Tuesday, September 16, 2014

Impian Jadi Kenyataan - Part 2

Salam semua.

Memang seronok bila Arif dapat memenuhi impiannya. Saya juga pernah ada impian pada masa kecil dahulu. Walaupun impian saya agak kelakar, saya tuliskan juga kerana impian saya ini juga pernah menjadi inspirasi untuk saya belajar bersungguh-sungguh pada masa dahulu.

Pernah dengar tak lagu Kain Pelikat Nyanyian Anuar Zain & Ellina? Lagu tu memang menjadi kesukaan ramai ketika zaman kanak-kanak saya dahulu. Boleh dikatakan kerana lagu itu jugalah, saya amat meminati Anuar Zain sejak zaman kanak-kanak lagi.

Gambar Anuar dan Ellina
Daripada sekolah tadika hinggalah masuk ke sekolah menengah, saya masih meminati Anuar Zain. Di sekolah menengah dahulu saya ada sahabat yang bernama Yan. Yan merupakan anak orang berada dan ayahnya berjanji untuk menemukan Yan dengan penyanyi kesukaannya- Riot daripada kumpulan Cool jika Yan dapat result SPM yang  bagus.  Wah memang best kan kalau dapat jumpa penyanyi kesukaan kita? Lebih-lebih lagi pada zaman dahulu memang susah nak dapat info atau update tentang artis-artis ni. Di dalam hati saya berkata ' kalau saya, tentulah saya nak jumpa Anuar Zain'.

Tahun berganti tahun, impian itu tidak pernah terlaksana dan saya masih meminati Anuar Zain. Habis SPM saya sambung buat Diploma, habis Diploma saya sambung buat Degree juga. Alhamdulillah saya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam Degree walaupun saya tidak meminati kursus yang saya ambil. Memang perit juga untuk belajar kursus yang tidak saya minati seperti yang pernah saya ceritakan di sini . Pernah semasa bekerja, saya mendapat jemputan untuk pergi ke Dinner dan saya dikhabarkan yang Anuar Zain akan menjadi penyanyi jemputan pada malam itu. Beria saya pergi ke dinner tersebut, tapi hampa sebab yang datang adalah penyanyi lain.

Sampailah saya habis buat Master, saya masih tidak dapat berjumpa Anuar Zain dan impian tersebut tidak lagi saya fikirkan. Di hari konvokesyen saya di UKM, saya diundang oleh kawan untuk hadir ke majlis dinner.  Asalnya saya tidak mahu pergi kerana penat convo masih terasa tetapi memandangkan saya telah berjanji, saya penuhi juga permintaannya. Dan Guess What " Anuar Zain ada pada malam tu sebagai penyanyi jemputan". Wahhhhhh :-)

Anuar Zain yang tetap nampak muda walaupun dah  4 series. Makan Vivix ye?
 
Anuar Zain memang mempunyai peminat yang sangat ramai. Walaupun pertama kali bersua saya rasa terharu kerana dapat melihat keikhlasan Anuar Zain di dalam melayan peminatnya. Saya tidak sempat bertemu beliau kerana Anuar Zain sentiasa dikerumuni peminat hinggalah shownya tamat.

Saya pulang lewat daripada majlis tersebut kerana tidak ingin bersesak-sesak dengan yang lain. Tanpa disangka-sangka saya bertemu dengan Anuar Zain sekali lagi di depan dewan. Wahhh :-)

Memandangkan ramai yang dah pulang, saya dan suami mengambil kesempatan untuk menegur Anuar Zain. Biarpun penat, Anuar Zain masih melayan kami dan beberapa orang rakan yang lain. Sempat saya ceritakan bahawa beliau memang menjadi inspirasi kepada saya selama ini. Sempat juga saya minta autographs. Jom tengok :-)

Autograph Anuar Zain saya simpan bersama gambar Convo Tadika saya

Apa yang boleh saya nyatakan, Anuar Zain memang 'humble' dan melayan peminatnya dengan baik. Inilah salah satu sebab mengapa beliau boleh bertahan lama di dalam industri muzik tanah air tanpa ada kontroversi atau perkara-perkara yang tidak baik. Apa pun saya juga tidak pernah rasa menyesal kerana menjadikan beliau inspirasi saya secara tidak sengaja :-)



Jumpa Lagi !


0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template