Monday, October 27, 2014

Masalah Bayi Baru Lahir ~

Salam semua ~

Menyambut kelahiran cahaya mata memang sesuatu yang amat menggembirakan. Di minggu-minggu pertama kelahiran, memang banyak perubahan yang berlaku kepada kehidupan bayi dan ibu. Masing-masing masih di dalam fasa menyesuaikan diri di antara satu sama lain. Ibu juga akan mengalami perubahan yang sangat besar di dalam aktiviti seharian terutamanya pola tidur malam kerana bayi baru lahir akan kerap bangun menyusu. Jadi ibu-ibu perlulah sentiasa kekal sihat, aktif dan cergas walaupun masih di dalam berpantang. Di sinilah Set berpantang terbaik daripada Shaklee sangat-sangat membantu para ibu untuk mengembalikan semula kecergasan dan kesihatan mereka pada tahap yang optimum.

Bayi baru lahir juga sering mengalami masalah-masalah seperti jaundice, kembung perut, tersedu, muntah susu, ruam dan sebagainya. Boleh dikatakan hampir kebanyakan bayi mengalaminya dan diharapkan entry ini dapat membantu ibu-ibu untuk menangani masalah ini dengan sebaiknya. 


Jaundis (Kuning )
Jaundis adalah masalah yang kerap berlaku kepada bayi. Dikatakan bayi lebih berisiko mengalami jaundis sekiranya ibu bayi memiliki darah jenis O. Jaundis boleh dikesan seawal hari hari kedua kelahiran dan tahap jaundis boleh menjadi semakin tinggi pada akhir minggu pertama. Jaundis adalah satu keadaan di mana kulit dan mata putih bayi bertukar menjadi kuning. Warna tersebut sebenarnya terjadi apabila darah terkumpul dalam hati bayi yang belum cukup matang dan hati tersebut tidak berupaya memproses bahan kimia yang berwarna kuning yang dipanggil bilirubin dengan cukup pantas.

Rawatan Fototerapi untuk bayi Jaundis

Bayi yang mengalami jaundis perlu dibawa ke klinik atau hospital untuk diperiksa oleh Doktor. Sample darah bayi akan diambil untuk diketahui bacaan jaundisnya. Bayi mungkin akan dirawat melalui proses fototerapi sekiranya diperlukan.Sekiranya bacaan terlalu tinggi, pertukaran darah bayi perlu dilakukan demi keselamatan bayi.

Sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Puncabayijadikuning/Article#sthash.4nWJchC5.dpuf
Sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Puncabayijadikuning/Article#sthash.4nWJchC5.dpuf
Bacaan jaundis yang rendah adalah tidak merbahaya dan biasanya bayi boleh dirawat di rumah sahaja.  Walaubagaimanapun, bayi  masih perlu dibawa ke klinik pada setiap hari untuk diperiksa bacaan jaundicenya. Proses ini agak memenatkan kerana ibu perlu berulang alik ke klinik setiap hari dan bayi mungkin sedikit trauma apabila perlu dicucuk sedikit untuk pengambilan sample darah. 

Cara terbaik untuk membantu bayi menyelesaikan masalah jaundis ini ialah dengan menyusukan bayi sekerap yang mungkin. Birubilin yang berkumpul di hati hanya akan dikeluarkan melalui najis bayi. Seperti yang pernah saya tuliskan di entry yang lepas, bayi yang mengalami jaundis juga lebih suka tidur kerana paras birubilin yang tinggi akan menyebabkan bayi berasa mengantuk. Jadi bayi perlu dikejutkan sekurang-kurangnya 2 jam sekali untuk disusukan. 

Sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Puncabayijadikuning/Article#sthash.4nWJchC5.dpuf

Kembung Perut (Colic)
Kembung perut biasanya terjadi selepas pangkal pusat bayi kering dan tanggal. Bayi yang kembung sering menangis dengan kuat dan dalam keadaan teresak-esak. Keadaan ini biasanya berterusan sehingga bayi berusia 3 atau 6 bulan. Bayi yang mengalami masalah kembung perut ini sukar dipujuk dan biasanya bayi akan menangis dengan kakinya terangkat-angkat ke arah dada.

Berikut adalah beberapa kaedah untuk menyelesaikan masalah kembung bayi:-
  • Bayi perlu disendawakan setiap kali selepas disusukan.
  • Ibu- ibu menyusu perlu menjaga pemakanan dan mengelakkan makanan-makanan berisiko yang boleh menyebabkan bayi kembung
  • Urut bayi dengan menggunakan minyak/krim bayi setiap hari atau selepas mandi.
  • Tuam perut, kaki dan tangan bayi menggunakan tuam khusus untuk bayi
Krim Telon Herba Tropika adalah antara Krim yang sesuai digunakan untuk masalah kembung bayi

Bayi Tersedu
Sedu adalah perkara biasa yang berlaku selepas penyusuan yang mungkin akan berlarutan sehingga beberapa minit. Maka, bayi perlu disendawakan setiap kali selepas menyusu. Terdapat satu petua lama yang sangat bagus dicuba untuk masalah sedu bayi iaitu 'ambil sedikit cebisan kertas, dibasahkan dan diletakkan di dahi bayi. InsyaAllah, sedu akan hilang dengan segera.

Gambar Kredit: http://h-n-i.blogspot.com

Muntah Susu ( Jeluak )
Muntah susu adalah masalah biasa yang dialami oleh bayi dan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Walaubagaimanapun, kebanyakan kes muntah susu yang sedikit adalah disebabkan oleh masalah gastro-esophageal reflux yang disebabkan oleh ketidakmatangan otot yang berada di antara perut dan saluran pemakanan.  Otot ini berfungsi untuk menghalang susu yang ditelan keluar semula ke saluran pemakanan (esofagus). Apabila otot ini tidak matang, ia tidak dapat mengecut sepenuhnya dan menutup rapat saluran perut. Ini menyebabkan terdapat ruang yang membolehkan susu masuk semula ke esofagus dan menyebabkan bayi mengalami muntah. Masalah muntah yang disebabkan oleh faktor ini biasanya akan berkurangan apabila bayi berusia 12 bulan. Selain masalah reflux, terlebih minum susu juga merupakan punca utama bayi akan termuntah sedikit. Ianya adalah normal di awal kelahiran kerana bayi masih belum pandai  sepenuhnya berhenti menyusu walaupun telah kenyang.

Masalah gastro-esophageal reflux pada bayi
Sekiranya bayi disusukan menggunakan botol susu, cara ibu memegang botol susu juga perlu diperhatikan. Pastikan bayi dipangku semasa disusukan dan susu memenuhi keseluruhan puting dan bukannya hanya separuh.  Perhatikan gambar di  bawah di mana  susu hanya memenuhi sebahagian puting dan ini boleh menyebabkan bayi cenderung menghisap lebih banyak udara ketika menyusu. Maka, pastikan teknik penyusuan botol yang digunakan adalah betul dan bayi disendawakan setiap kali penyusuan telah selesai. Lambat laun bayi akan kurang memuntahkan susunya semula.

Teknik pemberian susu melalui botol yang salah

Sekiranya bayi menyusu dengan sempurna dan berkembang secara normal, masalah muntah susu yang sedikit adalah sesuatu yang tidak perlu dirisaukan. Namun, jika muka bayi bertukar menjadi biru semasa memuntahkan susunya dengan banyak, sukar bernafas, nafas berbunyi atau kelihatan seperti tercekik dan berat badannya tidak bertambah, maka segeralah berjumpa dengan doctor.

Kulit Kepala Berkerak
Keadaan ini berlaku apabila terdapat selaput yang tebal, berwarna kekuningan dan berkerak di atas kulit kepala bayi. Punca sebenar kerak ini masih tidak diketahui tetapi sesetengah pakar percaya hormon yang diterima oleh bayi daripada ibu di akhir kehamilan  menyebabkan rangsangan yang lebih kepada kelenjar minyak (seborrheic) oleh bayi dan menyebabkan berlaku kerak kepala. Keadaan ini bisanya tidak menyakitkan bayi.


Berikut adalah beberapa kaedah untuk menyelesaikan masalah kerak bayi:-
  • Basuh rambut bayi  secara kerap dengan syampu bayi kemudian tanggalkan kepingan-kepingan kerak dengan menggunakan berus lembut.
  • Gosok minyak bayi yang lembut atau minyak zaitun ke atas kulit kepala bayi anda, biarkan sekejap (atau biarkan semalaman)  kemudian tanggalkan kepingan-kepingan tersebut dan buangkan minyak pada rambut dengan syampu bayi yang lembut.
Sekiranya keadaan kerak di kepala bayi  bertambah teruk, terdapat pendarahan atau tersebar melebihi kulit kepala bayi, jumpalah doktor dengan segera untuk rawatan selanjutnya.

Ruam Bayi
Bayi yang baru lahir juga mudah mengalami ruam seperti ruam panas, ruam lampin atau ruam susu. Baca lebih lanjut tentang ruam bayi dan cara mengatasi ruam bayi di sini.
Herbal Blend adalah krim yang sangat sesuai untuk mengatasi masalah ruam pada bayi

Salam sayang & Jumpa Lagi !

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. 

 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

3 comments:

nila anggraini on October 27, 2014 at 2:51 PM said...

Baru tahu tentang yang baby sedu tu letak kertas basah kat dahi...baby saya pon kadangkala sedu jugak...nanti nak cuba ...terima kasih atas perkongsian ini illa..

Ila Fyra on October 27, 2014 at 2:55 PM said...

Ye Nila, Bolehlah cuba. Lagi bagus kalau kita selawat dulu sebelumtampalkan kat dahi baby tu :-)

Wan Fatihanum Wan Rusli on October 27, 2014 at 3:08 PM said...

suka perkataan jeluak tu. dulu dok jaga adik2 skng jaga anak pulak eheh

www.permatacintaku.com

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template