Saturday, October 11, 2014

Sembelit di Kalangan Kanak-Kanak

Salam semua :-)

Hari ni saya nak cerita tentang sembelit di kalangan kanak-kanak. Masalah sembelit memang menyakitkan dan buat anak tak selesa. Memang kesian bila tengok anak sembelit. Mengikut pengalaman saya sendiri sebagai seorang ibu, sembelit di kalangan anak-anak lebih mudah terjadi selepas anak tadi tidak lagi menyusu susu ibu. Ini kerana suka formula lebih sukar dihadamkan berbanding susu ibu. Arif pun begitu. Apatahlagi sejak sering ke surau mulai bulan Ramadhan yang lepas, Arif mula pandai minum teh tarik yang disediakan untuk para jemaah. Aduhai lah anak :-)


Sembelit

Sembelit adalah satu masalah yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh pemakanan mereka yang tidak cukup mengandungi air dan serat (fiber) , ataupun kerana faktor-faktor lain dalam persekitaran kanak-kanak tersebut.

Seksanya bila anak sembelit.
Seseorang kanak-kanak itu dikatakan mengalami sembelit apabila ia membuang air besar kurang tiga kali seminggu, bila najis itu keras, kering dan besar atau apabila ia menjadi sukar untuk kanak-kanak tersebut membuang air besar.

Faktor utama berlakunya sembelit adalah kerana kekurangan kandungan serat di dalam diet harian anak. Anak kita juga biasanya kurang minum air masak yang secukupnya. Serat dan jumlah air yang cukup adalah sangat penting untuk pergerakan makanan di dalam usus. Gangguan pergerakan makanan dalam usus akan menyebabkan najis terkumpul dan akan menyebabkan najis keras dan menyukarkan pembuangan air besar.


Petua Atasi Sembelit

1. Berikan air yang lebih
  • Minum air yang mencukupi. Ini membantu memudahkan pergerakan najis di dalam usus.
  • Bagi kanak-kanak yang berusia 1 tahun ke atas, mereka juga boleh diberikan jus buah-buahan yang bersesuaian.

Minuman jus segar juga boleh diberikan kepada kanak-kanak mengikut kesesuaian umur mereka.
 2. Berikan makanan yang kaya serat
  • Makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan roti bijirin penuh boleh membantu mengatasi masalah sembelit.
  • Elakakn makanan berlemak, bergula atau berkanji kerana ia  boleh memperlahankan pergerakan usus.
  • Antara serat yang digemari oleh kanak-kanak ialah buah-buahan seperti epal, oatmeal, oren, pisang, kentang bakar dan dan bertih jagung.
Buah-Buahan Kaya Serat

3. Senaman yang cukup
  • Aktiviti fizikal dapat menggalakkan pergerakan usus. 
  • Antara senaman yang amat sesuai bagi kanak-kanak ialah berbasikal.
  • Bagi bayi pula, ibu bapa boleh membuat senaman pergerakan seperti anak mengayuh basikal bagi memudahkan proses pengeluaran najis.

Berbasikal adalah senaman yang paling sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit
4. Wujudkan Jadual pemakanan yang tetap. Makanan merupakan rangsangan semula jadi bagi pergerakan usus. Oleh itu, jadual pemakanan yang tetap menolong mewujudkan pergerakan usus yang rutin.


Bahaya Sembelit

Sembelit yang tidak dirawat boleh membawa kesan/ bahaya seperti  seperti :-
  1. Jangkitan air kencing – Ini adalah kerana najis keras akan menekan saluran air kencing dan mengganggu pengaliran air kencing.
  2. Pendarahan dan dubur luka – Pengumpulan najis yang terlalu lama akan menyebabkan usus bengkak. Kesukaran membuang air besar akan menyebabkan anak anda meneran sehingga bahagian luar duburnya akan luka dan berdarah. Kadangkala ia akan menyebabkan pendarahan.
  3. Kesan psikologi – Kajian doktor mendapati kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit mempunyai kurang keyakinan diri.


Mealshake Membantu Mengatasi Sembelit.

Mealshakes merupakan minuman yang kaya dengan kandungan SERAT di samping mengandungi Vitamin B-12 yang merupakan komponen Vitamin B yang berfungsi untuk melancarkan penghadaman perut.



Bagaimana Mealshakes Shaklee membantu atasi anak sering sembelit?

  • Kandungan serat di dalam Mealshakes Shaklee ini adalah jenis larut  air dan akan bertindak sebagai pembersih usus dan perut anak.
  • Serat ini akan mengumpul sisa makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh dan juga membuang kolestrol berlebihan. Apabila semua sisa makanan ini telah berkumpul, ia akan menjadi gumpalan najis,
  • Serat akan membantu najis tersebut menyerap air supaya najis menjadi lembut. Di sinilah pentingnya anak kita minum air masak yang mencukupi walaupun telah mengamalkan Meal Shake
  • Akhirnya, serat di dalam Mealshakes Shaklee akan mengaktifkan sistem pembuangan najis anak kita dan membantu tubuh mengeluarkan najis dengan mudah.

Dapatkan MealShake Anak Anda Hari Ini. 


Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!
 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
Pengedar Shaklee Malaysia
Pengedar Shaklee Semenyih, Putrajaya dan Setiawangsa (COD)
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

7 comments:

Wan Fatihanum Wan Rusli on October 11, 2014 at 11:51 PM said...

memang best mealshake ni saya sentiasa sediakan stok takut kehabisan..

Syai Nadia on October 12, 2014 at 7:18 AM said...

Anak saya memang suka sangat-sangat MealShakes ni. Ibu mana yang tak gembira tengok anak sihat.

Ila Fyra on October 13, 2014 at 2:09 PM said...

Betul tu Wan, Syai Nadia. Sebelum minum mealshake, anak yang sulung tu memang akan ambil masa hampir 20 minit di dalam toilet. Saya yang akan tanya berulang kali, dah siap ke belum? Semalam tak sampai 2 minit dah panggil "ibu, dah siap!. Memang syukur

Haisa Yusoff on October 13, 2014 at 11:34 PM said...

sama kes dengan anak teruna saya, sebelum ni sembelit manjang, lps consume mealshake..sembelit dah hilang...selera makan pun makin bertambah...nasib ada melashake, dah xsusah hati ibu ni...:)

Ila Fyra on October 14, 2014 at 5:11 AM said...

Ye, betul tu, sukatan meal shakes untuk Arif (3-6 tahun) pun hanya satu sudu kecil sehari. Satu canister boleh digunakan berbulan lamanya ~ memang jimat!

syuhada salleh on October 15, 2014 at 11:08 PM said...

Mealshakes memang bagus untuk anak-anak...customer saya yang bagi anak-anaknya mealshakes pun alhamdulillah dapat respon yang baik ;)

http://ceritadimtiyazcorner.blogspot.com/

NorJarina Mohd Ariffin on October 20, 2014 at 12:42 AM said...

Alhamdulillah mealshakes mg terbaik utk knk2 yg ada mslh sembelit.
http://anakummicomel.blogspot.com

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template