Wednesday, September 3, 2014

Jadilah Peniaga Yang Jujur ~

Susah sangatkah menjadi peniaga yang jujur?

Tiba-tiba sahaja pertanyaan ini terkeluar daripada mulut saya sewaktu makan nasi lemak pagi tadi.
Alkisahnya sesekali bila tak tau nak sarapan apa, suami akan beli nasi lemak yang dijual di seberang jalan. Nasi lemaknya memang sedap dan harganya pun masih murah, RM1 sahaja. Selalu saya recommend kan atau beli untuk kawan-kawan.


Nasi Lemak oh Nasi Lemak

Sayangnya nasi lemak ni hangit pagi ni. Bukan setakat hangit baunya, nasi lemak tersebut sebahagiannya dah bertukar warna dari putih ke warna kecoklatan. Tidak kah makcik yang menjual nasik lemak tu perasan? Yang tukang beli mungkin tak perasan sebab order je dari dalam kereta untuk bungkus. Wah memang sedih, tambahan lagi perut dah lapar minta diisi :-)



Terus saya terfikir, memang benar sebahagian besar rezekinya hari-hari makcik ini  ialah dari menjual nasi lemak. Kalau tiba-tiba nasinya hangit, tentulah dia akan kehilangan sebahagian besar pendapatan pada hari itu. Tapi, masih menjual nasi yang hangit untuk mendapatkan keuntungan adalah perbuatan yang kurang beretika. Kita harus berlaku jujur dan percaya rezeki kita adalah datangnya dari Allah.

Saya tidak berada di tempat makcik itu, jadi sukar untuk saya fahami pemikirannya. Cuma alangkah bagusnya andai mak cik itu berlaku jujur. Cthnya berkata: Nasi mak cik hangit sikit hari ni tapi masih boleh dimakan. Mak cik jual dengan harga diskaun nak tak? Saya percaya, semua pelanggan tetapnya pasti tak kisah. Kalau balik tak boleh nak makan pun, mereka pasti akan lebih kurang dan halalkan sebab ini sesuatu yang jarang-jarang berlaku. Kalau tak mahu beli nasi pun, pelanggan masih boleh membeli kuih-muih yang lain kan?
 
Sepanjang 4 tahun berniaga online, itulah konsep yang selalu saya pegang dan amalkan. Sedaya upaya saya cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka walaupun kami tidak pernah bersua muka. Memang sangat terharu apabila ada pelanggan yang kembali mendoakan saya.

Apa pun saya anggap ini semuanya sebagai satu peringatan kepada diri sendiri dan tak mahulah sedih-sedih kerana sebungkus nasi lemak yang hangit ini..

Akhir kata, saya kongsikan kata-kata hikmah daripada kumpulan motifasi.




Salam sayang & jumpa lagi :-)

ila Fyra

3 comments:

Ummu Hanan on September 3, 2014 at 1:37 PM said...

Yup, nak berniaga kene jujur..Sebab kita berniaga dengan Allah terlebih dahulu pada hakikatnya..bukan manusia.. Nice sharing Ila..^_^
http://nurkids2u.blogspot.com

nora liza on September 3, 2014 at 3:28 PM said...

jujur dalam berniaga ada keberkatan
www.annur-shoppe.blogspot.com

NURHALAWA MD YUSOF on September 3, 2014 at 3:43 PM said...

Kejujuran itu suatu ketenangan....:)


idamkan kediaman yang bersih dan semulajadi?
Wajib baca ini >>>> http://sihatcunmelecun.blogspot.com/2014/09/1001-kegunaan-basic-h2-organic-super.html

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template