Thursday, September 18, 2014

Khasiat Daun Bunga Raya

Salam semua,

Bunga raya ialah bunga kebangsaan negara kita Malaysia. Bunga raya ini juga ada pelbagai jenis dan warna. Ada yang bersaiz besar dan ada juga yang kecil. Sewaktu saya kecil-kecil dahulu , memang mudah untuk berjumpa dengan bunga raya ini di mana-mana sahaja berbanding pada masa sekarang.



Bunga Raya Putih Dikatakan Mempunyai Nilai Perubatan Yang Tinggi
Selain warnanya yang cantik, daun bunga raya dan bunga raya ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan sangat baik untuk kesihatan terutamanya untuk meredakan demam dan kepanasan. Masih teringat ketika Arif demam, saya mencari pokok bunga raya ini hingga ke nursery dan akhirnya kami membeli sepokok bunga raya ini untuk ditanam di rumah.

Mari kita tengok khasiat daun Bunga Raya ini :-

1. Meredakan demam/panas badan Anak

Cara-cara
  • Ambil beberapa helai daun bunga raya yang segar
  • Masukkan ke dalam bekas, tambah sedikit air
  • Ramas sehingga daun tadi mengeluarkan lendir
  • Sapukan lendir tadi ke bahagian kepala anak & bahagian badan yang lain
  • Biarkan kering.

2. Mencantikkan Rambut (Menghilangkan kelemumur, mengilatkan rambut & menyejukkan kulit kepala)

Cara-cara
  • Ambil beberapa helai daun bunga raya yang segar
  • Masukkan ke dalam bekas, tambah sedikit air
  • Ramas sehingga daun tadi mengeluarkan lendir
  • Sapukan lendir tadi ke bahagian kepala & keseluruhan rambut
  • Biarkan ia serap/ kering
  • Cuci dengan air bersih

3. Merawat luka, gatal ulit atau penyakit kulit

Cara-cara
  • Ambil beberapa helai bunga raya dan daun bunga raya yang segar
  • Tumbuk sehingga lumat
  • Tampal pada bahagian kulit yang bermasalah.

4. Merawat mata yang bengkak atau radang

Cara-cara
  • Ambil beberapa helai bunga raya yang segar
  • Rebus sehingga mendidih
  • Cuci mata yang bengkak dengan air ini
  • Air rebusan ini juga boleh diminum untuk merawat asma, batuk, selsema dan untuk mengeluarkan kahak.

Bunga raya juga boleh digunakan sebagai pengilat kasut. Caranya hanya ambil sekuntum bunga raya dan gosokkan di kasut. Tapi rasa sayang pula nak mengorbankan bunga yang cantik ini untuk kasut kan :-)


Oleh kerana khasiatnya ini, saya amat menggalakkan pembaca semua untuk menanam pokok ini di rumah masing-masing. Pokok ini juga boleh ditanam di dalam pasu sekiranya tiada tanah di kawasan rumah.

Bunga Raya Merah

Salam Sayang !

0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template