Monday, October 20, 2014

Memperkasakan Ikatan Perkahwinan~

Salam pembaca semua.

Baru-baru ini saya telah berkesempatan untuk menghadiri kursus sehari Pemerkasaan Jodoh yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Alhamdulillah, walaupun kursus ini agak singkat, ianya telah banyak memberi kesedaran kepada saya tentang betapa pentingnya untuk kita yang telah berkahwin ini untuk memperkasakan dan menguatkan lagi ikatan perkahwinan agar tetap mekar dan berkekalan hingga ke akhir hayat.


Kisah di TV
Beberapa tahun yang lepas, saya ada menonton cerekarama di TV. Nama pelakon utamanya saya dah lupa tetapi kisah yang dipaparkan itu amat menyentuh perasaan saya. Untuk memudahkan penceritaan, saya gunakan nama samaran untuk mereka semua ya ~

Intan dan Ahmad telah berkahwin lebih daripada 10 tahun dan dikurniakan dua orang cahayamata. Mereka hidup bahagia seperti pasangan yang lain dan tidak mempunyai sebarang masalah, namun kesibukan bekerja dan urusan harian sering menjarakkan mereka. Di pejabat Ahmad, ada seorang pekerja wanita baru bernama Aliya. Masih muda dan ceria, kehadiran Aliya telah membuatkan Ahmad seperti jatuh cinta kembali.


Ahmad akhirnya berterus terang dengan Intan tentang hasratnya ingin berkahwin lain. Intan pada mulanya agak terkejut namun akhirnya beliau juga sedar tentang hak seorang suami untuk berkahwin lain. Intan akhirnya bersetuju cuma beliau menetapkan syarat bahawa suaminya hanya boleh berkahwin selepas tempoh sebulan. Dalam tempoh sebulan itu, beliau mahu suaminya meluangkan masa untuknya setiap hari dan membuat perkara-perkara yang sering mereka lakukan ketika bercinta/ di awal perkahwinan dulu.

Ahmad yang merasa gembira dengan kebenaran yang diberikan oleh Intan bersetuju dengan syarat tersebut. Maka bermulalah semula 'kisah percintaan mereka selama sebulan'. Setiap hari Ahmad dan Intan akan membuat kembali semua perkara-perkara manis yang pernah mereka lalui bersama seperti keluar makan, tengok wayang, saling memberi hadiah dan sebagainya. Perkara-perkara ini telah menyemarakkan kembali hubungan mereka dan akhirnya selepas tempoh sebulan Ahmad menyedari ' bahawa beliau sangat-sangat mencintai isterinya Intan dan tiada lagi hasrat dihatinya untuk berkahwin dengan Alia.

Jatuhlah cinta berkali-kali dengan pasangan anda !

Hakikatnya Ialah ~
Masalah dalam rumahtangga sering berlaku apabila pasangan menganggap mereka telah saling memiliki dan tidak  lagi melakukan perkara-perkara yang dapat menguatkan lagi kasih sayang di antara mereka. Kehadiran anak-anak, kesibukan bekerja dan sebagainya juga membuatkan mereka merasa banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian dan pasangan mereka seharusnya memahami perkara itu tanpa perlu dibincangkan. Itu adalah tanggapan yang salah sebenarnya. Masih ingat tentang kisah suami isteri - salah faham yang menyusahkan dahulu?

Akhir sekali, saya sertakan check list dan soalan di bawah ini untuk renungan kita bersama
  • Bilakah kali terakhir kita dan pasangan solat berjemaah?
  • Bilakah kali terakhir kita dan pasangan jalan berpimpinan tangan?
  • Bilakah kali terakhir kita dan pasangan berbincang dalam membuat sesuatu keputusan?
  • Bilakah kali terakhir suami membelai rambut kita?
  • Bilakah kali terakhir kita memotong kuku suami?
  • Bilakah kali terakhir kita atau pasangan mengungkapkan kata sayang seperti I love you dan sebagainya?
Andai perkara-perkara di atas ini telah lama tidak kita lakukan, ini mungkin petanda bahawa rumahtangga kita mungkin boleh bermasalah pada suatu hari nanti. Maka sama-sama lah kita  menyemarakkan kembali ikatan kasih ini :-)

InsyaAllah, jika ada kesempatan, saya akan kongsikan lagi info-info yang sangat bermanfaat daraipada kursus yang telah saya hadiri itu.

P/s: Sebelum balik, saya sempat berbual dan bergambar dengan Ustazah Zawiah. Beliau memang sangat berpengalaman dalam mengendalikan masalah kekeluargaan, peramah dan sangat baik orangnya. Sayang Ustazah!


Salam Sayang;


Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

4 comments:

ummu hasni on October 20, 2014 at 9:27 AM said...

Alamak...lupa potong kuku hubby malam tadi..kisah benar ni ila..:) by the way, cantik blog ila!
http://vitamincintaummi.blogspot.com

ceria vita on October 20, 2014 at 11:02 PM said...

bagus sangat perkongsian. in sha Allah, saya kan manfaatkan nanti
jemput singgah.. terima kasih

Akmal Rusydi on October 20, 2014 at 11:11 PM said...

sebab itu pentingnya ulang tahun perkhawinan diraikan untuk mengingati dan menyemarakkan kasih sayang antara suami dan isteri.

Norains Sulaiman on October 21, 2014 at 10:58 AM said...

saat-saat bahagia jangan dilupakan.

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template