masih lagi misteri. Bagaimanapun, ia boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut:-

1. Jangkitan virus atau bakteria pada pangkal rahim
2. Masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau kelenjar tiroid.
3. Mengandung anak kembar kerana rongga rahim tidak cukup besar untuk menempatkan dua atau lebih bayi.
4. Air ketuban terlalu banyak
5. Lemah pangkal rahim (cervical incompetence)
6. Bentuk rahim tidak normal
7. Kecacatan bayi
8. Mempunyai sejarah kehamilan pramatang



 RISIKO TERHADAP BAYI

Bayi pramatang cenderung untuk menghadapi masalah kesihatan untuk jangka masa panjang atau masalah seumur hidup. Semakin awal bayi  dilahirkan, semakin tinggi risiko masalah kesihatan yang akan dihidapi. Risiko bayi pramatang termasuk:

  1. Masalah pernafasan. Ini kerana paru-paru bayi belum terbentuk dengan sempurna. Bayi yang baru lahirakan memerlukan sokongan ventilator atauincubator mengikut usia kelahiran mereka.
  2. Saiz terlalu kecil dan mudah mengalami kesejukan. Bayi paramatang akan dimasukkan ke dalam inkubator yang dikawal suhunya hingga beratnya mencecah sekurang-kurangnya 1.8 kg. 
  3. Mudah mengalami masalah hipoglisemia iaitu kekurangan gul adalam darah.
  4. Berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
  5. Mempunyai masalah kesihatan jangka masa panjang seperti buta, cerebral palsy, serangan sawan, paru-paru rosak dan sebagainya. 
  6. Kematian

Peratusan keupayaan untuk hidup bagi Bayi Pramatang

    BOLEHKAH KELAHIRAN PRAMATANG DIELAKKAN?

    Sehingga kini, tiada kaedah yang boleh digunakan untuk menghalang masalah kelahiran bayi pramatang. Bagaimanapun Doktor boleh membantu melewatkan kelahiran melalui beberapa cara mengikut punca masalah berkenaan.

    Berdasarkan pengalaman sendiri, saya amat menyarankan kepada ibu-ibu yang pernah mengalami masalah kelahiran bayi pramatang ini agar membuat pemeriksaan Doktor bagi mengenalpasti punca masalah mereka dan mengatasinya bagi mengelakkan kelahiran pramatang sekali lagi.

    Berikut adalah kaedah-kaedah yang dijalankan oleh Doktor bagi mengelakkan kelahiran pramatang.

    1. Sekiranya disebabkan jangkitan kuman- ibu akan diberikan rawatan antibiotik sebelum dan semasa kehamilan
    2. Sekiranya disebabkan oleh penyakit seperti penyakit darah tinggi - kawalan rawatan penyakit perlu dibuat sebelum dan di sepanjang tempoh kehamilan bagi memmastikan kesihatan ibu berada pada tahap yang terkawal
    Kawalan penyakit amat penting semasa mengandung



    3. Kontraksi awal - Suntikan steroid untuk menghentikan kontraksi/ ubat-ubatan seperti salbutamol/ventolin untuk  menghalang kontraksi daripada berlaku.

    4.Sekiranya disebabkan oleh masalah lemah pangkal rahim- jahitan pangkal rahim akan dibuat semasa kandungan berusia 12-16 minggu dan akan dibuka setelah kandungan mencecah usia yang selamat iaitu pada minggu 37-38 minggu
    Jahitan Pangkal Rahim Untuk Masalah Lemah Pangkal Rahim


    TANDA-TANDA AWAL KELAHIRAN PRAMATANG

    Awas akan tanda-tanda kelahiran pra matang

    Moga-moga  entry ini dapat memberikan manfaat kepada ibu-ibu yang pernah mengalami masalah kelahiran bayi pramatang. Al- Fatihah juga buat anak sulung saya Adib Fikri yang meninggal dunia, dua hari selepas dilahirkan akibat lahir tidak cukup bulan ini.

    Salam sayang;
    ila Fyra

    Sumber rujukan utama :Harian Metro/ Sihat : 17 September 2006

    0 comments:

    Post a Comment

    Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

    Pendaftaran Ahli Shaklee

    Nama Penuh:
    E-mail:
    No Kad Pengenalan
    No Telefon:
    Alamat Penuh:
    Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
    Status Bujang
    Berkahwin
    Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
    Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
    Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
    Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
    Maklumat Pembayaran
    Pesanan/Nota:

    This online form was provided by Freedback.

    Borang Pesanan Vitamin

    Nama
    Emel
    No Telefon
    Alamat 1
    Alamat 2
    Alamat 3
    Poskod
    Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
    Nota (Jika Ada)
    Pilihan Bank Bayaran Maybank
    CIMB
    RHB Bank

    This contact form was created by Freedback.
     

    -Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template