Friday, October 31, 2014

Anak Tak Suka Gosok Gigi? Jom Cuba Tips Ini :-)

Salam semua ~

Hari ini saya nak kongsikan beberapa tips untuk membuatkan anak-anak kita suka menggosok gigi. Maklumlah kanak-kanak ni memang susah nak gosok gigi. Gigi-gigi mereka yang comel dan putih bersih tu sebenarnya akan mudah rosak jika tidak dijaga dengan betul.




Bagaimana Kerosakan Gigi Terjadi? 

Sekiranya gigi tidak dibersihkan dengan cara yang betul, plak akan terbentuk. Gula yang berada di persekitaran gigi akan dicernakan oleh bakteria yang berada di dalam plak dan mengeluarkan asid yang menyebabkan gigi kanak-kanak mereput atau rosak. Pembersihan gigi susu bayi harus dimulakan sebaik sahaja gigi susu tumbuh walaupun bayi hanya minum susu ibu atau susu formula sahaja. Pada peringkat awal, ibu-ibu boleh menggunakan kain lembut yang bersih untuk membersihkan gigi bayi atau menggunakan berus gigi yang khas untuk gigi susu.

Berus gigi pertama Arif dan Akmal.




Tips 1: Berus Gigi Bersama-Sama

Berus gigi bersama-sama ini boleh dibuat menggunakan Berus gigi yang dicipta khas di mana ianya mempunyai pemegang yang panjang di mana ibu bapa boleh menggosok gigi anak bersama-sama. Bahagian yang panjang tersebut boleh dipegang oleh ibu bapa manakala pemegang yang ditengah-tengah dipegang oleh anak seperti biasa.

Berus Gigi

Tips 2: Berus Gigi Beramai-Ramai.
Jadikan aktiviti memberus gigi dibuat secara rutin dan  beramai-ramai. Sebagai contoh ayah boleh menggosok gigi bersama anak-anak. Ayah dan anak juga boleh saling tolong menolong di dalam menggosok gigi. Setelah selesai, bolehlah cek di cermin dan tengok gigi siapa yang paling bersinar. Ini adalah antara cara yang paling mudah untuk dipraktiskan. Baby Akmal biasanya akan 'request' untuk turut menggosok gigi apabila melihat abangnya Arif dan papanya menggosok gigi.


Tips 3: Pilih Berus Gigi Yang Comel, Menarik dan Mudah Dipegang
Berus gigi yang comel dan mempunyai corak yang menarik juga mampu membuatkan si kecil bersemangat untuk menggosok gigi. Jadi pilihlah berus gigi yang disukai oleh anak-anak. Sebagai contoh Arif sangat suka akan berus gigi songebob dan spiderman nya.
Antara berus gigi yang comel, menarik dan mudah dipegang oleh tangan si comel


Tips 4: Dedahkan Anak-Anak Kepada Kelebihan Menggosok Gigi

  • Dedahkan kelebihan menggosok gigi melalui video yang menarik seperti Video Upin & Ipin yang menceritakan tentang penjagaan Gigi. Video Ini Bertajuk Gosok Jangan Tak Gosok. 
 

  • Bawa anak berjumpa Doktor Gigi. Anak-anak biasanya lebih mudah menerima nasihat dan penerangan daripada doktor gigi berbanding daripada ibu dan ayahnya. 

Bawalah anak-anak berjumpa Doktor Gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali

Tips 5: Gosok Gigi Bersama-sama Video
Ajaklah anak menggosok gigi bersama-sama video yang comel ini.  Video ini bertajuk: (Sesame Street: Healthy Teeth, Healthy Me: Brushy Brush PSA)





Tips 6: Selalulah Puji Gigi Anak
Sentiasalah memberi pujian apabila anak berjaya menggosok giginya dengan betul. Sebagai contoh: 'Pandainya adik gosok gigi, gigi pun cantik dan putih.' Anak-anak pasti bersemangat apabila mendengar pujian daripada orang-orang yang disayanginya.

Selain memuji, teknik teguran yang membina juga boleh dipraktiskan seperti 'Eh gigi abang ni ada kuning sikit lah, kalau gosok betul-betul mesti bersih macam yang sebelah ni'.


Salam Sayang dan Selamat Mencuba!



Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. 

 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Menangi Hadiah Penginapan di Hotel Palace Of The Golden Horses ~

Salam semua :-)

Untuk pembaca yang dihormati, jangan lupa sertai peraduan Beli dan Menang  yang sedang berlangsung ini.
Pada hari semalam saya berpeluang untuk  pergi ke Hotel Palace of The Golden Horses ini kerana membawa ibu saya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di GHHS HealthCare yang terletak di dalam Hotel ini.Memang cantik Hotel ni. Jom kita enjoy tengok gambar-gambar yang saya ambil daripada website rasmi POTGH ini :-)

Bilik Penginapan yang bakal dimenangi oleh peserta peraduan Beli dan Menang ialah 2 bilik Deluxe atau boleh di upgrade kepada Suite sekiranya terdapat kekosongan :-)


 2 buah bilik deluxe yang sangat sesuai untuk pemenang dan seisi keluarga.


Bilik Suite yang sangat cantik dan sesuai untuk pemenang dan pasangan. Bolehlah diguna untuk honeymoon kali ke 2 :-)

Kita tengok pula gambar-gambar di sekitar hotel ini yang sememangnya cantik :-)

Gambar pemandangan Depan Hotel

Gambar Pemandangan Dalam Hotel

Ok, jom tengok pula gambar-gambar tidak pro yang disnap oleh camera phone saya pula. Memang kena asah lagi bakat untuk mengambil gambar nampaknya :-)

Bilik Deluxe

Decorasi Terkini Hotel

Bahagian Luar Hotel 




Tempat Mandi Kesukaan Anak-Anak :-)

Memang best kan, hanya dengan pembelian bernilai RM50, anda berpeluang untuk memenangi hadiah penginapan yang sangat best ini. Siapa tahu, mungkin andalah pemenang bertuah itu :-)

Klik di sini untuk maklumat lanjut Peraduan Beli & Menang


Salam Sayang;


Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. 
 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Persediaan Menyambut Kelahiran Bayi ~

Salam semua :-)

Hari ini saya nak bercerita tentang topik persediaan menyambut kelahiran bayi daripada sudut yang agak berbeza. Saat kelahiran bayi memang sesuatu yang amat ditunggu-tunggu apatahlagi bagi mereka yang telah bertahun-tahun menantikan kehadiran cahaya mata.



Persediaan menyambut kelahiran bayi bukan sahaja tertumpu kepada  menyediakan barangan keperluan bayi, kita juga sebenarnya amat digalakkan untuk mempersiapkan diri dari pelbagai aspek yang lain seperti mendalami ilmu keibubapaan, mempelajari cara-cara menjaga bayi dan juga persediaan dari aspek mental dan  fizikal. Persediaan dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keibubapaan ini sangat penting bagi memastikan bakal-bakal ibu dapat menjaga bayi mereka dengan sebaiknya.


Antara Buku Yang Sangat Bagus Dibaca Oleh Bakal Ibu Bapa Bermula di Saat Kehamilan Lagi

Proses Kelahiran
Proses kelahiran bayi adalah sesuatu yang normal dan agak mudah walaupun kadangkala proses kelahiran akan mengambil masa yang agak panjang terutamanya bagi ibu-ibu yang bersalin anak pertama. Kesakitan yang ditanggung oleh ibu biasanya akan hilang sebaik sahaja dapat menatap wajah bayi yang baru sahaja dilahirkan. Proses seterusnya adalah pemberian susu ibu kepada bayi. Bagi ibu baru, memang akan terasa kekok untuk memegang atau pun menyusukan bayi. Mungkin juga bayi lebih suka tidur daripada menyusu, jadi ibu perlu belajar cara-cara untuk mengejutkan bayi dari tidur dan menyusu.

Saat-saat Kecemasan ketika Bersalin
Terdapat kes-kes kecemasan yang akan menyebabkan ibu-ibu yang dijangka bersalin secara normal memerlukan kaedah bersalin secara pembedahan. Pengetahuan bakal-bakal ibu tentang perkara ini akan membantu mereka menghadapi saat-saat ini dengan lebih tenang serta memudahkan penjagaan bayi dan diri ibu sendiri sesudah bersalin. Sebagai contoh:-
  • Bagaimanakah caranya untuk ibu menyusukan bayi selepas pembedahan?
  • Bilakah masanya  ibu boleh bergerak dan turun daripada katil selepas pembedahan?
  • Adakah ibu boleh memakai bengkung?
  • Bagaimanakah caranya untuk menjaga luka pembedahan agar cepat sembuh?

Saat-saat Kecemasan Selepas Bersalin
Bagi kelahiran normal  dan bayi juga sihat, bayi biasanya akan ditempatkan bersama-sama ibu di wad sebelum dibenarkan keluar daripada hospital. Bagaimanapun bagi kes-kes tertentu seperti bayi mempunyai masalah kesihatan atau bayi dikhuatiri mempunyai masalah kesihatan dan  sebagainya, bayi mungkin akan ditempatkan di Neonatal Intensive Care Unit (NICU) untuk pemantauan dan rawatan sehingga bayi disahkan sembuh atau pulih sepenuhnya.


Pengetahuan bakal-bakal ibu juga adalah penting agar mereka dapat menghadapi saat-saat kecemasan ini dengan lebih tenang dan dapat memfokuskan diri kepada penjagaan bayi di NICU. Sebagai contoh:-

  • Adakah ibu-ibu memang mempunyai penyakit tertentu semasa hamil yang akan menyebabkan bayi yang baru lahir dipantau di NICU?
  • Apakah sebab-sebab lain yang akan membuatkan bayi ditempatkan di NICU?
  • Apakah rawatan yang akan diterima oleh bayi di NICU?
  • Bagaimanakah caranya untuk ibu menyusukan bayi di NICU?
  • Bolehkah ibu memohon untuk room-in bersama bayi di NICU?
  • Bagaimanakah ibu-ibu boleh menjaga bayi dan berpantang dalam masa yang sama di NICU?
Dapatkah ibu-ibu bayangkan keadaan di NICU tersebut? Pengalaman saya sendiri ketika pertama kali Arif ditempatkan di NICU memang sangat menyedihkan kerana saya langsung tidak mempunyai sebarang pengetahuan atau bersedia untuk saat-saat kecemasan ini. Situasi ini pula sangat berbeza ketika Akmal juga ditempatkan di NICU apabila saya disahkan sebagai pembawa GBS.

 InsyaAllah, entry lanjut berkenaan perkara ini akan saya kongsikan lagi di masa yang akan datang.


Salam Sayang;

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. 
 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Masalah Keputihan Wanita ~

Keputihan

Masalah keputihan merupakan masalah yang kerap dialami oleh wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan disebabkan oleh aktiviti seksual. Namun ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dia menghadapi masalah keputihan kerana menganggapnya ia adalah sesuatu yang normal.

Bahaya Keputihan Untuk Vagina
 
Kenali Jenis-Jenis Keputihan 
(Sumber: MyHealth Portal)


Keputihan Fisiologis
Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. Keputihan fisiologis adalah normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini.

Keputihan Patologik
Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati. Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.


Bacterial Vaginosis antara jangkitan yang menyebabkan masalah keputihan

Jadual di bawah  menunjukan perbezaan di antara kedua-kedua jenis keputihan.
 

Sifat
Keputihan Fisiologis
Keputihan Patologis
Bentuk
Lendir yang cair dan tidak melekat
Lendir yang kental dan melekat
Warna
Berwarna putih atau krim
Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
Bau
Tiada bau
Berbau busuk
Jumlah yang dikeluarkan
Sedikit
Banyak
Kekerapan
Semasa subur dan sebelum haid
Apabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj
Petanda lain
Tidak gatal
Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang
Rawatan
Tidak perlu
Perlu rawatan yang segera


Antara Penyebab Keputihan
  • Jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
  • Faktor pemakanan 
    •  Pengambilan makanan yang manis dan tinggi kandungan gula boleh menyebabkan keputihan.
    • Pengambilan berlebihan buah-buahan seperti nenas, sengkuang dan timun juga boleh menyumbang kepada masalah keputihan.  
  • Penggunaan tuala wanita dan panty liner
    • Tuala wanita dan panty liner perlu ditukar dengan kerap. 
    • Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.

Atasi Keputihan Dengan Alfafa

Walau apa pun jenis keputihan yang dihadapi, pastinya ia tidak boleh dibiarkan berlanjutan tanpa dirawat. Alfafa Shaklee membantu merawat keputihan dengan kesan lain yang sangat mengangumkan :-)

Khasiat Alfafa Complex ~



Jom kita tengok testimonial para pelanggan yang sangat berpuas hati dengan pengambilan alfafafa bagi merawat masalah keputihan~




Dapatkan Alfafa Complex Anda Hari Ini



Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. 
 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Tuesday, October 28, 2014

Peraduan Suka-Suka 3 Raikankasih

Salam semua :-)

Menganjurkan peraduan memang menyeronokkan terutamanya peraduan yang melibatkan anak-anak. Maklumlah anak-anak adalah harta yang paling berharga untuk ibu bapa. Gelagat anak-anak pun sangat menceriakan dan membahagiakan.

Peraduan Suka-Suka 1 (Gaya Anak) dan Peraduan Suka-Suka 2  (Gelagat Anak Makan) telah pun berlangsung dengan jayanya dan InsyaAllah Peraduan Suka-Suka 3 akan menyusul secepat mungkin. Jom kita tengok hadiahnya dulu :-)

Hadiah Peraduan Suka-Suka 3 - Turtle Bottle Hugger

Pembaca semua ada cadangan tak nak buat peraduan apa? Jom kongsikan dengan saya. Yang penting peraduan tu simple dan mudah untuk semua menyertainya  :-)

Salam Sayang;

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. 
 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Cara Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma

Salam semua :-)



Semalam ada seorang customer saya yang tanya, betul ke boleh jadi ahli Shaklee secara percuma? Jawapannya memang betul. Jom kita tengok kelayakan untuk dapatkan keahlian percuma ~
Sesapa saja boleh menjadi ahli Shaklee secara percuma dengan syarat:
  • membuat belian barangan Shaklee sebanyak 200uv atau nilainya dalam RM680.
Dengan setiap pembelian produk Shaklee RM680 ke atas dan melebihi 200 uv (points),  anda secara automatik menjadi ahli shaklee secara percuma. Bukan sahaja dapat jimat yuran keahlian yang berharga RM65 tu, ahli juga akan mendapat bonus yang dibayar ke dalam akaun bank pada 15hb bulan berikutnya. Best kan?
Jika tidak mahu membeli barangan sebanyak 200uv, anda boleh sahaja mendaftar ahli Shaklee dengan bayaran yang cukup rendah iaitu RM65 untuk seumur hidup. Manakala kos penghantaran member kit dikenakan sebanyak RM10 untuk Semenanjung Malaysia RM10 atau RM20 untuk Sabah dan Sarawak.
Tapi sekiranya anda membuat belian produk sebanyak 200uv  tadi, maka secara automatik
  •  anda mendapat keahlian percuma RM65; dan
  •  cash bonus dari Shaklee yang akan dimasukkan ke dalam account bank secara automatik pada 15hb bulan berikutnya. Memang Jimat + Untung Lagi :-)
Bagi mendapatkan nilai 200uv ini, anda boleh beli apa sahaja produk Shaklee seperti vitamin, poduk penjagaan rumah, poduk penjagaan kulit atau produk penjagaan rambut. Mudah sahaja :-)

Seterusnya ~
1. Bila jadi ahli, automatik kita dapat beli produk pada harga ahli. Boleh jimat sehingga 33%. Beli pun boleh sahaja secara online. Memang mudah sebab tidak perlu keluar ke branch Shaklee. Hanya tunggu penghantaran daripada kurier.
2. Boleh buat side income bila dah jadi ahli. Pengalaman saya sendiri, bila dah jadi ahli dan makan vitamin shaklee kita memang akan rasa perubahan yang positif  pada kesihatan dan secara automatiknya kita akan berkongsi dengan ahli keluarga dan teman-teman. Sememangnya kekuatan Shaklee adalah produknya yang berkualiti, selamat, berkesan dan semulajadi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika Shaklee boleh bertahan di pasaran lebih daripada 50 tahun.
 
3. Anda juga akan dibimbing sepenuhnya  agar boleh berjaya bersama-sama di dalam perniagaan ini. Baca lebih lanjut tentang menjadi ahli Shaklee di sini.

Jadi, jangan tunggu lagi, Daftarlah sebagai Ahli Shaklee bersama saya. Hanya gunakan borang pendaftaran Ahli di bawah dan saya akan menghubungi anda dengan SEGERA.

Salam Sayang;





Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. 

 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Monday, October 27, 2014

Resepi Agar-Agar Milo Oreo ~

Salam semua ~
Masih lagi di dalam mood berkongsi resepi, kali ini saya kongsikan pula 'Resepi Agar-Agar Milo Oreo' yang simple. Arif memang sukakan biskut oreo, jadi bila ternampak sahaja resepi agar-agar oreo di internet, terus saya ingin mencubanya. Seperti biasa resepi ini akan saya olah sedikit supaya jadi lebih simple dan mudah untuk membuatnya.

Agar-Agar Milo Oreo

Bahan-Bahan
1. Sebungkus Oreo saiz sederhana
2. Sebungkus agar-agar - Saya gunakan cap burung layang-layang


3. 1400 ml air (rujuk sukatan mengikut jenis agar-agar yang digunakan)
4. Gula secukup rasa - anggaran 2 senduk
5. Milo secukup rasa
6. Susu pekat manis secukup rasa.

 Cara-Cara
1. Masukkan agar-agar dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga agar-agar hancur sepenuhnya. Seterusnya
  • masukkan gula - dapatkan rasa manis buah sahaja kerana akan ditambah dengan susu
  • masukkan susu 
  • masukkan milo
2. Tuang sedikit adunan ke dalam loyang dan biarkan sehingga sedikit keras
3. Susunkan biskut oreo di atas lapisan adunan
4. Tuang baki agar-agar ke atas biskut oreo.
5. Biarkan sejuk dan sedia dimakan.
Jika rajin, adunan ini boleh dibuat beberapa lapisan
 Dah siap pun. Jemput makan ye :-)


p/s: Jika suka, biskut oreo ini juga boleh dihancurkan. Kalau nak nampak sebiji-sebiji bolehlah disusun begitu sahaja. Yang penting rasanya memang sedap :-)

Salam Sayang;

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. 

 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Masalah Bayi Baru Lahir ~

Salam semua ~

Menyambut kelahiran cahaya mata memang sesuatu yang amat menggembirakan. Di minggu-minggu pertama kelahiran, memang banyak perubahan yang berlaku kepada kehidupan bayi dan ibu. Masing-masing masih di dalam fasa menyesuaikan diri di antara satu sama lain. Ibu juga akan mengalami perubahan yang sangat besar di dalam aktiviti seharian terutamanya pola tidur malam kerana bayi baru lahir akan kerap bangun menyusu. Jadi ibu-ibu perlulah sentiasa kekal sihat, aktif dan cergas walaupun masih di dalam berpantang. Di sinilah Set berpantang terbaik daripada Shaklee sangat-sangat membantu para ibu untuk mengembalikan semula kecergasan dan kesihatan mereka pada tahap yang optimum.

Bayi baru lahir juga sering mengalami masalah-masalah seperti jaundice, kembung perut, tersedu, muntah susu, ruam dan sebagainya. Boleh dikatakan hampir kebanyakan bayi mengalaminya dan diharapkan entry ini dapat membantu ibu-ibu untuk menangani masalah ini dengan sebaiknya. 


Jaundis (Kuning )
Jaundis adalah masalah yang kerap berlaku kepada bayi. Dikatakan bayi lebih berisiko mengalami jaundis sekiranya ibu bayi memiliki darah jenis O. Jaundis boleh dikesan seawal hari hari kedua kelahiran dan tahap jaundis boleh menjadi semakin tinggi pada akhir minggu pertama. Jaundis adalah satu keadaan di mana kulit dan mata putih bayi bertukar menjadi kuning. Warna tersebut sebenarnya terjadi apabila darah terkumpul dalam hati bayi yang belum cukup matang dan hati tersebut tidak berupaya memproses bahan kimia yang berwarna kuning yang dipanggil bilirubin dengan cukup pantas.

Rawatan Fototerapi untuk bayi Jaundis

Bayi yang mengalami jaundis perlu dibawa ke klinik atau hospital untuk diperiksa oleh Doktor. Sample darah bayi akan diambil untuk diketahui bacaan jaundisnya. Bayi mungkin akan dirawat melalui proses fototerapi sekiranya diperlukan.Sekiranya bacaan terlalu tinggi, pertukaran darah bayi perlu dilakukan demi keselamatan bayi.

Sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Puncabayijadikuning/Article#sthash.4nWJchC5.dpuf
Sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Puncabayijadikuning/Article#sthash.4nWJchC5.dpuf
Bacaan jaundis yang rendah adalah tidak merbahaya dan biasanya bayi boleh dirawat di rumah sahaja.  Walaubagaimanapun, bayi  masih perlu dibawa ke klinik pada setiap hari untuk diperiksa bacaan jaundicenya. Proses ini agak memenatkan kerana ibu perlu berulang alik ke klinik setiap hari dan bayi mungkin sedikit trauma apabila perlu dicucuk sedikit untuk pengambilan sample darah. 

Cara terbaik untuk membantu bayi menyelesaikan masalah jaundis ini ialah dengan menyusukan bayi sekerap yang mungkin. Birubilin yang berkumpul di hati hanya akan dikeluarkan melalui najis bayi. Seperti yang pernah saya tuliskan di entry yang lepas, bayi yang mengalami jaundis juga lebih suka tidur kerana paras birubilin yang tinggi akan menyebabkan bayi berasa mengantuk. Jadi bayi perlu dikejutkan sekurang-kurangnya 2 jam sekali untuk disusukan. 

Sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Puncabayijadikuning/Article#sthash.4nWJchC5.dpuf

Kembung Perut (Colic)
Kembung perut biasanya terjadi selepas pangkal pusat bayi kering dan tanggal. Bayi yang kembung sering menangis dengan kuat dan dalam keadaan teresak-esak. Keadaan ini biasanya berterusan sehingga bayi berusia 3 atau 6 bulan. Bayi yang mengalami masalah kembung perut ini sukar dipujuk dan biasanya bayi akan menangis dengan kakinya terangkat-angkat ke arah dada.

Berikut adalah beberapa kaedah untuk menyelesaikan masalah kembung bayi:-
  • Bayi perlu disendawakan setiap kali selepas disusukan.
  • Ibu- ibu menyusu perlu menjaga pemakanan dan mengelakkan makanan-makanan berisiko yang boleh menyebabkan bayi kembung
  • Urut bayi dengan menggunakan minyak/krim bayi setiap hari atau selepas mandi.
  • Tuam perut, kaki dan tangan bayi menggunakan tuam khusus untuk bayi
Krim Telon Herba Tropika adalah antara Krim yang sesuai digunakan untuk masalah kembung bayi

Bayi Tersedu
Sedu adalah perkara biasa yang berlaku selepas penyusuan yang mungkin akan berlarutan sehingga beberapa minit. Maka, bayi perlu disendawakan setiap kali selepas menyusu. Terdapat satu petua lama yang sangat bagus dicuba untuk masalah sedu bayi iaitu 'ambil sedikit cebisan kertas, dibasahkan dan diletakkan di dahi bayi. InsyaAllah, sedu akan hilang dengan segera.

Gambar Kredit: http://h-n-i.blogspot.com

Muntah Susu ( Jeluak )
Muntah susu adalah masalah biasa yang dialami oleh bayi dan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Walaubagaimanapun, kebanyakan kes muntah susu yang sedikit adalah disebabkan oleh masalah gastro-esophageal reflux yang disebabkan oleh ketidakmatangan otot yang berada di antara perut dan saluran pemakanan.  Otot ini berfungsi untuk menghalang susu yang ditelan keluar semula ke saluran pemakanan (esofagus). Apabila otot ini tidak matang, ia tidak dapat mengecut sepenuhnya dan menutup rapat saluran perut. Ini menyebabkan terdapat ruang yang membolehkan susu masuk semula ke esofagus dan menyebabkan bayi mengalami muntah. Masalah muntah yang disebabkan oleh faktor ini biasanya akan berkurangan apabila bayi berusia 12 bulan. Selain masalah reflux, terlebih minum susu juga merupakan punca utama bayi akan termuntah sedikit. Ianya adalah normal di awal kelahiran kerana bayi masih belum pandai  sepenuhnya berhenti menyusu walaupun telah kenyang.

Masalah gastro-esophageal reflux pada bayi
Sekiranya bayi disusukan menggunakan botol susu, cara ibu memegang botol susu juga perlu diperhatikan. Pastikan bayi dipangku semasa disusukan dan susu memenuhi keseluruhan puting dan bukannya hanya separuh.  Perhatikan gambar di  bawah di mana  susu hanya memenuhi sebahagian puting dan ini boleh menyebabkan bayi cenderung menghisap lebih banyak udara ketika menyusu. Maka, pastikan teknik penyusuan botol yang digunakan adalah betul dan bayi disendawakan setiap kali penyusuan telah selesai. Lambat laun bayi akan kurang memuntahkan susunya semula.

Teknik pemberian susu melalui botol yang salah

Sekiranya bayi menyusu dengan sempurna dan berkembang secara normal, masalah muntah susu yang sedikit adalah sesuatu yang tidak perlu dirisaukan. Namun, jika muka bayi bertukar menjadi biru semasa memuntahkan susunya dengan banyak, sukar bernafas, nafas berbunyi atau kelihatan seperti tercekik dan berat badannya tidak bertambah, maka segeralah berjumpa dengan doctor.

Kulit Kepala Berkerak
Keadaan ini berlaku apabila terdapat selaput yang tebal, berwarna kekuningan dan berkerak di atas kulit kepala bayi. Punca sebenar kerak ini masih tidak diketahui tetapi sesetengah pakar percaya hormon yang diterima oleh bayi daripada ibu di akhir kehamilan  menyebabkan rangsangan yang lebih kepada kelenjar minyak (seborrheic) oleh bayi dan menyebabkan berlaku kerak kepala. Keadaan ini bisanya tidak menyakitkan bayi.


Berikut adalah beberapa kaedah untuk menyelesaikan masalah kerak bayi:-
  • Basuh rambut bayi  secara kerap dengan syampu bayi kemudian tanggalkan kepingan-kepingan kerak dengan menggunakan berus lembut.
  • Gosok minyak bayi yang lembut atau minyak zaitun ke atas kulit kepala bayi anda, biarkan sekejap (atau biarkan semalaman)  kemudian tanggalkan kepingan-kepingan tersebut dan buangkan minyak pada rambut dengan syampu bayi yang lembut.
Sekiranya keadaan kerak di kepala bayi  bertambah teruk, terdapat pendarahan atau tersebar melebihi kulit kepala bayi, jumpalah doktor dengan segera untuk rawatan selanjutnya.

Ruam Bayi
Bayi yang baru lahir juga mudah mengalami ruam seperti ruam panas, ruam lampin atau ruam susu. Baca lebih lanjut tentang ruam bayi dan cara mengatasi ruam bayi di sini.
Herbal Blend adalah krim yang sangat sesuai untuk mengatasi masalah ruam pada bayi

Salam sayang & Jumpa Lagi !

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. 

 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template