Thursday, October 9, 2014

ESP Galakkan Penghasilan Susu

Salam Sayang semua.

Di dalam entry yang lepas, saya ada kongsikan petua untuk tambah susu secara semulajadi dan penerangan tentang konsep asas penyusuan.  Semua maklumat ini adalah penting agar ibu-ibu yang menyusu faham tentang konsep demand and supply dan mendapat maklumat yang betul sebelum mengambil sebarang makanan tambahan yang berbentuk milkbooster.

Adakah Ibu Yang Menyusukan Perlu Mengambil Makanan Tambahan Semasa Menyusukan Anak?
Soalan ini pastinya sering bermain-main di minda kebanyakan para ibu dan saya juga pada suatu ketika dulu. Pertanyaan ini juga pernah saya ajukan kepada Kaunselor Laktasi dan Pakar Pemakanan ketika saya mengikuti Kursus Insentif Penyusuan Susu Ibu selama 4 hari beberapa tahun yang lepas. Secara jujurnya jawapan pakar ialah ' Tidak Perlu, Jika Ibu Tadi Mengamalkan Diet Yang Seimbang dan Disyorkan Untuk Ibu-Ibu Menyusu'. Namun kebanyakan ibu memang tidak dapat memenuhi keperluan nutrien tambahan  ini kerana bukan mudah untuk mereka mematuhi diet pemakanan yang disarankan di atas pelbagai sebab seperti faktor masa, kesibukan dan sebagainya.

Pengalaman Menyusukan Arif
Percaya atau tidak, saya berjaya menyusukan Arif selama 2 tahun penuh tanpa sebarang pengambilan supplemen khusus untuk penyusuan. Rahsianya adalah sebab Arif sangat kuat menyusu terutamanya pada waktu malam. Boleh dikatakan Arif akan bangun menyusu sejam sekali dan tetap tidur sambil menyusu . Penyusuan kerap Arif telah menjadi demand yang berterusan dan susu saya sentiasa banyak sehinggalah Arif genap 2 tahun. Semasa genap 2 tahun, stock EBM Arif  masih berbaki 100 botol dengan sukatan 50z setiap satu. Malah saya terpaksa mendapatkan bantuan perubatan apabila susu saya masih banyak hingga menyebabkan saya bengkak susu dan demam selepas seminggu melalui proses wean off.

Alhamdulillah, Arif dapat menyusu penuh sehingga 2 tahun


Bagaimana pula tahap kesihatan saya semasa menyusukan Arif?
Seperti yang telah saya terangkan, Ibu yang menyusukan anak perlu menjaga pemakanan bagi memastikan pengambilan makanan hariannya mengandungi semua zat dan nutrisi yang lengkap dan diperlukan oleh si anak yang menyusu tadi. Sayangnya saya tidak berjaya mengaplikasikan konsep ini sepenuhnya sehingga Arif 2 tahun. Apatahlagi kulit Arif agak sensitif, jadi banyak makanan seperti udang, ayam dan sotong yang tidak boleh saya makan sehingga Arif berusia setahun lebih. Susu pun jarang-jarang saya minum, hasilnya memang badan saya mudah letih, cepat mengantuk, susah bangun pagi, selalu sakit belakang dan sering mengalami kebas kaki apabila duduk lama.

Pengalaman Menyusukan Akmal
Pengalaman menyusukan Akmal pula agak mencabar kerana Akmal hanya minum susu fresh dan tidak langsung mahu minum EBM sejak lahir hinggalah Akmal berusia setahun 8 bulan sekarang. Sudahnya susu EBM saya yang banyak itu sekali lagi menjadi rezeki kepada anak susuan. Adakalanya bekalan susu seperti kurang cukup kerana saya perlu maintain penghasilan susu pada setiap hari. Kata orang ' perah hari ini untuk esok'. Akmal pula jenis yang tidak kuat menyusu malam, jadi secara automatiknya demand susu juga agak berkurangan berbanding Arif dahulu.


Milkbooster Shaklee
Terdapat dua produk Shaklee yang membantu di dalam menggalakkan pengeluaran Susu iaitu ESP dan Alfafa. Pada hari ini, saya akan terangkan dulu tentang ESP, kerana saya juga telah mencubanya. Sebagai penjual, memang wajib  saya cuba dulu sebelum mengesyorkannya kepada para pelanggan.


Secara jujurnya, saya mengambil keputusan untuk mencuba ESP kerana khasiatnya yang sangat banyak dan tidak terhad kepada milkbooster sahaja. Kata orang 10 in 1. Untuk tambah pengeluaran susu pun ye, untuk kesihatan pun ye, untuk kecantikan pun ye :-)

Jom kita tengok antara testimoni rakan-rakan yang lain tentang keberkesanan ESP sebagai milkbooster.

Testimoni dari Puan Nurul Azfa
Testimoni dari Puan Linda



Testimoni dari Puan Norul



Wah, Memang Best Kan. Jangan Tunggu Lagi, Dapatkan ESP Anda Hari Ini.


Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!


 

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

  ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template