Monday, September 15, 2014

Impian Jadi Kenyataan

Pernahkan pembaca semua mengimpikan sesuatu perkara yang dirasakan agak mustahil untuk dicapai? Pasti pernah bukan? Sememangnya setiap KEJAYAAN  yang kita perolehi adalah bermula dengan IMPIAN dan dilaksanakan dengan TINDAKAN.

Tetapi kali ini saya ingin bercerita tentang impian yang dipenuhi secara tiba-tiba. Memang seronok sebab kita tidak akan pernah menjangkanya.

Impian Arif
Sebenarnya saya juga ada satu impian sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Sebelum saya ceritakan tentang impian saya itu, saya ingin ceritakan dulu tentang Impian Arif.

Kisah Upin & Ipin - Bomba Penyelamat






Bagi pembaca yang tidak sempat mengikuti Cerita Upin & Ipin - Bomba Penyelamat ini boleh tonton di Youtube.
Memang sangat menarik kisah ini hingga membuatkan Arif bercita-cita untuk menjadi seorang Bomba. Saya turut menggunakan perkara ini untuk memujuk Arif pergi ke sekolah ketika usianya 4 tahun.

"Arif nak jadi bomba kan? Kalau nak jadi bomba kena belajar di sekolah dulu tau".

 Yang kelakarnya bila saya menjemput Arif pulang dari sekolah pada hari pertama, Arif bertanya "Ibu, Arif dah boleh jadi bomba tak?" hihi

Setiap kali melalui balai bomba di sekitar Semenyih/Kajang, Arif memang akan sangat teruja untuk melihat ke balai bomba walaupun hanya sekadar dapat melihat kereta bomba yang diletakkan di dalam balai.

Tanpa disangka, impian Arif untuk berjumpa dengan bomba dan menaiki kereta bomba tercapai pada minggu lepas ketika kami pulang ke kampung di Tangkak, Johor. Asalnya Arif ingin mandi manda di Laman Tiga Budaya tetapi ketika tiba di sana tempat madian tersebut ditutup. Ketika perjalanan pulang, kami terserempak dengan ahli-ahli bomba yang baru sampai untuk membuat kerja di kawasan itu. Terus saya tanyakan pada Arif, nak jumpa bomba tak? Tentulah Arif nak kan :-)

Seronoknya Arif, selain dapat naik kereta bomba, Arif juga dapat beramah mesra dengan abang-abang bomba. Yang paling best, kakak bomba pun ada, betul-betul macam dalam cerita Upin & Ipin tadi.


Malu-malu bila naik kereta bomba

Dengan kakak bomba- masih malu-malu lagi :-)

Saya pun rasa sangat-sangat happy bila Arif tersenyum sampai ke telinga, terus hilang sedih sebab tak dapat mandi-manda :-)

Jumpa lagi di entry Impian saya pula ye.


 

1 comments:

nila anggraini on September 15, 2014 at 11:14 PM said...

info menarik..

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template