Tuesday, October 7, 2014

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Salam semua ~

Masih teringat ketika baby Akmal terkena jangkitan Penyakit Tangan, Kaki, Kuku dan Mulut (HFMD) pada tahun lepas. Sejujurnya memang saya tidak menjangka Akmal akan terkena penyakit ini memandangkan Akmal hanya tinggal di rumah dan tidak dihantar ke rumah pengasuh atau pun pergi ke Taska.

Jom kita baca info lanjut tentang penyakit HFMD ini.

Pengenalan

Pakar Runding Pediatrik (kanak-kanak), Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan, Dr. Mazidah Abd. Rasid berkata, HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus.“ Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin.Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempoh lima hingga tujuh hari.



Penyakit HFMD ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja termasuk orang dewasa tetapi ianya sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat. Penyakit ini disebabkan oleh kumpulan enterovirus seperti virus Coxsackie A, EV71 dan Echovirus. Pada lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini. Oleh kerana virus yang menyebabkan penyakit ini adalah berbeza, seorang kanak-kanak yang mengalami penyakit ini masih boleh menghidapinya lagi di masa yang akan datang.

Tempoh Pengeraman Virus
Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini, tempoh pengeramannya adalah di antara dua hingga enam hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempoh 10 hari.

Antara info yang saya perolehi tentang tempoh pengeraman ini ialah  'ada sesetengah kanak-kanak yang dijangkiti hanya mengeluarkan simptom-simptom selepas hampir seminggu dijangkiti. Kisah benar, taska Alia ditutup 5 hari kerana ada sahabatnya yang dijangkiti HFMD. Pada hari ke 6, Alia bersekolah seperti biasa dan ketika pulang dari tadika, ibu Alia mendapati ruam atau lepuh telah mula kelihatan di bahagian peha Alia.  

HFMD Virus
Tanda-Tanda Penyakit
  • Demam panas
  • Sakit tekak 
  • Air liur meleleh
  • Perubahan emosi yang ketara (contoh: kerap menangis, tidak selesa)
  • Kurang selera makan
  • Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah)
  • Ruam /lepuh  dan biji-biji berair (blisters) di tapak tangan dan kaki serta punggung dan di kawasan lampin.

Ruam bersama lepuh di tapak tangan antara tanda-tanda penyakit HFMD



Kawasan ruam/lepuh di badan pesakit

Pada lazimnya penyakit ini tidak membahayakan dan akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh 7 – 10 hari. Walaubagaimanapun kadangkala ia boleh menimbulkan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif di hospital. Sebagai contoh, ada bayi yang langsung tidak boleh makan atau minum disebabkan ulser yang terlalu banyak di bahagian mulut dan tekaknya hingga boleh menyebabkan kekurangan air di dalam badan (dehidrasi). Segeralah ke hospital dan berjumpa Doktor jika:-

  • Anak anda tidak membuang air kecil lebih lapan jam
  • Anak anda kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin
  • Demam lebih tiga hari
  • Sakit mulut semakin teruk
  • Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.

Cara-Cara Penyebaran HFMD
HFMD dikategorikan sebagai penyakit berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak seperti air liur dan hingus, cecair ruam atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini.

Rawatan
Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit. Langkah-langkah yang boleh diambil ialahi:
  • Memastikan pesakit minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi
  • Memakan ubat seperti sirap panadol/panadol untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak. Antibiotik tidak diperlukan untuk merawat HFMD kecuali terdapat jangkitan lain yang memerlukan penggunaan antibiotik.
  • Menggunakan ubat sapu/ubat spray untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser di dalam mulut
  • Ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan.

 Apa yang perlu dilakukan apabila anak dijangkiti?
  • Pastikan anak (pesakit) berehat di rumah hingga sembuh. Oleh kerana penyakit ini boleh berjangkit, elakkan daripada bersekolah atau ke pusat penjagaan kanak-kanak atau ke tempat-tempat awam sehingga sembuh.
  • Elakkan berkongsi peralatan makanan dan barang-barang persendirian seperti permainan dengan ahli keluarga dan adik beradik yang lain.
  • Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti.
  • Cuci pakaian anak dengan cecair pencuci yang khusus untuk membunuh kuman.
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri pesakit dan penjaga. Penjaga dan anak perlu mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampin yang kotor dan sebelum makan. 
  • Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin


Tips
Semasa Akmal dijangkiti penyakit ini, saya ada membaca bahawa pakaian anak perlu direndam menggunakan air panas/ direbus dalam air mendidih sebelum dibasuh.  Sayangnya semua baju Akmal menjadi rosak apabila dibasuh dengan cara ini.

Berdasarkan tips daripada seorang kawan, saya disarankan untuk menggunakan pencuci pakaian yang boleh membunuh kuman seperti Pencuci Pakaian Dettol ini.


Saya juga menggunakan Dettol Spray untuk semua permainan dan barang-barang lain yang dipegang dan digunakan oleh Akmal.


Selain itu, penyakit HFMD ini juga boleh menjangkiti orang yang lebih dewasa seperti penjaga atau ibu bapa kepada kanak-kanak terutamanya mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah. Sentiasalah jaga kebersihan dan jangan lupa untuk mencuci tangan selepas setiap kali memegang pesakit. Baca tentang cara-cara mencuci tangan yang betul dan kepentingannya di sini. 


Salam Sayang & Jumpa Lagi!

0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template