Saturday, September 13, 2014

Cervical Incompetence - Fahami Bahaya dan Rawatannya!

Salam pembaca semua.

Sebelum ini saya ada kongsikan di sini tentang entri Bayi Pramatang- Bahaya dan  faktor-faktor penyebabnya. Pada kali ini saya akan mengupas dengan lebih lanjut tentang salah satu penyebab kelahiran bayi pramtang iaitu masalah Lemah Pangkal Rahim (Cervical Incompetence) yang dialami oleh ibu-ibu mengandung.

Salah satu penyebab kelahiran bayi pra matang adalah disebabkan oleh masalah Cervical Incompetence yang dialami oleh Ibu Mengandung.

Cervical Incompetence- Bagaimana Ia Berlaku?

Dalam keadaan biasa, pangkal rahim ibu mengandung dalam keadaan tertutup sehingga tiba masa untuk melahirkan bayi yang biasanya berlaku pada minggu ke 37-40 kehamilan. Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah lemah pangkal rahim, pangkal rahim mereka akan terbuka awal bermula selepas bulan ke tiga kehamilan hingga menyebabkan bayi  keguguran atau lahir tidak cukup bulan.


Antara Penyebab Berlakunya Lemah Pangkal Rahim:
  • Pernah mengalami kelemahan pangkal rahim sebelum ini.
  • Kecederaan daripada pembedahan sebelum ini.
  • Pembedahan pangkal rahim.
  • Pernah melakukan D&C (cuci rahim)

Rawatan UntukCervical Incompetence
Pada kebiasaannya masalah ini tidak dapat dikesan sehinggalah seorang ibu mengalami masalah ini untuk kali pertama seperti melahirkan bayi yang tidak cukup bulan. Daripada pemeriksaan yang dijalankan,  biasanya pihak Doktor akan membuat kesimpulan  tentang penyebab kepada kelahiran pra matang tersebut.

Sekiranya ianya disebabkan oleh masalah pangkal rahim yang lemah, Ibu tadi perlu mendapatkan rawatan awal Doktor untuk kehamilan seterusnya. Umumnya, doktor akan melakukan rawatan melalui pembedahan yang dikenali sebagai cervical cerclage- jahitan di pangkal rahim bagi memastikan rahim tidak terbuka. Jahitan ini adalah untuk memastikan rahim tertutup rapat dan tidak terbuka sebelum masanya.

Cervical Cerclarge


Kebiasaannya proses ini dilakukan selepas minggu ke-12 hingga ke minggu 16 kehamilan jika wanita itu berkemungkinan mengalami keguguran/ berpotensi untuk melahirkan bayi pramatang. Tetapi rawatan ini tidak boleh dilakukan jika membran pecah atau terdapat jangkitan. Selepas pembedahan, pemeriksaan dan pemantauan akan dilakukan untuk mengelakkan sebarang masalah jangkitan. Jahitan akan dibuka semula sebaik sahaja kontraksi bermula pada minggu-minggu terakhir kehamilan atau dibuka selepas kehamilan sampai di minggu yang selamat iaitu minggu ke 37.

Terdapat tiga jenis jahitan yang biasa digunakan untuk cervical cerclarge  iaitu Shirodkar, McDonals atau 4steps.

Jenis jahitan untuk cervical cerclarge

Walaupun jahitan telah dibuat, ibu-ibu tetap dinasihatkan untuk banyak berehat, tidak menjalankan aktiviti berat atau membuat perjalanan pada jarak yang jauh. Ini bagi memastikan jahitan tersebut  tidak terbuka dan bagi memastikan bayi dapat dikandung hingga ke minggu kehamilan yang selamat.

Salam sayang & Jumpa Lagi !

1 comments:

nila anggraini on September 13, 2014 at 11:26 PM said...

informasi yg sangat berguna bagi sy ..thanks..
jemput berblog walking ke blog sy
http://bit.ly/1tRuWDn

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template