Friday, October 31, 2014

Persediaan Menyambut Kelahiran Bayi ~

Salam semua :-)

Hari ini saya nak bercerita tentang topik persediaan menyambut kelahiran bayi daripada sudut yang agak berbeza. Saat kelahiran bayi memang sesuatu yang amat ditunggu-tunggu apatahlagi bagi mereka yang telah bertahun-tahun menantikan kehadiran cahaya mata.



Persediaan menyambut kelahiran bayi bukan sahaja tertumpu kepada  menyediakan barangan keperluan bayi, kita juga sebenarnya amat digalakkan untuk mempersiapkan diri dari pelbagai aspek yang lain seperti mendalami ilmu keibubapaan, mempelajari cara-cara menjaga bayi dan juga persediaan dari aspek mental dan  fizikal. Persediaan dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keibubapaan ini sangat penting bagi memastikan bakal-bakal ibu dapat menjaga bayi mereka dengan sebaiknya.


Antara Buku Yang Sangat Bagus Dibaca Oleh Bakal Ibu Bapa Bermula di Saat Kehamilan Lagi

Proses Kelahiran
Proses kelahiran bayi adalah sesuatu yang normal dan agak mudah walaupun kadangkala proses kelahiran akan mengambil masa yang agak panjang terutamanya bagi ibu-ibu yang bersalin anak pertama. Kesakitan yang ditanggung oleh ibu biasanya akan hilang sebaik sahaja dapat menatap wajah bayi yang baru sahaja dilahirkan. Proses seterusnya adalah pemberian susu ibu kepada bayi. Bagi ibu baru, memang akan terasa kekok untuk memegang atau pun menyusukan bayi. Mungkin juga bayi lebih suka tidur daripada menyusu, jadi ibu perlu belajar cara-cara untuk mengejutkan bayi dari tidur dan menyusu.

Saat-saat Kecemasan ketika Bersalin
Terdapat kes-kes kecemasan yang akan menyebabkan ibu-ibu yang dijangka bersalin secara normal memerlukan kaedah bersalin secara pembedahan. Pengetahuan bakal-bakal ibu tentang perkara ini akan membantu mereka menghadapi saat-saat ini dengan lebih tenang serta memudahkan penjagaan bayi dan diri ibu sendiri sesudah bersalin. Sebagai contoh:-
  • Bagaimanakah caranya untuk ibu menyusukan bayi selepas pembedahan?
  • Bilakah masanya  ibu boleh bergerak dan turun daripada katil selepas pembedahan?
  • Adakah ibu boleh memakai bengkung?
  • Bagaimanakah caranya untuk menjaga luka pembedahan agar cepat sembuh?

Saat-saat Kecemasan Selepas Bersalin
Bagi kelahiran normal  dan bayi juga sihat, bayi biasanya akan ditempatkan bersama-sama ibu di wad sebelum dibenarkan keluar daripada hospital. Bagaimanapun bagi kes-kes tertentu seperti bayi mempunyai masalah kesihatan atau bayi dikhuatiri mempunyai masalah kesihatan dan  sebagainya, bayi mungkin akan ditempatkan di Neonatal Intensive Care Unit (NICU) untuk pemantauan dan rawatan sehingga bayi disahkan sembuh atau pulih sepenuhnya.


Pengetahuan bakal-bakal ibu juga adalah penting agar mereka dapat menghadapi saat-saat kecemasan ini dengan lebih tenang dan dapat memfokuskan diri kepada penjagaan bayi di NICU. Sebagai contoh:-

  • Adakah ibu-ibu memang mempunyai penyakit tertentu semasa hamil yang akan menyebabkan bayi yang baru lahir dipantau di NICU?
  • Apakah sebab-sebab lain yang akan membuatkan bayi ditempatkan di NICU?
  • Apakah rawatan yang akan diterima oleh bayi di NICU?
  • Bagaimanakah caranya untuk ibu menyusukan bayi di NICU?
  • Bolehkah ibu memohon untuk room-in bersama bayi di NICU?
  • Bagaimanakah ibu-ibu boleh menjaga bayi dan berpantang dalam masa yang sama di NICU?
Dapatkah ibu-ibu bayangkan keadaan di NICU tersebut? Pengalaman saya sendiri ketika pertama kali Arif ditempatkan di NICU memang sangat menyedihkan kerana saya langsung tidak mempunyai sebarang pengetahuan atau bersedia untuk saat-saat kecemasan ini. Situasi ini pula sangat berbeza ketika Akmal juga ditempatkan di NICU apabila saya disahkan sebagai pembawa GBS.

 InsyaAllah, entry lanjut berkenaan perkara ini akan saya kongsikan lagi di masa yang akan datang.


Salam Sayang;

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. 
 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template