Friday, October 31, 2014

Anak Tak Suka Gosok Gigi? Jom Cuba Tips Ini :-)

Salam semua ~

Hari ini saya nak kongsikan beberapa tips untuk membuatkan anak-anak kita suka menggosok gigi. Maklumlah kanak-kanak ni memang susah nak gosok gigi. Gigi-gigi mereka yang comel dan putih bersih tu sebenarnya akan mudah rosak jika tidak dijaga dengan betul.




Bagaimana Kerosakan Gigi Terjadi? 

Sekiranya gigi tidak dibersihkan dengan cara yang betul, plak akan terbentuk. Gula yang berada di persekitaran gigi akan dicernakan oleh bakteria yang berada di dalam plak dan mengeluarkan asid yang menyebabkan gigi kanak-kanak mereput atau rosak. Pembersihan gigi susu bayi harus dimulakan sebaik sahaja gigi susu tumbuh walaupun bayi hanya minum susu ibu atau susu formula sahaja. Pada peringkat awal, ibu-ibu boleh menggunakan kain lembut yang bersih untuk membersihkan gigi bayi atau menggunakan berus gigi yang khas untuk gigi susu.

Berus gigi pertama Arif dan Akmal.




Tips 1: Berus Gigi Bersama-Sama

Berus gigi bersama-sama ini boleh dibuat menggunakan Berus gigi yang dicipta khas di mana ianya mempunyai pemegang yang panjang di mana ibu bapa boleh menggosok gigi anak bersama-sama. Bahagian yang panjang tersebut boleh dipegang oleh ibu bapa manakala pemegang yang ditengah-tengah dipegang oleh anak seperti biasa.

Berus Gigi

Tips 2: Berus Gigi Beramai-Ramai.
Jadikan aktiviti memberus gigi dibuat secara rutin dan  beramai-ramai. Sebagai contoh ayah boleh menggosok gigi bersama anak-anak. Ayah dan anak juga boleh saling tolong menolong di dalam menggosok gigi. Setelah selesai, bolehlah cek di cermin dan tengok gigi siapa yang paling bersinar. Ini adalah antara cara yang paling mudah untuk dipraktiskan. Baby Akmal biasanya akan 'request' untuk turut menggosok gigi apabila melihat abangnya Arif dan papanya menggosok gigi.


Tips 3: Pilih Berus Gigi Yang Comel, Menarik dan Mudah Dipegang
Berus gigi yang comel dan mempunyai corak yang menarik juga mampu membuatkan si kecil bersemangat untuk menggosok gigi. Jadi pilihlah berus gigi yang disukai oleh anak-anak. Sebagai contoh Arif sangat suka akan berus gigi songebob dan spiderman nya.
Antara berus gigi yang comel, menarik dan mudah dipegang oleh tangan si comel


Tips 4: Dedahkan Anak-Anak Kepada Kelebihan Menggosok Gigi

  • Dedahkan kelebihan menggosok gigi melalui video yang menarik seperti Video Upin & Ipin yang menceritakan tentang penjagaan Gigi. Video Ini Bertajuk Gosok Jangan Tak Gosok. 
 

  • Bawa anak berjumpa Doktor Gigi. Anak-anak biasanya lebih mudah menerima nasihat dan penerangan daripada doktor gigi berbanding daripada ibu dan ayahnya. 

Bawalah anak-anak berjumpa Doktor Gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali

Tips 5: Gosok Gigi Bersama-sama Video
Ajaklah anak menggosok gigi bersama-sama video yang comel ini.  Video ini bertajuk: (Sesame Street: Healthy Teeth, Healthy Me: Brushy Brush PSA)





Tips 6: Selalulah Puji Gigi Anak
Sentiasalah memberi pujian apabila anak berjaya menggosok giginya dengan betul. Sebagai contoh: 'Pandainya adik gosok gigi, gigi pun cantik dan putih.' Anak-anak pasti bersemangat apabila mendengar pujian daripada orang-orang yang disayanginya.

Selain memuji, teknik teguran yang membina juga boleh dipraktiskan seperti 'Eh gigi abang ni ada kuning sikit lah, kalau gosok betul-betul mesti bersih macam yang sebelah ni'.


Salam Sayang dan Selamat Mencuba!



Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. 

 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

5 comments:

ieda dayah on October 31, 2014 at 9:02 PM said...

tips yang bagus untuk mengajar anak menggosok gigi.. rasanya boleh dicuba semenjak dari baby, biasakan menggosok gusi baby dgn kain.. ini akan menjadi kebiasaan dan anak akan tidak berasa janggal semasa mahu menggosok gigi..

nila anggraini on November 1, 2014 at 6:56 AM said...

Terima kasih atas tups yang menarik ini. Menjaga kebersihan gigi amat penting untuk kanak-kanak agar gigi mereka sihat dan kuat .

Ila Fyra on November 1, 2014 at 8:15 AM said...

Hihi.. betul tu Dayah, Nila. Ila pun pada awalnya menghadapi kesukaran untuk ajak Arif & Akmal gosok gigi. Memang macam-macam tips buat. Alhamdulillah now Arif sendiri volunteer untuk gosok gigi, Akmal pun dah mula suka :-)

nora liza on November 1, 2014 at 2:19 PM said...

Satu perkongsian hebat untuk anak-anak..TQ

Ummu Hanan on November 1, 2014 at 4:57 PM said...

Waaahh dah keluar tips dari Ila.. Baru tercari-cari tips yang sesuai lepas buat entri Gigi Anak Rosak Sebelum Waktunya?..Tengok-tengok dah ada tips dari Ila..Bagus2..Boleh praktikkan kt anak yang susah betul nak suruh gosok gigi..hehe.

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template