Thursday, September 25, 2014

Gelagat Arif Minum Meal Shake

Salam semua.

Hari ini saya ingin berkongsi gelagat si manja saya, Arif ketika minum meal shake. Arif memang seorang yang kreatif dan  banyak idea  terutamanya yang melibatkan makanan.

Sifat memilih makanan atau susah makan Arif bermula sejak beliau masih kanak-kanak lagi. Masih teringat lagi ketika Arif masih kecil, Arif hanya akan makan apabila beliau leka melihat iklan di TV. Bila iklan habis, Arif akan menolak untuk makan dan berlari di sekeliling rumah. Terpaksalah saya mengejarnya, betul-betul macam iklan di TV.




Bila dah pandai bercakap, Arif mula minta itu dan ini. Memang kadang-kadang tak menang tangan dibuatnya. Memang perlu kreatif dan inovatif  dalam menyediakan makanan untuknya. Arif kurang suka makan nasi putih, makanan kegemarannya adalah pasta, macaroni, spageti dan mee. Sampaikan saya yang tidak pernah makan spageti pun dah pandai masak spageti, hihi.

Sehingga kini, Arif masih tetap kreatif. Jom kita  tengok gelagat Arif minum meal shake. Beliau ingin minum menggunakan straw, sama seperti gambar yang ada di bekas meal shake.



Mula-mula: Ibu, nak straw

Kemudian: Ibu, Nak 2 Lah, Sama Macam Gambar

Bila dah siap: 1 Arif Minum, 1 Ibu Minum Tau!

Eh, Tak Yah Lah, Dua-Dua Arif Punya Tau :-)

Hihi, apa pun melihat dan melayan kerenah anak-anak memang merupakan 1 terapi yang amat menggembirakan. Doa saya moga Arif dan adik Akmal dan anak-anak pembaca semua terus membesar dengan sihat dan sempurna, InsyaAllah.

Salam Sayang;
ila Fyra

p/s: macam mana pula dengan anak-anak pembaca semua? Mudah tak nak makan. Jom kongsikan di ruangan komen ye.  Jangan lupa sertakan sekali entry yang berkaitan jika ada. 

Komen dan gambar terbaik yang dikongsikan akan menerima hadiah Munchkin Bath Letter.



Untuk menyertai:- 

1. Follow blog raikankasih
2. Tinggalkan komen di blog tentang gelagat pemakanan anak dan sertakan link bergambar @ link ke entry yang berkaitan (jika ada)
3. Peraduan akan ditutup pada 20 Oktober 2014
4. Gelagat anak yang paling comel akan menerima hadiah Munchkin Bath Letter


2 comments:

Ila Fyra on September 25, 2014 at 10:24 PM said...

Cth entry: Si Comel saya suka menyanyi sambil makan. Saya pun menyanyi sama !
Link gambar : http://blogs.jefferson.edu/atjeff/files/2013/03/kid-eating-broccoli.jpg

ummu hasni on September 26, 2014 at 3:26 PM said...

Wahh...akak kena siapkan entri dulu la gini ila..:) InshaaAllah
http://vitamincintaummi.blogspot.com

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template