Friday, September 26, 2014

Petua Tambah Susu Secara Semulajadi

Salam semua.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang petua untuk tambah susu secara semulajadi. Bagi ibu-ibu yang menyusukan, kekurangan susu secara tiba-tiba memang sesuatu perkara yang agak menakutkan. Kekurangan susu boleh berlaku seandainya kita tidak berdisiplin di dalam memberikan susuan kepada anak sama ada secara terus atau pun melalui waktu mengepam bagi ibu-ibu yang bekerja. Situasi ini akan mengganggu konsep 'demand and supply' terhadap pengeluaran susu ibu dan boleh menyebabkan bekalan susu berkurangan.

Pertama: Fahami Konsep Demand and Supply

Perkara pertama yang perlu difahami sepenuhnya oleh ibu-ibu yang menyusu ialah konsep demand and supply.  Konsep ini adalah kunci utama kepada penghasilan susu. Susu hanya akan dihasilkan secara berterusan sekiranya ada permintaan. Permintaan ini boleh datang dalam bentuk penyusuan terus daripada bayi ataupun melalui pengeluaran susu yang dibuat oleh ibu melalui proses memerah susu atau mengepam susu.

Penerangan Ringkas Konsep Demand and Supply Daripada KellyMom

Ini bermakna secara logiknya penghasilan susu (supply) akan terus dihasilkan oleh para ibu secara konsisten sekiranya permintaan tadi juga adalah konsisten dan berterusan. Penghasilan mungkin akan berkurangan /terganggu apabila permintaan (demand) tadi tidak datang dengan konsisten seperti contoh berikut:-

  • bayi mula kurang menyusu/ melewatkan waktu penyusuan  kerana telah mula makan dan minum
  •  ibu yang mengepam melengah-lengahkan waktu mengepam dan ada kalanya skip waktu mengepam (tidak mengepam mengikut waktu yang sama setiap hari)
Selain daripada masalah ini, terdapat faktor-faktor luaran lain yang boleh mengganggu penghasilan susu seperti:-
  • ibu tidak sihat
  • ibu stress dan penat
  • ibu tidak menjaga pemakanan

Kedua:
Fahami Konsep Amalan Pemakanan Yang Sihat


Ibu yang menyusukan anak perlu menjaga pemakanan bagi memastikan pengambilan makanan hariannya mengandungi semua zat dan nutrisi yang lengkap dan diperlukan oleh si anak yang menyusu tadi.
Diet ibu menyusu adalah berbeza dengan diet wanita lain. Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik.   


Sekiranya ibu menyusu tidak menjaga pemakanannya, susu masih boleh dihasilkan tetapi ada kemungkinan ianya akan memberi kesan kepada kesihatan ibu seperti berikut:-
  • Cepat letih, mudah mengantuk dan susah bangun pada awal pagi
  • Mengalami sakit-sakit badan seperti sakit sendi, sakit belakang atau sakit pinggang
  • Mengalami sakit kaki seperti mudah kebas atau sesemut apabila duduk lama
  • Mengalami sakit gusi dan gigi
  • Mood yang kurang stabil, mudah marah dan lebih sensitif
  • Muka kelihatan pucat, tidak bermaya dan nampak tua daripada usia sebenar.
  • Keguguran rambut
  • Penurunan keinginan seksual
Mengapakah keadaan ini berlaku? 

Susu Ibu adalah susu terbaik yang lengkap dengan semua zat dan nutrien yang diperlukan oleh anak yang sedang membesar. Zat dan nutrisi yang terhasil dalam susu ibu ini diperolehi dan diserap daripada pengambilan makanan harian ibu tadi. Sekiranya ibu tidak mengambil makanan yang lengkap, sebagai contoh, ibu tidak mengambil makanan yang mengandungi kalsium seperti susu di dalam diet hariannya, maka kalsium dalam badan ibu itu sendiri akan diserap dalam penghasilan susu bagi disalurkan kepada  anak tadi untuk keperluan pembesaran tulang, gusi, gigi dan pembentukan darah.
Susu Ibu Menyalurkan Zat dan Nutrisi Yang Mencukupi Untuk Pembesaran Anak


Begitu juga dengan zat dan nutrisi-nutrisi yang lain. Jika ibu menyusu tadi tidak mengambil makanan yang mengandungi zat ini di dalam diet hariannya, maka ianya akan diserap melalui zat yang sedia ada dalam badan ibu. Kekurangan zat dan nutrisi di dalam badan ibu di dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kesan-kesan seperti di atas dan sedikit sebanyak akan mengganggu penghasilan susu ibu tadi.



Selain menjaga pemakanan, ibu yang menyusu juga perlu minum air masak yang banyak sekurang-kurangnya 3L sehari bagi memastikan penghasilan susu ibu yang mencukupi.



Ketiga: Sentiasa Berfikiran Positif

Seperti yang pernah saya ceritakan dulu tentang kejayaan ibu-ibu berkerjaya menyusukan anak mereka, menyusukan anak sepenuhnya selama 2 tahun bukanlah perkara yang mudah tetapi TIDAK MUSTAHIL untuk dilaksanakan. Bagi menjayakan penyusuan, ibu-ibu perlu


  • Sentiasa berfikiran positif dan yakin boleh!
  • Berdisiplin dalam jadual mengepam di tempat kerja
  • Sentiasa berdoa kepada Allah agar diberikan kemudahan dan keupayaan untuk terus menyusukan anak
  • Sentiasa mendalami dan menambah ilmu tentang penyusuan.

Tambah Susu Secara Semulajadi
Selain daripada  mengaplikasikan ketiga-tiga konsep asas di atas, kita juga boleh mengamalkan sebarang petua pemakanan jenis 'milkbooster' yang boleh menggalakkan lagi pengeluaran susu. Walaubagaimanapun milkbooster setiap individu adalah berbeza dan mempunyai kesan yang berbeza di antara individu. Antaranya ialah:-

Jantung Pisang
Amalkan memakan ulam jantung pisang rebus. Jantung pisang yang direbus ini sedap dimakan bersama sambal belacan. Ia bukan sahaja sedap malah ia membantu menggalakkan pengeluaran susu. Walaubagaimanapun, bukan semua jantung pisang boleh di makan terutamanya bagi ibu-ibu yang masih berpantang.




Lobak Putih
Amalkan memakan lobak putih. Lobak putih ini boleh dimasak tumis air atau dibuat jus. 



Air Longan
Amalkan minum air rebusan longan kering. Hanya beli longan kering dan rebus dengan air sehingga kembang.Tambahkan sedikit gula sebagai pemanis minuman.




Daun Betik Muda
Daun Betik yang telah dibersihkan dan dicelur boleh dijadikan ulam atau direbus untuk mendapatkan air rebusannya.



Ulam-Ulaman Lain
Amalkan pemakanan ulam-ulaman seperti cekur manis, pegaga, peria dan ulam raja dan bendi.



Rempah Ratus
Rempah ratus seperti halba dan jintan hitam dikatakan mampu menggalakkan pengeluaran susu. Rempah-rempah ini boleh dimakan begitu sahaja dalam kuantiti yang sedikit atau dimasukkan ke dalam masakan.




Air Sengkuang
Kisar buah sengkuang dan rebus dengan sedikit gula.



Mudah-mudahan info ini dapat membantu ibu-ibu semua. InsyaAllah di entry yang lain saya akan ceritakan pula tentang vitamin Shaklee yang juga boleh membantu dalam menggalakkan pengeluaran susu.

Salam Sayang;
iLa Fyra


1 comments:

ida rusyeela on September 26, 2014 at 7:14 PM said...

Good sharing..tq♡

Jempit ke blog saya: http://iras-secret-of-healthy-life.blogspot.com

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template