Saturday, September 6, 2014

Yoyo Car- Permainan Terbaik Untuk Anak-Anak

Salam semua :-)

Hari ni saya nak berkongsi tentang permainan yang sangat disukai oleh anak-anak saya dan ramai kanak-kanak yang lain juga.

Permaianan yang saya maksudkan ialah yoyo car. Yoyo car ni apa? Jom kita tengok sikit keterangannya.

YOYO CAR

Yoyo Car For Kids
Yoyo car ni adalah permainan berbentuk kereta dan ada steering. Cara nak main sangatlah mudah, di mana kita hanya perlu gerakkan steering dan kereta ini akan bergerak. Mudah kan?

Yang sangat BEST lagi, yoyo car ni tidak menggunakan sebarang bateri, minyak atau menggunakan elektrik. Ianya memang direkabentuk dengan kuasa gerakan seperti yoyo yang biasa kita main tu :-)

Jom kita tengok dua buah video di bawah untuk menyaksikan bagaimana yoyo car ini berfungsi:-

Bagaimana yoyo car @ nama lainnya plasma car @ twist car berfungsi.. http://www.youtube.com/watch?v=d2fC37mTGRc

Laju je budak ni main sbb dah terror :-)
http://www.youtube.com/watch?v=ljTJf8ou0nI

Permainan ini asalnya saya beli sebab tengok Arif suka sangat main di rumah seorang kawan. Masa tu usianya baru setahun lebih. Bila saya dah beli, ramai pula saudara mara yang berkenan dan ingin membelinya. Sejak itulah saya mula menjual permainan ini secara online di http://elzababy.blogspot.com.

Spesifikasi Yoyo Car



~Boleh menampung berat muatan sehingga 100kg
~Sesuai untuk anak-anak 3 tahun ke atas.
~Boleh membawa sehingga 2 penumpang kanak-kanak/ 1 penumpang kanak-kanak & seorang dewasa (mak ayah pun boleh main sama ye :-)
~Tidak menggunakan elektrik, minyak (using a mystic power :-)
~Bergerak apabila stereng digerakkan 
~Kelajuan maksima 2.8m/saat
~Sesuai dimain di dalam kawasan rumah @ mana2 permukaan rata 
~Mematuhi standard American Toy Safety
~Berat: +- 4 kg

Istimewanya permainan ini memang dimain oleh Arif dari kecik sampailah sekarang dan disambung pula oleh Akmal. Nasib baiklah di rumah memang ada 2 buah, kalau tak berebut jadinya. Adakalanya Arif akan berlumba main dengan ayahnya danyang pastinya Arif lah yang akan menang sebab berat badannya lebih ringan, hihi. Yoyo car ini pula tahan lama dan Alhamdulillah tidak memerlukan sebarang kos 'maintenance' seperti permainan Arif yang lain.

Selain menyeronokkan, permainan ini juga mengajar dan memberikan keyakinan kepada anak-anak  dalam mengkoordinasi pergerakan motor tangan dan kakinya :-)

Jom kita tengok komen-komen rakan saya yang telah membelinya







Memang enjoy main lebih-lebih lagi permainan ni boleh bawak 2 orang penumpang iaitu seorang dewasa dan seoarang kanak-kanak asalkan beratnya tidak melebihi 100kg. 

Jom main sama-sama Arif dan Akmal !!!



1 comments:

nila anggraini on September 6, 2014 at 5:40 PM said...

nasib baik saya guna shampoo shaklee..memang terbaik..!!!
http://bit.ly/1upqQjw

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template