Saturday, October 25, 2014

Permainan Kanak-Kanak Zaman Dahulu ~

Salam semua :-)

Tiba-tiba sahaja terkenang pada zaman kanak-kanak dahulu. Pada masa dulu tiada lagi Ipad, Note, Tablet dan sebagainya. Jadi permainan yang sering menjadi pilihan kanak-kanak ketika itu adalah seperti tarik upih, main getah (zero fine), teng-teng, main guli, main congkak, main batu seremban, main layang-layang, main sorok-sorok, main tudung oren, main roket, main sampan dalam parit dan sebagainya.

Seronoknya Upin dan Ipin Bermain Upih
Permainan Getah atau  Zero Fine biasanya dimainkan oleh remaja perempuan
Permainan Teng Teng


Permainan dulu-dulu ini memang menarik sebab kebanyakkannya melibatkan permainan di luar rumah. Jadi anak-anak akan dapat belajar serta berinteraksi dengan alam sekitar. Adakalanya permainan ini juga dimain bersama-sama rakan sekolah setelah tamat sesi persekolahan pagi sementara menunggu bermulanya waktu sekolah agama di waktu petang. Antara permainan yang sering saya dan rakan-rakan sekolah main di waktu sekolah adalah zero fine, teng teng , batu seremban dan tudung oren. Jika hari hujan pula, kami akan main permainan sampan/ perahu kertas di dalam parit dan sampan siapa yang paling laju, dialah yang menang ~

Oleh kerana sekarang musim hujan, tiba-tiba datang idea untuk bermain sampan kertas ini bersama-sama Arif. Haha, seronoknya Arif dan sepupu tengok sampan berlumba ~ sambil menjerit menang, menang !

Sebelum main, kita buat sampan dulu ~

Lepaskan sampan, kejar, menang !!

Memang seronok rasanya bila Arif dan sepupunya happy walaupun ia cuma permainan yang simple. Nanti kita main sama-sama lagi ye~

Apa kata pembaca juga cuba mana-mana permainan zaman kanak-kanak kita dahulu dan mainkan kembali bersama anak-anak. Ianya pasti seronok dan berbaloi! Cubalah ~

Salam sayang;

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. 

 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

6 comments:

Wan Fatihanum Wan Rusli on October 25, 2014 at 2:27 PM said...

sekarang ni susah nak jumpa kanak-kanak yang tau main batu seremban:) apatah lagi mainan yang lebih tradisional..

Ummu Hanan on October 25, 2014 at 6:05 PM said...

Ila, seronoknya..mengimbau kenangan waktu kecik2 dulu.. Dulu ingat lg yg sllu duk main Batu seremban, galah panjang, teng teng, guli, gasing, baling tin/selipar, tutup botol, bola roundest ek namanya..Waaa byk nya permainan waktu kecik dulu..Meriah dgn sepupu sepapat..Skrg takde..^_^

Anak tak suka makan ubat? Macam mana nak buat?

Akmal Rusydi on October 26, 2014 at 12:08 AM said...

Budak zaman sekarang dah tak kenal permainan tradisional ni.

Ain Ridzuan on October 26, 2014 at 12:12 AM said...

saya suka main tarik upih kelapa...Masa tadika dulu selalu main... Tapi sekarang ni main batu seremban jelah... hehe

Tips hilangkan jerawat batu bak gunung berapi

Ila Fyra on October 26, 2014 at 4:04 AM said...

Itulah Ain, sekarang ni nak cari upih kelapa pun sangat susah. Memang dah plan nak main upih kelapa pula lepasa ni :-)

Puan Hanim on December 24, 2014 at 4:46 PM said...

Ingat balik zaman kecik2 dulu bila baca entry ni..

10 Petua yang diamalkan untuk susu melimpah ruah

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template