Wednesday, September 17, 2014

Resepi Mee Goreng Simple :-)

Salam semua.

Pada minggu lepas saya telah berkongsi resepi nasi goreng simple. Pada kali ini saya akan kongsikan pula resepi mee goreng yang simple. Ianya masih menggunakan bahan-bahan asas yang sama cuma diolah sedikit bagi memberikan rasa yang berbeza dan ditambah dengan sedikit sos dan kicap untuk menjadikan mee goreng ini sedap dan setanding dengan mee goreng di kedai :-)

Untuk makluman pembaca, saya sememangnya tidak menggunakan sebarang perencah tambahan seperti kiub ayam atau kiub ikan bilis ketika memasak sebaliknya saya memilih untuk menggunakan perasa yang dibuat sendiri daripada bahan-bahan yang sama. 

Mee kuning pilihan saya untuk mee ini pastinya Mee Kuning Halal yang pernah saya ceritakan dahulu. Bagi penduduk di sekitar Semenyih, bolehlah dapatkan mee kuning anda di  kedai ini.

Bahan-Bahan
1. Sebungkus mee kuning
2. 1 ulas bawang merah
3. 3 ulas bawang putih
4. sedikit ikan bilis
5. sedikit garam halus
6. 1 biji telur
7. 1 sudu besar sos tiram
8. 3 sudu besar kicap mee @ kicap manis
9. Sedikit sayur sawi (optional)
10. Fisball/Daging (optional)

Penyediaan
Blend bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.

Cara Masak
1. Masukkan sedikit minyak untuk menumis di dalam kuali
2. Goreng sekejap fisball/ daging. Angkat dan ketepikan.

3. Tumis bahan-bahan yang di blend tadi sehingga garing
4. Setelah garing, tambah kicap dan sos tiram. Masukkan fishball/daging yang telah digoreng.
5. Masukkan sayur sawi, telur dan kacau rata. Tambah sedikit garam halus.
6. Masukkan mee kuning dan kacau hingga sebati.
7. Tambahkan  sedikit cili potong & limau kasturi sebagai penyedap hidangan.



Jom makan bersama Akmal ye. Nyum Nyum :-)
Selamat Mencuba!!

0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template