Sunday, October 5, 2014

Resepi Kek Marble Coco Tamar

Salam semua.
Sejak dua menjak ni Arif memang suka minum Cocoa Tamar. Cocoa Tamar ialah sejenis minuman coklat yang enak rasanya. Nak tau apa lebih lanjut tentang Cocoa Tamar, sila baca di sini ye :-). 
Jadi sempena Hari Raya Aidil Adha yang disambut pada hari ini, Arif request nak Kek Coco Tamar pula. Disebabkan kesibukan dan tiada perancangan awal untuk membuat kek, saya hanya dapat buatkan Kek Marble Coco Tamar. Itulah resepi paling simple tapi sedap dan saya gunakan resepi Kek Oren sepenuhnya untuk membuat kek ini.


Kek Marble Coco Tamar

Bahan-Bahan
1. 4 biji telur
2. 1 1/2 cawan majerin
3. 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
4. 1 1/4 cawan gula kastor
5. 1 susdu kecil esen vanila
6. 2 sudu besar sunquick tropika
7. 5 sudu besar coco Tamar - boleh tambah atau kurangkan ikut suka!

Cara-Cara

1. Di dalam mixer, pukul gula dan majerin hingga kembang
2. Masuk telur, pukul satu persatu
3. Masuk tepung sedikit demi sedikit, pukul rata
4. Masukkan esen vanila dan sunquick, pukul lagi hingga sebati.
5. Tuang sebahagian adunan ke dalam bekas lain. Masukkan coco Tamar dan gaulkan hingga sebati.
6. Tuang adunan asal + adunan coco Tamar secara berselang seli ke dalam loyang.
7. Bakar api bawah 180c selama 40-50 minit.




Dah siap pun. Salam Aidil Fitri & sayang selalu:-)


Jemput makan ye!!


0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template