Saturday, November 29, 2014

Garlic Complex Membantu Menstabilkan Tekanan Darah Tinggi

Salam pembaca semua :-)
Dalam entry yang lepas saya ada ceritakan tentang Set Vitamin yang sesuai diambil oleh Pesakit Darah Tinggi. Salah satu vitamin yang terdapat di dalam set ini ialah Garlic Complex. Garlic complex ini sememangnya amat digemari kerana khasiatnya yang membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan juga membantu menurunkan paras kolesterol LDL. 

Khasiat Bawang Putih
Bawang Putih adalah bahan makanan yang digunakan di dalam masakan sebagai penyedap rasa dan penambah aroma makanan. Walaubagaimanapun bukan semua orang menyukai baunya yang kuat, namun amalan pemakanan bawang putih sebenarnya amat baik untuk kesihatan kita.


Bagi yang inginkan khasiat bawang putih yang semulajadi dan bebas dari penggunaan bahan kimia, pilihan terbaik anda adalah Garlic Shaklee. Berfungsi sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi, Garlic Complex juga berfungsi untuk menstabilkan semula tekanan darah tinggi. 

Garlic Shaklee merupakan salah satu vitamin yang terdapat di dalam Set Darah Tinggi

Selain daripada menstabilkan tekanan darah tinggi, Garlic Complex juga mempunyai khasiat seperti berikut:-
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol normal.
  • Bersifat sebagai anti darah beku dan anti radang
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak.
  • Menggabungkan faedah kesihatan bawang dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary.
  • Membantu melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.
  • Mengawal tekanan darah tinggi. Hasil kajian mendapati Garlic membantu menstabilkan  tekanan darah tinggi dengan pengambilan 2-4 tablet Garlic Shaklee setiap hari.
Jadi bagi yang ingin mengawal tekanan darah tetapi mempunyai kekangan dari segi budget, Garlic Complex sememangnya pilihan yang terbaik. 

Dapatkan Garlic Complex Anda Hari Ini ~


Salam sayang dan jumpa lagi :-)

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

 

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

  ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Ketahui Tentang Penyakit G6PD dan Pantang Larangnya ~

Salam pembaca semua~
Pernah dengar tak tentang penyakit G6PD? Ia biasanya berlaku di kalangan bayi terutama yang baru lahir. Adakah penyakit ini  merbahaya? Jom kita timba ilmu tentang G6PD ini.

Penyakit G6PD
Sebenarnya G6PD (Glucose 6 Phosphate hydrogenese) adalah penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah. Ianya adalah penyakit genetik yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa. Biasanya selepas ibu melahirkan bayi, sampel dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD. 

Bagaimana G6PD Berlaku Kepada Bayi

Maksud kekurangan enzim G6PD

Dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan. Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah. Selain hemolisis, pesakit G6PD juga mudah mengalami penyakit anemia. 


Tanda-tanda G6PD
Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir yang mengalami G6PD akan ditempatkan di wad untuk  pemerhatian kerana bayi G6PD berisiko mendapat jaundis yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang mengalami jaundis perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis)
  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada
Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Apakah patut dilakukan bila anak kekurangan G6PD?

Elakkan anak-anak bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:-

  • Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor.
  • Ubat gegat
  • Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh
  • Minyak gosok
  • Kacang parang. 
Kacang Parang adalah makanan utama yang perlu dielakkan oleh Pesakit G6PD

Pastikan juga ibu-ibu mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital. Ibu-ibu yang menyusu bayi G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti  jadual di bawah agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Sumber: MyHealth Portal

Nota Penting: Sekiranya anak demam atau sakit, pastikan ibu-ibu memberitahu kepada Doktor bahawa anak adalah penghidap G6PD bagi memastikan Doktor tidak memberikan ubat-ubat yang dilarang kepada pesakit G6PD.  

Vitamin Shaklee dan Penghidap G6PD.
Terdapat beberapa vitamin yang tidak disarankan kepada mereka yang menghidap G6PD atau ibu menyusu bayi yang mempunyai G6PD. Elakkan vitamin yang berasaskan herba seperti alfalfa dan berasaskan soya seperti ESP. Walaubagaimanapun ada juga ibu-ibu yang minum ESP tetapi tidak bermasalah dengannya. Sebenarnya ini bergantung kepada tahap G6PD Deficiency yang anda atau bayi alami. Rujuk doktor  terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kekurangan G6PD yang dialami, ada yang sensitif dan ada yang kurang sensitif.

Pengambilan Set Berpantang yang terdiri seperti Vita-lea, B Complex, Vitamin C dan Ostematrix adalah selamat kepada ibu-ibu yang menyusukan Bayi G6PD.


Salam sayang dan jumpa lagi :-)

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

 

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

  ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Thursday, November 27, 2014

Cara Makan Vitamin Shaklee Dengan Betul Hingga Mendapat Kesan Yang Diidamkan

Salam pembaca semua :-)

Hari ini saya nak kongsikan satu topik yang berkaitan dengan cara pemakanan supplemen bagi mendapatkan kesan yang terbaik dan diidamkan. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, memang ramai kenalan atau rakan-rakan yang mengambil supplemen tetapi tidak mengikut cara yang betul. Sudahnya mereka tidak mendapat kesan yang diidamkan dan mulalah rasa malas untuk makan vitamin lagi. Vitamin yang mahal ni mula disimpan di dalam almari, ada yang sampai expired dengan sendirinya.

Anggap Vitamin Adalah Ubat
Vitamin bukanlah ubat yang memberikan kesan serta merta. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi TIDAK merawat punca sakit. Ianya hanya menghilangkan kesakitan tetapi tidak memulihkan. Kesakitan yang kita alami bukanlah disebabkan oleh kekurangan ubat. Sebagai contoh, kita mengambil panadol apabila sakit kepala tetapi sakit kepala yang kita alami bukanlah disebabkan kekurangan panadol (aspirin) di dalam tubuh.

Perbezaan Ubat dan Vitamin

Supplemen atau Vitamin pula adalah bahan berkhasiat yang bertindak merawat  PUNCA penyakit sekiranya digunakan bagi  menampung kekurangannya di dalam tubuh. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan nutrisi di dalam tubuh,  pengambilan supplemen di dalam diet harian dapat mengatasi masalah yang telah terjadi. Sebagai contoh mereka yang mengalami sindrom PMS atau senggugut adalah disebabkan kekurangan kalsium dan kekurangan GLA (Gamma Linolenics Acids) di dalam tubuh. Pengambilan supplemen kalsium Ostematrix dan GLA Complex dapat mengatasi kekurangan nutrisi ini di dalam tubuh dan dapat merawat masalah PMS/ Senggugut  tadi.

Pengambilan supplemen secara berterusan untuk sekurang-kurangnya 90-120 hari juga adalah diperlukan bagi melihat keberhasilannya.  Secara teori, sel badan manusia akan hidup dalam tempoh di antara 90-120 hari sebelum ianya mati dan digantikan dengan sel yang baru. Hasil pengambilan supplemen secara berterusan dalam tempoh penggantian sel ini  ini dapat dilihat apabila sel baru yang dihasilkan tadi lebih sihat kesan daripada pengambilan vitamin, InsyaAllah. Walaubagaimanapun terdapat juga masalah kesihatan yang telah menunjukkan kesan kesembuhan lebih awal terutamanya bagi masalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan nutrien. Tempoh lebih lama juga mungkin diperlukan bagi masalah-masalah yang disebabkan oleh fungsi imun.

Tidak Minum Air Masak Secukupnya
Memang ramai yang bermasalah untuk amalkan minum air masak dan lebih suka kepada air berperisa dan berwarna. Ada juga yang sangat suka  minuman berkafein seperti teh, kopi dan nescafe. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan, sedangkan kita disarankan minum  banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. Sukatan air masak yang betul adalah mengikut nisbah 25kg:1 Liter. Ini bermakna jika berat pembaca adalah 50kg, jumlah air masak yang perlu diminum adalah 2 Liter.

Air masak yang mencukupi sangat penting sekalipun anda tidak mengamallkan supplemen

Tidak Menjarakkan Pengambilan Supplemen Dengan Kafein/ Ubat-Ubatan
Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan dan sedang makan ubat yang dibekalkan oleh doktor, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual pemakanan, contohnya sekiranya ubat diambil pada waktu pagi, pengambilan vitamin bolehlah diambil pada waktu tengahari atau malam.Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan iaitu pada pagi, petang dan malam , maka jarakkan pengambilan vitamin sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum atau selepas makan.

Makan vitamin secara serentak pada satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan makan kesemua vitamin apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.


Pengambilan kafien dalam diet harian
Pengambilan kafien secara berterusan boleh merosakkan vitamin yang sedia ada di dalam badan. Maka pengambilan minuman  yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan penyerapan vitamin tadi terganggu disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

Kurangkan kafein di dalam diet harian


Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi seperti Vita-lea tidak boleh diambil bersama produk tenusu seperti susu atau coklat? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh kita ? Selain itu, perlu kita ketahui bahawa pengambilan beberapa jenis vitamin seperti Alfalfa, Vivix, Carotomax, GLA dan  Vitamin E  tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana ianya mengandungi antioksidan yang tinggi dan boleh mengakibatkan risiko keselamatan kepada bayi di dalam kandungan.

Mulakan Dengan Detox dan Bina Semula Sel Yang Lebih Sihat
Walaupun ini bukanlah satu kewajipan, namun program detox yang dilakukan bagi proses pembersihan dalaman sebenarnya amat membantu untuk badan kita menyerap nutrisi daripada vitamin yang dimakan dengan lebih berkesan. Antara vitamin yang sangat sesuai diambil untuk Detox ialah Alfafa atau Herblax.
 
Detox amat bagus dijalankan sebelum pengambilan Vitamin bagi membantu penyerapan yang lebih baik


Setelah program detox dijalankan, pengguna boleh mengambil vitamin yang diinginkan atau mengambil protein terlebih dahulu seperti ESP atau Mealshake bagi menghasilkan sel-sel baru tubuh yang sihat, di samping memperbaiki sel-sel lama. 

DETOX-- PEMBINAAN SEL-- PENGAMBILAN VITAMIN

InsyaAllah kesannya memang terbaik dan dengan proses detox dan bina semula ini sahaja memang  banyak memberikan kesan positif kepada tubuh badan kita seperti yang saya dan rakan-rakan lain rasai. 

Oleh yang demikian juga, sememangnya sangat penting untuk pembaca semua membeli Vitamin daripada pengedar yang bertauliah  dan mempunyai kepakaran untuk memberikan khidmat rundingan penjagaan kesihatan yang terbaik.

Salam sayang dan jumpa lagi :-)

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

 

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

  ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Tuesday, November 25, 2014

Ketahui Bahaya Tiroid dan Kesannya Kepada Kehidupan ~

Penyakit Tiroid
Kita sering mendengar tentang masalah tiroid tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa penyakit ini adalah merbahaya dan boleh menyebabkan kematian sekiranya penghidap tidak dirawat dengan sewajarnya. Menurut kajian juga , kaum wanita lebih mudah diserang penyakit ini berbanding lelaki.
Selain boleh mengakibatkan kematian, masalah tiroid juga turut  menyebabkan perubahan kepada kehidupan pesakit terutamanya dari segi emosi dan tenaga. Oleh yang demikian, adalah penting agar pesakit dan keluarga terdekat memahami kesan-kesan penyakit ini dan memberi sokongan sepenuhnya kepada pesakit agar pesakit dapat melalui situasi ini dengan sebaiknya.


Kelenjar Tiroid
Kelenjar tiroid terbahagi kepada dua. Dua hormon yang dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triodotiroksin (T3). Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, emosi dan tahap tenaga.

Jenis-Jenis Tiroid
Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama iaitu Hipertiroidisme dan Hipotiroidisme.

Hipertiroidisme
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Antara penyebab penyakit ini ialah :
  • Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok dengan sendirinya.
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan
Pesakit tiroid biasanya sukar mengawal emosi walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil

Tanda-tanda hipertiroidisme:
  •     Bengkak di leher
  •     Cirit birit
  •     Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  •     Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  •     Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  •     Kesuburan turun
  •     Penumpuan kurang
  •     Angin yang tidak menentu
  •     Kejang otot
  •     Osteoporosis (kereputan tulang)
  •     Pengeluaran peluh banyak, bertambah.
  •     Suhu badan naik, tidak tahan panas
  •     Rambut tidak kuat
  •     Sukar bernafas
  •     Sukar tidur
  •     Tekanan darah naik
  •     Turun berat badan walaupun selera naik
  •     Lemah

Hipotiroidisme
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.

Tanda-tanda hipotiroidisme:
  • Bengkak kaki
  • Ingatan terganggu
  • Rasa malas dan kuat tidur
  • Badan sering terasa sejuk dan lemah
  • Daya ingatan menurun
  • Hilang deria rasa dan bau
  • Kadar pengepaman jantung perlahan
  • Kulit jadi kuning – lesu, pucat
  • Kulit kering
  • Masalah kesuburan
  • Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi)
  • Otot mudah kejang dan bengkak
  • Percakapan lambat
  • Pertambahan berat badan
  • Rambut rontok
  • Rasa mengantuk
  • Rendah nafsu seks
  • Sakit kepala
  • Sembelit
  • Suara menjadi serak
  • Tak tahan sejuk

Cadangan Vitamin Shaklee

Hipertiroidisme

  •  Vivix
    • Vivix melindungi dan membaiki DNA. 
    • Membantu meningkatkan tenaga di dalam sel
    • Bertindak sebagai antioksidan semulajadi 
    • Mengandungi Resveratrol yang juga mempunyai estrogen.

  •   ESP
    • Mengandungi protein soya yang mempunyai estrogen. Kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan. Ini berguna utk pesakit hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid
    • ESP boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)
    Nota: Pesakit Hipertiroid tidak boleh mengambil Vitalea/Alfafa

Hipotiroidisme

  •     Vitalea
    • Multivitamin yang mempunyai semua vitamin seperti iodin, vit A, D, E, B2, B3 dan Zinc sangat sesuai untuk pesakit hipotiroidisme
    • Sumber iodin (kekurangan iodin adalah punca penyakit hypotiroidisme)
    • Vitamin A dan D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yg aktif)
    • Zinc diperlukan dalam penghasilan tiroksin atau T4 (hormon tiroid yang tidak aktif) dalam kelenjar tiroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif)

  •     Vita E Complex
    • Vitamin E mengandungi 10mg selenium semulajadi. Ia diperlukan dalam proses penukaran T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid.
  •     B Complex
    • Vitamin B2, B3 dan B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid 
    Nota: Pesakit Hipotiroid tidak boleh mengambil ESP



Salam Sayang & Jumpa Lagi!

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

 

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

  ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Monday, November 24, 2014

Vitamin Shaklee Untuk Sakit Gigi Yang Teramat Ketika Mengandung

Salam semua :-)

Hari ni saya nak kongsikan tentang masalah sakit gigi bagi ibu-ibu yang sedang mengandung. Sakit gigi ini memang menyakitkan apa lagi kalau kita mengalaminya ketika mengandung. Di atas sebab-sebab keselamatan, ibu yang mengandung biasanya tidak digalakkan menjalani rawatan seperti menampal atau mencabut gigi ketika mengandung terutamanya ketika trimester pertama dan ketiga.  



Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting kehamilan yang melibatkan perkembangan janin. Oleh yang demikian, sebarang rawatan yang membabitkan suntikan yang masuk terus ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, ubat tahan sakit serta imbasan X  Selain itu, Ibu yang hamil di trimester ketiga pula dikatakan tidak selesa lagi untuk berbaring di kerusi dental kerana berat bayi akan memberikan tekanan kepada abdomen. Kerana itulah, memang terdapat ibu-ibu yang hanya mampu menahan kesakitan sahaja disebabkan sakit gigi ketika tempoh itu. Dan kerana itu jugalah, wanita yang sering sakit gigi akan dinasihatkan oleh Doktor untuk merawat masalah tersebut terlebih dahulu sebelum merancang untuk hamil semula.

Antara Penyebab Sakit Gigi Ketika Hamil
(Sumber : Majalah Pa & Ma)

Perubahan Hormon
Ketika hamil, gusi juga mudah bengkak dan mendapat jangkitan berpunca daripada perubahan hormon yang menyebabkan bertambahnya pengaliran darah di dalam badan. Kebiasaannya, ibu hamil  mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka dan ia biasanya berlaku ketika memberus atau melakukan flos di celah gigi. Gusi bengkak atau gingivitis jika dibiarkan boleh menyebabkan penyakit gusi kronik yang dipanggil periodontal disease yang akhirnya boleh menjejaskan bayi di dalam kandungan. Kesannya, ibu mungkin bersalin awal atau bayi tidak cukup berat ketika lahir.

Doktor juga tidak akan mengambil risiko membuat rawatan jika ibu hamil mengalami bengkak gusi kerana bimbang berlaku pendarahan yang banyak dan boleh memberi risiko kepada ibu.

Kerosakan Gigi
Selain daripada masalah gusi, kerosakan gigi adalah masalah kedua sering dialami ibu hamil. Ia biasanya berlaku kerana mulut cenderung berasid dan air liur juga kering. Oleh sebab kebanyakan wanita hamil mengalami morning sickness dan sering muntah, jus gastrik yang bersifat asid dari perut akan termasuk ke dalam mulut yang akhirnya boleh menghakis permukaan gigi. Pakar pergigian memberitahu kaedah terbaik yang perlu dilakukan iaitu sentiasa amalkan berkumur dengan air kosong atau menggunakan ubat kumur bagi meneutralkan kembali mulut.

Oleh yang demikian, ibu hamil dinasihatkan menjalani rawatan rutin pergigian sebelum hamil atau sebelum merancang untuk hamil.
 
Perubahan Keperluan Nutrisi
Seperti yang kita sedia maklum bayi yang sedang membesar memerlukan pelbagai nutrisi seperti kalsium untuk untuk pembentukan tulang, sistem saraf, otot dan hati yang sihat. Bayi akan mendapatkan bekalan nutrisi ini dari tubuh ibunya. Maka ibu hamil perlu memastikan jumlah nutrisi yang diambil adalah mencukupi untuk keperluan bayi dan ibu sendiri. Kekurangan nutrisi penting seperti kalsium dan Vitamin C juga boleh membuatkan ibu hamil mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti keradangan gigi.

Vitamin Shaklee Untuk Gigi Yang Sihat

Terdapat 3 jenis vitamin Shaklee yang sesuai untuk membantu menangani masalah sakit gigi terutamanya bagi ibu hamil bergantung kepada masalah yang dialami.



Vita-C Plus
Vitamin C adalah vitamin yang penting untuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. 



Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan memelihara badan daripada jangkitan virus dan bakteria.



Ostematrix
Kalsium pula amat penting untuk mengekalkan kekuatan tulang termasuk tulang yang menyokong gigi. 
OsteMatrix turut membekalkan nutrien-nutrien harian lain selain kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia turut juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 


Selain itu, seseorang ibu hamil juga perlu memastikan zat kalsium yang diambil mencukupi. Ia bagi memastikan keadaan gigi si ibu kekal sihat dan gusi kuat. Pengambilan kalsium semasa hamil juga dikatakan mampu mengelakkan daripada berlakunya masalah sakit pinggang dan kaki kejang khususnya di waktu malam. Sumber kalsium boleh didapati daripada susu, yogurt dan keju. Namun begitu, sekiranya anda merupakan seseorang yang tidak suka akan produk berasaskan tenusu, anda boleh menggantikannya dengan mengambil Ostematrix. Istimewanya Ostematrix adalah ianya terdiri daripada gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet di samping mengandungi magnesium dan vitamin D yang mana ianya tidak menyebabkan kita sembelit dan kita lebih selamat dari risiko mendapat batu karang.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Selain itu, seseorang ibu hamil juga perlu memastikan zat kalsium yang diambil mencukupi. Ia bagi memastikan keadaan gigi si ibu kekal sihat dan gusi kuat. Pengambilan kalsium semasa hamil juga dikatakan mampu mengelakkan daripada berlakunya masalah sakit pinggang dan kaki kejang khususnya di waktu malam. Sumber kalsium boleh didapati daripada susu, yogurt dan keju. Namun begitu, sekiranya anda merupakan seseorang yang tidak suka akan produk berasaskan tenusu, anda boleh menggantikannya dengan mengambil Ostematrix. Istimewanya Ostematrix adalah ianya terdiri daripada gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet di samping mengandungi magnesium dan vitamin D yang mana ianya tidak menyebabkan kita sembelit dan kita lebih selamat dari risiko mendapat batu karang.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Garlic Complex
Pengambilan kapsul bawang putih sebagai antibiotik semulajadi untuk masalah sakit gigi sememangnya telah dipraktiskan oleh ibu hamil di luar negara bagi masalah gigi yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.  


Kandungan alisin di dalam bawang putih memainkan peranan penting sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi untuk membunuh bakteria.  Bawang putih juga berfungsi mencairkan darah. Oleh yang demikian pengambilan Garlic Complex di awal kehamilan dan juga bagi mereka yang mempunyai masalah pendarahan tidak digalakkan.

Atasi Sakit Gigi Semasa Mengandung Dengan Set Penjagaan Gigi Shaklee

Salam Sayang & Jumpa Lagi!

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

 

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

  ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Sunday, November 23, 2014

Kolesterol Tinggi Membawa Padah ~ Atasinya Secara Semula Jadi

Bahaya Kolesterol Tinggi

Penyakit jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Ia juga berkait rapat dengan beberapa faktor seperti keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang.

Kajian terkini membuktikan sumber semulajadi dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan. Kajian juga menunjukkan terdapat beberapa produk  semulajadi yang mampu mengurangkan kolesterol secara sihat dan efektif tanpa kesan sampingan.


Sterol Tumbuhan
Sterol tumbuhan atau turut dikenali sebagai Phytosterols atau stanols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Pengambilan sumber semulajadi seperti marjerin, jus oren dan minuman yogurt yang diperkuatkan dengan sterol tumbuhan ini dapat menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 hingga 15 peratus.

Oat
Oat pula adalah bijirin yang mengandungi serat larut yang dikenali sebagai 'beta glukan' yang terbukti merendahkan tahap kolesterol. Kandungan serat, karbohidrat kompleks dan protein yang tinggi turut membantu menstabilkan kadar glukos di dalam darah.


Minyak  Ikan Omega 3
Minyak Ikan Omega 3 adalah asid  lemak yang penting bagi metabolisme normal kerana ia mengandungi asid lemak tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi (keradangan) di seluruh badan.


Badam dan Walnut
Kajian membuktikan bahawa pengambilan walnut danbadam boleh mengurangkan kolesterol di dalam darah. Kaya dengan asid lemak poli tak tepu , walnut juga membantu mengekalkan salur darah yang sihat dan anjal.


Minyak Zaitun
Minyak zaitun mengandungi campuran antioksida yang kuat yang boleh mengurangkan kadar kolesterol tidak baik (LDL) tanpa mengurangkan kolesterol baik (HDL). Disarankan untuk mengambil dua sudu (23 gram) minyak zaitun sehari.



VITAMIN SHAKLEE
Set Kolesterol Shaklee yang mengandungi sterol tumbuhan dan minyak ikan Omega 3 amat berkesan dalam membantu mengurangkan kolesterol tidak baik di dalam badan (LDL) serta mengekalkan kolesterol baik (HDL).

Set Kolesterol Shaklee

Jom kita tengok bagaimana kedua-dua vitamin ini berfungsi dalam membantu mengurangkan kolesterol di dalam badan.

Phytocol-ST
Phytocol-ST bertindak dengan cara menghalang penyerapan kolesterol ke dalam darah.


Sterol Tumbuhan di dalam Phytocol ST menghalang penyerapan kolesterol ke dalam darah


Omega Guard 
Omega Guard  pula bertindak dengan cara menyingkirkan kolesterol di dalam darah.

 Omega Guard Meningkatkan paras HDL dan menyingkirkan LDL

Sayangi Jantung Anda!
 ~Dapatkan Set Kolesterol Anda Hari Ini ~

Salam Sayang & Jumpa Lagi!

Dapatkan Set Kecantikan Kulit Anda Hari Ini

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

 

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

  ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Saturday, November 22, 2014

Rahsia Kulit Cantik Berseri Bak Artis Akhirnya Terbongkar

Salam semua :-)
Geram sebenarnya bila tengok muka rakan-rakan terutamanya yang sebaya dengan kita cerah dan berseri kan? Maklumlah bila kulit muka cantik, biasanya mereka memang akan nampak lebih muda daripada usia sebenar. Mulalah kita akan rasa lebih tua berbanding mereka.

Suatu masa dulu, saya pun rasa begitu. Walaupun kulit muka saya tidaklah bermasalah sangat tetapi dalam hati memang teruja dengan kecantikan kulit sahabat saya yang bernama Anne ni. Kulitnya bersih, cerah dan sentiasa  nampak 'glowing' seperti kulit Datuk Siti Nurhaliza.  Kata orang tak pakai make up pun memang dah nampak cantik. Hajat di hati memang nak kongsikan gambar Anne di sini, tapi kata Anne dia malu, hihihi. Jadi saya kongsikan gambar Idola Anne ni, Datuk Siti Nurhaliza ye :-)
Kulit secantik dan glowing seperti Siti Nurhaliza memang menjadi idaman setiap wanita
Bila ditanya, rupa-rupanya Anne memang mengamalkan set kecantikan Shaklee sejak remaja lagi. Ketika bersekolah dulu Anne cuma amalkan Vitamin C tetapi setelah bekerja dan ada duit sendiri, Anne mula mengamalkan B-Complex, GLA Complex, Vita E dan ESP. Wah, patutlah wajahnya nampak lebih muda berbanding usia sebenar.

Set Kecantikan Shaklee Yang Diamalkan Oleh Anne
Cuma bila mengandung sahaja Anne akan stop Vita E dan GLA kerana Vitamin ini tidak sesuai diamalkan oleh ibu Hamil. Selain mengekalkan pengambilan B-Complex, Vita C dan ESP, Anne akan tambah juga Ostematrix, Vitalea dan Omega yang sememangnya termasuk di dalam Set Hamil Shaklee.

Memang teruja sangat bila mendengarkan rahsia kecantikan Anne. Bukan itu sahaja,  dengan bilangan anak yang telah masuk 3 orang, Anne juga tetap sihat, bertenaga  dan kekal cergas dalam menguruskan rumahtangga dan kerjayanya.

InsyaAllah, lepas ni saya juga akan amalkan B-Complex, Vita C dan Vita E. Tunggu !!! Hihi.

Salam Sayang & Jumpa Lagi!

Dapatkan Set Kecantikan Kulit Anda Hari Ini

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

 

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

  ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Friday, November 21, 2014

Seksanya Bila Patah Tulang ~ Set Vitamin Patah Tulang Shaklee Membantu Penyembuhan Lebih Pantas

Salam semua.

Baru-baru ni ada sahabat lama saya yang patah tulang akibat terjatuh ketika menaiki motor. Cerita ini pun hanya saya ketahui setelah sebulan ianya berlaku apabila saya berjumpa dengan rakan lama yang lain. Sembang punya sembang, kawan saya pun tanya "Eh, takde ke vitamin yang boleh bantu untuk patah tulang, kesian dah sebulan bersimen tapi masih tak ok lagi tulangnya tu"? Sebelum saya terangkan jenis-jenis vitamin yang sesuai untuk diambil, mari kita tengok dulu info tentang Patah Tulang ini.

Kesakitan Akibat Patah Tulang Memang Menyeksakan

Patah Tulang
Patah tulang atau fraktur berlaku apabila sesuatu tulang mengalami keretakan atau kepatahan. Ia akan berlaku jika sesuatu tulang itu tidak dapat menahan beban atau tekanan yang dihadapinya

Jenis-Jenis Patah
Ada beberapa jenis fraktur yang biasa ditemui:
  • Fraktur tertutup - frakur yang berlaku di mana tiada luka ataupun tulang yang patah itu tidak terdedah kepada udara luar
  • Fraktur terbuka - kepatahan tulang yang mempunyai luka dan terdedah kepada udara luar
  • Fraktur penuh - kepatahan tulang yang berlaku dimana tulang itu patah kepada dua atau lebih serpihan
  • Fraktur tidak penuh - keretakan yang berlaku kepada tulang tersebut
  • Fraktur stres - fraktur yang berlaku disebabkan oleh pergerakan yang berulang di mana tulang itu tidak dapat menahan bebanan tersebut ( seperti berlari atau kawat ) . Tulang akan mengalami keretakan yang amat halus di mana tidak dapat ditunjukkan oleh sinar x pada peringkat awal
Penyebab Tulang Patah.
Tulang patah boleh terjadi bila seseorang :-
  • jatuh sama ada dari tempat tinggi atau terlanggar sesuatu
  • kemalangan jalan raya
  • didera (penderaan kanak-kanak)
  • melakukan aktiviti yang berulang seperti berlari atau kawat (fraktur stress)

Rawatan Patah Tulang

Rawatan fraktur tulang bergantung kepada jenis dan lokasi tulang tersebut. Rawatan awal patah tulang adalah immobilisasi. Menggantung anggota yang patah pula boleh mengurangkan kesakitan dan kebengkakkan. Rawatan secara pembedahan juga dibuat bagi kes-kes tertentu seperti serpihan tulang yang yang tidak boleh disambung dengan sempurna dan  patah yang melibatkan sendi.


Set Vitamin Patah Tulang Shaklee 


Ostematrix
Ostematrix merupakan suplemen yang sangat penting untuk menguatkan tulang, membantu fungsi saraf dan mengelakkan kekejangan otot akibat kepatahan.

Ostematrix adalah Vitamin Yang Amat penting Untuk Penyembuhan Tulang Patah

ESP
ESP merupakan sumber protein terbaik  amat penting untuk membina semula tulang yang patah atau retak. Protein juga diperlukan bagi pertumbuhan sel-sel baru yang tercedera atau mungkin sudah mati.



Omega Guard
Omega Guard boleh melambatkan degradasi tulang rawan pada sendi dan  membaiki sendi yang tercedera akibat patah. Omega Guard juga bertindak mengurangkan keradangan atau bengkak, sebagai pelincir dan membantu untuk bergerak dengan lebih mudah. 


Zinc Complex
Sekiranya anda menjalani rawatan pembedahan bagi merawat masalah tulang patah, pengambilan Zinc Complex mampu mempercepatkan penyembuhan luka. Zinc Complex amat penting untuk sintesis DNA, pembahagian sel, pembentukan kolagen, sintesis protein, dan fungsi imun yang diperlukan untuk pertumbuhan semula tisu dan pembaikan luka.


Dapatkan Set Patah Tulang Shaklee Hari Ini.

Salam sayang dan Jumpa Lagi.

p/s: Mudah-mudahan sahabat saya itu akan segera pulih dan sembuh dari  masalah tulang patah ini. Amin!

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

 

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

  ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template