Wednesday, October 15, 2014

Pendarahan Ketika Hamil ~

Salam semua.

Pada hari ini saya akan kongsikan info tentang pendarahan yang berlaku ketika hamil. Pendarahan ketika hamil memang sesuatu yang menakutkan dan merungsingkan ibu-ibu. Bagaimana pula dengan pendarahan yang ringan? Adakah ia normal?



Pendarahan yang ringan dikenali dengan nama Spotting. Spotting agak serupa dengan darah haid tetapi lebih ringan. Warna darahnya pula berbeza, dari merah hingga ke coklat. Sebenarnya, pendarahan yang berlaku di awal kehamilan adalah sesuatu yang biasa berlaku. Satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan dalam trimester pertama. 

Bakal ibu berkemungkinan untuk mengalami pendarahan ringan jika beliau menjalani IVF atau rawatan lain yang serupa untuk mencetuskan hamil. Ini  disebabkan oleh cara bagaimana bayi tersebut disenyawakan. Dua embrio mungkin diletakkan ke dalam uterus (rahim) dan kedua-duanya mungkin lekat, tetapi salah satu daripadanya tidak kekal. Ini dipanggil kembar yang hilang, dan ia boleh menyebabkan pendarahan. Dalam kebanyakan kehamilan, pendarahan ringan tidak mendatangkan masalah dan dianggap sebagai  perkara biasa. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius seperti keguguran. Oleh yang demikian pendarahan ketika hamil perlu dipandang serius dan ibu mengandung perlu membuat pemeriksaan lanjut di hospital.

Sumber Rujukan Utama: Babycenter.com

Ketahui punca utama pendarahan

Dalam fasa awal kehamilan, pendarahan dan pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan dan disebabkan oleh:

  • Hormon yang mengawal kitaran haid  boleh mencetuskan pendarahan apabila sampai waktu wanita tersebut sepatutnya datang haid. Ini dipanggil pendarahan penebusan dan bakal ibu mungkin mengalaminya lebih daripada sekali dis ekitar masa tersebut.
  • Pelekatan telur yang telah disenyawakan pada lapisan uterus juga boleh menyebabkan pendarahan. Ini dipanggil pendarahan implantasi. Jenis pendarahan ini adalah ringan dan  biasanya berlaku selama satu atau dua hari.

Punca-Punca Pendarahan Lain Yang Tidak Membahayakan

  • Pintu masuk ke uterus iaitu serviks mungkin terengsa. Hormon kehamilan boleh mengubah permukaan serviks membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Contohnya, ibu hamil mungkin berdarah sedikit selepas mengadakan hubungan seksual.
  • Ibu mengandung mungkin mempunyai fibroid. Fibroid ialah ketumbuhan pada dinding rahim. Kadang-kala plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid hingga boleh membuatkan ia berdarah.
Fibroid Di dalam Uterus
  •  Mungkin juga terdapat ketumbuhan kecil pada serviks. Ini dipanggil polip serviks dan biasanya tidak membahayakan.

  • Ibu mengandung mungkin mengalami jangkitan serviks atau jangkitan pada faraj hingga boleh mencetuskan pendarahan.
  • Ibu mengandung mungkin menghidap penyakit keturunan seperti penyakit Von Willebrand yang membuatkan darah sukar membeku. Ujian darah boleh diambil untuk pengesahan penyakit ini.

  • Pendarahan pada penghujung kehamilan pula biasanya adalah tanda-tanda awal kelahiran. Ia terjadi apabila mukus yang menutupi pintu rahim terjatuh disebabkan oleh kontraksi rahim yang menyebabkan darah dan lendir keluar daripada serviks. Ianya sangat kerap terjadi sebelum proses kelahiran bermula. Apa yang perlu dibimbangkan ialah sekiranya kandungan ibu masih belum cukup bulan iaitu belum mencapai  36 minggu kerana ianya boleh menyebabkan kelahiran pramatang. 

Punca-Punca Pendarahan Lain Yang Membahayakan

Selain daripada sebab-sebab yang dinyatakan di atas, pendarahan ketika hamil juga boleh membawa petanda yang lebih buruk seperti ancaman keguguran,kehamilan etopik (kehamilan di luar rahim) dan kehamilan molar. Pendarahan jenis ini biasanya turut disertai dengan sakit perut dan kekejangan.

  • Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. Pendarahan ini bermula dengan sedikit dan beransur-ansur menjadi banyak. Keguguran awal ini adalah sesuatu yang biasa berlaku di kalangan ibu mengandung.
  • Kehamilan ektopik pula berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada bahagian luar uterus. Kehamilan ektopik boleh menyebabkan pendarahan terjadi tanpa henti dan darahnya berwarna gelap dan cair seperti jus prun. Kehamilan ektopik boleh membuatkan ibu mengandung mengalami kesakitan yang teruk dan boleh membahayakan nyawa ibu. Kehamilan ektopik biasanya akan dirawat melalui pembedahan laparoskopi.
Kehamilan Ektopik Juga Akan Mencetuskan Pendarahan

  • Satu lagi punca pendarahan ialah kehamilan molar atau lebih dikenali sebagai kehamilan anggur di Malaysia. Kehamilan molar berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul (membentuk plasenta  dan janin bagi kehamilan normal) tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Untuk melindungi kesihatan ibu, kehamilan molar perlu digugurkan dengan segera. Antara rawatan yang biasa dilakukan untuk kehamilan molar ialah vacuum aspiration yang hampir sama dengan proses D&C.
Kehamilan Molar @ Kehamilan Anggur

  • Placenta Previa adalah kedudukan uri yang berada di bahagian bawah dan menutupi sebahagian daripada lubang pangkal rahim. Placenta Previa juga adalah sesuatu yang serius dan memerlukan rawatan segera sekiranya berlaku pendarahan.
Normal Placenta  vs Placenta Previa

Apa yang perlu dilakukan apabila mengalami pendarahan?

Segeralah ke hospital berjumpa Doktor untuk pemeriksaan lanjut walaupun pendarahan tersebut telah berhenti. Ini adalah penting agar Doktor boleh mengenal pasti punca pendarahan tersebut dan mengesyorkan rawatan yang sesuai.

Mengikut pengalaman saya sendiri, biasanya Doktor akan:-
  • Membuat ujian pengesahan kehamilan melalui air kencing/ darah bagi kehamilan yang masih di peringkat awal
  • Bertanyakan jumlah/bentuk pendarahan yang keluar.
  • Membuat pemeriksaan dalaman faraj
  • Membuat ujian ultrasound untuk memastikan bayi dalam keadaan baik dan pendarahan bukan disebabkan oleh kehamilan ektopik ataupun kehamilan molar
  • Ujian Darah bagi status resus juga akan dijalankan  terutamanya bagi kehamilan yang pertama (sekiranya ibu belum pernah mengambil ujian ini). Suntikan Anti-D Imunoglobin akan ditawarkan sekiranya darah Ibu adalah Resus negatif bagi menghalang tindak balas sekiranya bayi mempunya resus positif dan darah ibu dan bayi bercampur pada mana-mana tahap kehamilan. 
Ketahui Bila Masalah Resus Boleh Menimbulkan Masalah Di Dalam Kehamilan
  •  Doktor juga akan memberikan rawatan yang bersesuaian seperti pemberian ubat yang boleh membantu menguatkan rahim dan membantu memberhentikan pendarahan seperti Duphaston dan sebagainya. Tanyalah pada Doktor anda jika terdapat sebarang ubat-ubatan yang boleh membantu berdasarkan jenis pendarahan yang dialami.

Keselamatan Bayi

Sekiranya pendarahan disebabkan oleh punca-punca yang tidak membahayakan seperti yang telah saya terangkan di atas dan ianya tidak disertai dengan rasa sakit, kemungkinan besar bayi  akan selamat. Ramai wanita yang dapat meneruskan kehamilan dengan sihat termasuk diri saya sendiri walaupun berlaku masalah pendarahan di awal kehamilan.

Pendarahan yang menunjukkan tanda-tanda awal keguguran biasanya akan disertai dengan rasa sakit atau kekejangan di bahagian perut/pinggang dan pendarahan juga akan bertambah teruk. Manakala pendarahan yang ringan/ pendarahan yang tidak membahayakan akan berhenti dengan sendiri. 

Yang penting bertenanglah dan banyakkan berehat serta jangan melakukan aktiviti berat sehingga kandungan anda stabil sepenuhnya.

Salam sayang;


Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!


 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

3 comments:

dhiya hussin on October 15, 2014 at 1:51 PM said...

Penjagaan ketika hamil amat penting especially di awal kehamilan.

Anda tahu apa manfaat susu ibu..?jom enjoy info ni:http://goo.gl/ozVwI7

Ain Ridzuan on October 15, 2014 at 10:23 PM said...

Artikel yang lengkap dan memberi pencerahan.. Thanks sharing..

nila anggraini on October 16, 2014 at 4:15 PM said...

Terima kasih atas perkongsian ini..memang puas hati sy membaca nya...lengkap dan penuh info...

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template