Monday, September 29, 2014

Jom Berkebun ~


Salam semua :-)

Berkebun merupakan salah satu aktiviti riadah atau aktiviti  masa lapang yang bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga dapat mendatangkan hasil kepada kita. 



Antara kebaikan berkebun:-
  • Menyihatkan tubuh badan - aktiviti berkebun seperti menyangkul, menggembur tanah dan menyiram pokok akan menyebabkan kita berpeluh dan ianya boleh mengeluarkan toksin daripada badan.
Aktiviti berkebun dapat menyihatkan tubuh badan

  • Mengeratkan ikatan kekeluargaan- aktiviti berkebun yang dijalankan bersama-sama ahli keluarga dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan kerana setiap ahli akan bekerjasama menjaga tanaman mereka.

  • Dapat menikmati pelbagai hasil tanaman yang segar - ianya juga bebas dari penggunaan pelbagai racun perosak atau bahan kimia merbahaya.


Mulakan Kebun Mini Anda Sekarang!!

Memulakan kebun mini bukanlah sesuatu yang sukar. Paling mudah pembaca boleh memulakan dengan menanam tumbuh-tumbuhan yang mudah hidup seperti kunyit, serai atau pokok cili api di dalam pasu bunga.

Tanaman Cili Dalam Pasu


Bagi yang mempunyai tanah di kawasan rumah pula, anda boleh menanam sayur-sayuran yang lebih 'advanced' seperti timun, terung, pisang, betik dan sebagainya.

Sememangnya tidak rugi apabila kita berbudi kepada tanah. Cubalah dan hasilnya pasti tidak menghampakan.

Jom tengok sayur-sayuran yang ada di  kawasan rumah saya. Mmmm, memang sedap rasanya terutamanya buah timun ini.

 

 

 Salam sayang dan jumpa lagi :-)

1 comments:

Hanis Amanina on December 24, 2014 at 5:48 PM said...

betul2! kalau nak makan apa2, best sangat bila boleh kutip dari kebun je :D

hanisamanina.com

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template