Thursday, September 4, 2014

Resepi Kek Oren Simple + Sedap

Salam semua :-)

Nak tanyalah pada pembaca semua, pandai tak buat kek? Saya sebelum ini adalah seorang yang tidak tahu langsung apa-apa tentang kek, hanya tahu makan sahaja, hihi. 

Segalanya bermula bila kami membeli oven. En hubby mula bagi hint nak rasa kek buatan saya. Memang menggelabah juga walaupun sebelum ini saya pernah menghadiri kursus keusahawanan kek dan bakeri tetapi saya tidak pernah mempraktiskan apa yang dipelajari hingga bertahun-tahun dan akhirnya terus lupa..

Jadi, kepada pembaca yang tidak pernah buat kek tapi nak cuba buat kali pertama dan nak ianya berjaya, saya kongsikan satu resepi kek yang simple tapi sedap.Kalau nak tahu, inilah kek pertama yang saya cuba buat dan Alhamdulillah ianya menjadi.. memang seronok sangat bila kek yang dibuat jadi dan menjadi santapan suami dan anak tercinta.

Jom kita mulakan kelas ~ hihi.. macam chef pulak ye :-)


Jom belajar buat kek



Satu-satunya student saya aka future Tokey Bakery :-)

Kek Oren

Bahan-Bahan
1. 4 biji telur
2. 1 1/2 cawan majerin
3. 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
4. 1 1/4 cawan gula kastor
5. 1 susdu kecil esen vanila
6. 2 sudu besar sunquick oren

Cara-Cara
1. Di dalam mixer, pukul gula dan majerin hingga kembang
2. Masuk telur, pukul satu persatu
3. Masuk tepung sedikit demi sedikit, pukul rata
4. Masukkan esen vanila dan sunquick.
5. Tuang ke dalam loyang, bakar api bawah 180c selama 40-50 minit.



Hasilnya... memang gebu dan sedap kek ini. Zoom sikit pada teskturnya :-)

Kek Oren Sedap
Kalau nak tahu, ini satu-satunya kek yang ibu saya makan walaupun selepas tu saya makin advanced dan telah pandai membuat kek-kek lain seperti kek buah, kek chocolate, kek carrot dan sebagainya.

Kek oren ini juga boleh dijadikan kek pelangi dan kek marble mengikut kreativiti. Caranya mudah sahaja: daripada bancuhan yang sama, kita asingkan menjadi beberapa bahagian dan diwarnakan mengikut warna-warna yang digemari seperti  hijau, merah dan sebagainya.

Setelah dibancuh, tuang bancuhan ini selapis demi selapis di dalam loyang mengikut warna untuk menghasilkan lapisan yang lebih cantik dan beralun :-)

Selamat Mencuba !!!!

1 comments:

nila anggraini on September 4, 2014 at 8:42 PM said...

penerangan yang sangat memuaskan....terima kasih atas info yang berguna ini...saya adalah salah satu peminat GLA COMPLEX...
http://bit.ly/1BdqWxQ

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template