Saturday, October 4, 2014

Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi

Kenali Kolesterol

Kolesterol merupakan sejenis lemak yang dihasilkan oleh organ hati yang memiliki fungsi yang cukup penting pada tubuh. Selain dihasilkan oleh hati, kolesterol juga diperolehi daripada makanan yang kita makan setiap hari. Kolesterol berada di hampir semua bahagian tubuh seperti di otak, sistem saraf, otot, kulit, hati , usus dan jantung. Kolesterol berfungsi sebagai pembentuk sel membran, menyaring setiap molekul yang masuk dan keluar dari dalam sel, membantu menghasilkan hormon-hormon tubuh seperti hormon seksual dan membantu dalam menghasilkan cecair hempedu. 

Sumber Kolesterol
 Jenis-Jenis Kolesterol

Terdapat dua jenis kolesterol di dalam tubuh manusia iaitu LDL dan HDL.Tahap kedua-dua kolesterol ini perlulah seimbang mengikut keperluan tubuh.

Low-density lipoprotein (LDL)
  • Dikenali sebagai kolesterol jahat
  • Tahap LDL yang tinggi tidak baik untuk tubuh. Ia membawa kepada masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri.

 High-density lipoprotein (HDL)
  • Dikenali sebagai kolesterol baik
  • Tahap HDL yang tinggi baik untuk tubuh. Ia membawa kolesterol dalam darah kepada hati, di mana hati akan menyingkirkan kolesterol dari arteri.
Jika tahap kolesterol keseluruhan tinggi disebabkan oleh kandungan LDL yang berlebihan, anda mungkin berhadapan dengan risiko penyakit jantung atau strok.


Ketahui Paras Kolesterol Anda
Kadar kolesterol dalam darah boleh diuji dengan pengambilan sample darah. Berikut adalah paras kolesterol sihat di dalam tubuh manusia.



Kolesterol yang tinggi bukanlah sejenis penyakit TETAPI ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan dan penyakit. Apabila kolesterol dalam darah seseorang meningkat menjadi tinggi, lebihan kolesterol akan disimpan di arteri seperti pada arteri jantung dan di pembuluh darah. Ini boleh menyebabkan penyakit seperti strok, serangan jantung dan penyempitan arteri.


Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dipraktikkan untuk mendapat paras kolesterol yang baik di dalam tubuh.


Mengawal Pemakanan.
  • Amalkan diet yang rendah lemak tepu. Sebenarnya, makanan yang mengadungi kolesterol tidak memberi kesan buruk kepada kolesterol dalam tubuh kita. Masalah berlaku apabila kita mengambil makanan yang tinggi lemak tepu seperti makanan diproses. Oleh itu, banyakkan makan makanan yang sebenar dan lemak yang berkualiti. Lemak yang baik adalah seperti minyak zaitun atau minyak yang berlabel monounsaturated atau polyunsaturated. 
  • Makan lebih kanji dan fiber. Makanan sebegini lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Manakala antioksiden dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.

Perbanyakkan Aktiviti Fizikal
Dengan memperbanyakkan aktiviti fizikal walaupun sekadar berjalan kaki atau sebarang aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh, kita mampu meningkatkan HDL di dalam tubuh. Antara aktiviti yang boleh dibuat adalah seperti:-
  • Bersenam
  • Beriadhah
  • Berkebun
  • Bersukan
  • Menunggang Basikal dll


Aktiviti fizikal juga amat membantu dalam mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah, mempertingkatkan kesihatan jantung dan mengurangkan stres.


Dapatkan Berat Badan Ideal
Golongan yang memiliki berat badan berlebihan adalah berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.

Jauhi Rokok
Menghisap rokok sememangnya amat merbahaya kepada kesihatan. Baca lebih lanjut tentang bahaya merokok di sini. 



Vitamin Untuk Kolesterol - Phytocol ST
~ Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol

Phytocol-ST  ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.

  • Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan untuk merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi.
  • Dirumus daripada campuran sterol & stanol yang kaya dengan manfaat kesihatan.
  • Membekalkan 2,000 mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Phytosterol (fitosterol), juga dikenali sebagai sterol tumbuhan, adalah sebatian steroid sama dengan kolesterol yang terdapat secara semula jadi dalam bijian, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, kacang, dan benih. Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan phytosterol boleh mengurangkan jumlah kolesterol dan kolesterol plasma LDL peringkat.


Kelebihan dan Keistimewaan Phytocol ST
  • Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
  • Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
 Bagaimanakah Fitosterol bertindak?
Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda.

Dapatkan  Phytocol ST anda hari ini!

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!


 

Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template