Saturday, October 4, 2014

Bahaya Merokok dan Tips Berhenti Merokok

Salam semua.

Anda merokok? Atau pasangan anda merokok? Ketahui bahaya merokok kepada kesihatan dan orang-orang tersayang di sekeliling anda!

Rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi turut menghabiskan wang ringgit

Kandungan Sebatang Rokok
Mengapa rokok dikatakan merbahaya kepada kesihatan? Jom kita tengok kandungan atau bahan-bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan sebatang rokok.

Kandungan Bahan Kimia Dalam Sebatang Rokok


Setiap batang rokok yang dihisap akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah:-
  • Tar
  • Nikotin
  • Karbon monoksida
Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida merupakan 3 racun paling merbahaya di dalam rokok. Selain itu, rokok turut mengandungi:-
  • bahan radioaktif (polonium-201)
  • bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone)
  • pencuci lantai (ammonia)
  • ubat gegat (naphthalene)
  • racun serangga (DDT)
  • racun tikus/ anai-anai (arsenic)

  • gas beracun (hydrogen cyanide)

Tar
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin
Nikotin mempunyai kesan yang sama seperti  dadah heroin, amfetamin dan kokain. Ia bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan oleh perokok dikatakan lebih hebat berbanding dengan pengambilan dadah.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu pertiga mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Menurut statistik terkini , 1 daripada 3 kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh Penyakit Jantung.

Karbon Monoksida

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.


Paras karbon monoksida yang berlebihan di dalam badan boleh membawa maut
Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia, ianya akan membawa kerosakan pada setiap organ di sepanjang laluannya. Ini bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghadaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.


Petua Berhenti Merokok
Mudahkah untuk berhenti merokok? Tentulah TIDAK MUDAH tetapi tidak MUSTAHIL untuk dilaksanakan. BUKTINYA ramai sahaja yang telah berhenti merokok dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Untuk berhenti merokok, perokok memerlukan KEAZAMAN dan TEKAD yang kuat UNTUK BERHENTI MEROKOK. Tanpa adanya tekad dan keazaman ini, usaha-usaha untuk berhenti merokok biasanya tidak akan berjaya kerana kemahuan berhenti merokok itu tidak datang daripada diri sendiri sebaliknya mungkin datang daripada permintaan atau suruhan daripada keluarga atau rakan-rakan yang terdekat.

Katakan Tak Nak Kepada Merokok
Antara petua untuk berhenti merokok.

Maklumkan niat untuk berhenti merokok kepada keluarga dan rakan terdekat. Adalah penting untuk anda memaklumkan niat untuk berhenti rokok kepada mereka. Percaya atau tidak, sebenarnya ramai yang akan menyokong anda termasuklah rakan-rakan terdekat yang kaki perokok. Ini kerana, semua orang telah mengetahui akan bahaya merokok tetapi masih belum mempunyai kekuatan untuk berhenti merokok.

Ketahui Punca Merokok dan Elakkan Puncanya
Ketahui apa punca merokok. Contohnya ramai yang merokok untuk menghilangkan penat atau tekanan kerja. Ada juga yang merokok apabila berkumpul dengan kawan-kawan 1 gangs. Sebaik mungkin, elakkan daripada perkara-perkara yang menjadi punca anda ingin merokok ini. Jika ramai kawan-kawan yang merokok, elakkan untuk berkumpul bersama-sama atau berkumpul di tempat yang dilarang merokok seperti restoran hawa dingin atau sebagainya.


Buat Nota Peringatan
Kaedah ini juga mampu memberikan kekuatan dan motivasi kepada diri anda. Sebagai contoh: Buatlah Nota "Saya Ingin Berhenti Merokok dan Saya Boleh Melakukannya". Tampalkan nota ini di pelbagai tempat yang senang dilihat seperti di Cermin, di dalam wallet, di dalam kereta dan sebagainya.

 Melengah-lengahkan tabiat menghisab
Jika ada rasa mahu menghisap rokok lengahkan dahulu. Lewatkan 10-30 minit. Buatlah perkara lain dahulu yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada rokok seperti mengunyah gula-gula, minum teh atau apa sahaja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba rasa nak merokok dan tambahkan masa melengah tersebut dari 10 minit ke 30 minit, 1 jam, 2 jam dan seterusnya.

Kaedah Relax dan Bertenang
Setiap kali keinginan merokok datang, tariklah nafas panjang dan lepaskan secara perlahan-lahan sebanyak tiga kali. Anda juga boleh minum air masak dalam kuantiti yang banyak bagi menghilangkan keinginan untuk merokok.




Berhenti dengan berperingkat
Katakanlah biasanya dalam sehari anda menghisap 10 batang rokok, cuba kurangkan jumlah tersebut secara berperingkat hingga anda mampu untuk tidak merokok melainkan hanya sebatang atau dua batang dalam sehari.

Tolak Konsep 'Takpelah Sebatang'
Apabila anda telah berazam untuk berhenti merokok dan telah berjaya berhenti secara berperingkat,  tolaklah konsep Takpelah Sebatang. Ini kerana daripada sebatang akan menjadi 2 batang, 3 batang dan akhirnya seperti biasa sekotak rokok akan habis dihisap.

Sentiasa Berdoa 
Sentiasalah berdoa kepada Tuhan agar dikuatkan semangat dan azam untuk anda berhenti merokok. Amalan solat sunat Dhuha dan solat Sunat Tahajud juga amat bagus diamalkan bagi memberi kekuatan kepada diri.

Sentiasa Berfikir Akan Kebaikan Berhenti Merokok
Sentiasa fikirkan kebaikan tidak merokok seperti:-
  • Banyak duit dapat dijimatkan
  • Dapat kesihatan yang lebih baik
  • Tidak membahayakan kesihatan orang di sekeliling
  • Anda lebih bersih, segar dan tidak berbau ROKOK!
Amalkan dan Lihatlah Hasilnya.

Salam Sayang;


0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template