Wednesday, October 1, 2014

Kisah Pisang dan Peniaga

Salam pembaca semua.

Masih ingatkah lagi pembaca semua tentang kisah nasi lemak hangit yang hangit dulu? Huhu, kali ini kisah yang agak sama cuma watak dan lokasinya sahaja yang berlainan.


Pisang Berangan Merupakan Salah Satu Buah Kegemaran Anak-Anak

Akmal dan Arif memang suka makan pisang. Saya pun suka :-) Biasanya saya membeli pisang di tepi jalan ketika dalam perjalanan pulang selepas menjemput Arif daripada tadikanya. Gerai atau kedai yang selalu singgah ialah di Bangi Lama. Sayangnya dah hampir sebulan gerai kakak penjual pisang tu tutup. Jadi mulalah saya mencari gerai-gerai yang lain untuk disinggahi. Walaubagaimanapun pengalaman membeli pisang semalam agak mengecewakan disebabkan sikap penjualnya yang kurang jujur.

Penjual menggunakan double dacing jadi saya dapat melihat berat timbangan pisang di belah hadapan. Pisang yang ditimbang beratnya 500 gram sahaja atau mungkin 501 gram sahaja. Harganya RM3. Semasa membayar saya pun saja-saja tanya maklumlah saya memang biasa beli pisang dan tau harganya.

Saya: Pisang ni sekilo RM6 ke bang?
Penjual: Eh taklah, sekilo RM4 je
Saya: Kalau sekilo RM4, setengah kilo RM2 lah kan? (sambil tersenyum)
Penjual: 600 gram ni. Takpelah bayar RM2.50 je

Saya pun bayar dan berlalu. Hajat di hati nak sambung perbualan tetapi nanti takut disangka berkira pula.



Penimbang oh Penimbang

Memang jelas peniaga tadi kurang jujur. Saya percaya memang ramai pembeli main bayar sahaja dan tak pernah tanya tentang harga pisang ni kerana memang menjadi lumrah kita selalu bersangka baik kepada orang lain. Lebih-lebih lagi peniaga tadi guna double dacing dan ianya juga memberikan 'impressi' yang baik kepada pelanggan.

1. Pertama sekali sudah jelas penimbang tadi menunjukkan angka 500gram bukan 600gram. Kalau nak kata lebih sekalipun 501 gram sahaja bukannya 590 gram.
2.  Kalau 600 gram sekalipun harganya ialah RM2.40 bukannya RM3
3. Bila saya bertanya, terus bagi discount jadi RM2.50 sedangkan harga sebenarnya ialah RM2 atau RM2.40 sahaja.

Sedih saya bukanlah kerana perlu membayar lebih tetapi lebih kepada sedih melihat ketidakjujuran peniaga tadi. Walaupun hanya seringgit atau 10 sen, tahukah apa hukumnya memakan atau memberi makan duit yang tidak halal kepada keluarga kita?

Salah satu perkara yang haram di dalam perniagaan ialah 'Menipu Tentang Timbangan' seperti berikut:-

(Rujukan:  http://www.islam.gov.my)
Islam menuntut para perniaga bersikap amanah dan tidak mengaburi mata pelanggan dengan pelbagai helah seperti mengurangkan kadar timbangan dan sukatan. Perbuatan seumpama ini adalah dilarang dan tercela di dalam Islam. Perbuatan mengurangkan kualiti dan kuantiti sesuatu barangan juga termasuk di dalam kategori tidak menyempurnakan sukatan dan timbangan ini.

Bagi menunjukkan hina dan tercelanya perbuatan menipu dalam sukatan dan timbangan ini,  Allah SWT telah menemplak peniaga yang berbuat demikian di dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya:Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
Dalam surah al-Rahman ayat 9, Allah SWT berfirman, Maksudnya: dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

Tips Mengira Dengan Mudah dan Betul
Terdapat 2 tips mudah  untuk mengira harga barangan dengan betul.

1. Gunakan Penimbang Digital yang boleh terus memaparkan harga. Ianya juga memudahkan peniaga untuk mengira harga bagi pelbagai barangan yang harganya berlainan.
Mesin Penimbang Digital

 2. Guna Calculator. 

Calculator

Jika penimbang digital dirasakan mahal, gunakanlah calculator yang berharga serendah RM5. Jangan tak percaya saya sendiri menggunakan calculator untuk membuat pengiraan ketika membuka gerai di Maeps dahulu.

InsyaAllah apabila kita cekap dan jujur di dalam perniagaan, rezeki Allah itu akan selalu mengiringi kita walau di mana jua.
 

Salam Sayang dan Jumpa Lagi

0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template