Thursday, November 27, 2014

Cara Makan Vitamin Shaklee Dengan Betul Hingga Mendapat Kesan Yang Diidamkan

Salam pembaca semua :-)

Hari ini saya nak kongsikan satu topik yang berkaitan dengan cara pemakanan supplemen bagi mendapatkan kesan yang terbaik dan diidamkan. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, memang ramai kenalan atau rakan-rakan yang mengambil supplemen tetapi tidak mengikut cara yang betul. Sudahnya mereka tidak mendapat kesan yang diidamkan dan mulalah rasa malas untuk makan vitamin lagi. Vitamin yang mahal ni mula disimpan di dalam almari, ada yang sampai expired dengan sendirinya.

Anggap Vitamin Adalah Ubat
Vitamin bukanlah ubat yang memberikan kesan serta merta. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi TIDAK merawat punca sakit. Ianya hanya menghilangkan kesakitan tetapi tidak memulihkan. Kesakitan yang kita alami bukanlah disebabkan oleh kekurangan ubat. Sebagai contoh, kita mengambil panadol apabila sakit kepala tetapi sakit kepala yang kita alami bukanlah disebabkan kekurangan panadol (aspirin) di dalam tubuh.

Perbezaan Ubat dan Vitamin

Supplemen atau Vitamin pula adalah bahan berkhasiat yang bertindak merawat  PUNCA penyakit sekiranya digunakan bagi  menampung kekurangannya di dalam tubuh. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan nutrisi di dalam tubuh,  pengambilan supplemen di dalam diet harian dapat mengatasi masalah yang telah terjadi. Sebagai contoh mereka yang mengalami sindrom PMS atau senggugut adalah disebabkan kekurangan kalsium dan kekurangan GLA (Gamma Linolenics Acids) di dalam tubuh. Pengambilan supplemen kalsium Ostematrix dan GLA Complex dapat mengatasi kekurangan nutrisi ini di dalam tubuh dan dapat merawat masalah PMS/ Senggugut  tadi.

Pengambilan supplemen secara berterusan untuk sekurang-kurangnya 90-120 hari juga adalah diperlukan bagi melihat keberhasilannya.  Secara teori, sel badan manusia akan hidup dalam tempoh di antara 90-120 hari sebelum ianya mati dan digantikan dengan sel yang baru. Hasil pengambilan supplemen secara berterusan dalam tempoh penggantian sel ini  ini dapat dilihat apabila sel baru yang dihasilkan tadi lebih sihat kesan daripada pengambilan vitamin, InsyaAllah. Walaubagaimanapun terdapat juga masalah kesihatan yang telah menunjukkan kesan kesembuhan lebih awal terutamanya bagi masalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan nutrien. Tempoh lebih lama juga mungkin diperlukan bagi masalah-masalah yang disebabkan oleh fungsi imun.

Tidak Minum Air Masak Secukupnya
Memang ramai yang bermasalah untuk amalkan minum air masak dan lebih suka kepada air berperisa dan berwarna. Ada juga yang sangat suka  minuman berkafein seperti teh, kopi dan nescafe. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan, sedangkan kita disarankan minum  banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. Sukatan air masak yang betul adalah mengikut nisbah 25kg:1 Liter. Ini bermakna jika berat pembaca adalah 50kg, jumlah air masak yang perlu diminum adalah 2 Liter.

Air masak yang mencukupi sangat penting sekalipun anda tidak mengamallkan supplemen

Tidak Menjarakkan Pengambilan Supplemen Dengan Kafein/ Ubat-Ubatan
Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan dan sedang makan ubat yang dibekalkan oleh doktor, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual pemakanan, contohnya sekiranya ubat diambil pada waktu pagi, pengambilan vitamin bolehlah diambil pada waktu tengahari atau malam.Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan iaitu pada pagi, petang dan malam , maka jarakkan pengambilan vitamin sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum atau selepas makan.

Makan vitamin secara serentak pada satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan makan kesemua vitamin apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.


Pengambilan kafien dalam diet harian
Pengambilan kafien secara berterusan boleh merosakkan vitamin yang sedia ada di dalam badan. Maka pengambilan minuman  yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan penyerapan vitamin tadi terganggu disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

Kurangkan kafein di dalam diet harian


Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi seperti Vita-lea tidak boleh diambil bersama produk tenusu seperti susu atau coklat? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh kita ? Selain itu, perlu kita ketahui bahawa pengambilan beberapa jenis vitamin seperti Alfalfa, Vivix, Carotomax, GLA dan  Vitamin E  tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana ianya mengandungi antioksidan yang tinggi dan boleh mengakibatkan risiko keselamatan kepada bayi di dalam kandungan.

Mulakan Dengan Detox dan Bina Semula Sel Yang Lebih Sihat
Walaupun ini bukanlah satu kewajipan, namun program detox yang dilakukan bagi proses pembersihan dalaman sebenarnya amat membantu untuk badan kita menyerap nutrisi daripada vitamin yang dimakan dengan lebih berkesan. Antara vitamin yang sangat sesuai diambil untuk Detox ialah Alfafa atau Herblax.
 
Detox amat bagus dijalankan sebelum pengambilan Vitamin bagi membantu penyerapan yang lebih baik


Setelah program detox dijalankan, pengguna boleh mengambil vitamin yang diinginkan atau mengambil protein terlebih dahulu seperti ESP atau Mealshake bagi menghasilkan sel-sel baru tubuh yang sihat, di samping memperbaiki sel-sel lama. 

DETOX-- PEMBINAAN SEL-- PENGAMBILAN VITAMIN

InsyaAllah kesannya memang terbaik dan dengan proses detox dan bina semula ini sahaja memang  banyak memberikan kesan positif kepada tubuh badan kita seperti yang saya dan rakan-rakan lain rasai. 

Oleh yang demikian juga, sememangnya sangat penting untuk pembaca semua membeli Vitamin daripada pengedar yang bertauliah  dan mempunyai kepakaran untuk memberikan khidmat rundingan penjagaan kesihatan yang terbaik.

Salam sayang dan jumpa lagi :-)

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

 

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

  ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

17 comments:

nila anggraini on November 27, 2014 at 9:51 AM said...

Ambillah makanan tambahan dengan cara yang betul agar anda dapatkan khasiat yang berkesan.


Jom baca kurus dengan teknik yang mudah dan berkesan tanpa bahan terlarang

Niny fariza on November 27, 2014 at 1:01 PM said...

Perlu elak ambik caffien..say suka juga mabik caffien..:(

Kepentingan Minyak Ikan Pada Wanita Hamil

Nursimatun Md Yusof on November 27, 2014 at 1:05 PM said...

Ramai yang kurang ambil air putih.. Suka minum yang berkeafien. Sebab itulah khasiat dari vitamin kurang di serap oleh badan kan..

Fungsi Dan Khasiat Kayu Manis Dalam Masakan Harian

alyaa aidee on November 27, 2014 at 2:37 PM said...

Betul.. air masak kena minum banyak supaya vitamin mudah larut pada badan. Aturan makan yang betul pun kena tahu. Jangan main hentam je. Barulah dapat kesan optimum!

Haisa Yusoff on November 27, 2014 at 4:24 PM said...

Untuk kesan optimum, harusla mengambil suplemen dengan cara yang betul

ieda dayah on November 27, 2014 at 5:32 PM said...

bab minum air masak tu ramai yang culas.. air masak yang cukup amat diperlukan untuk suplment dpt bkerja dngan betul.. kafein juga perlu dijauhi, jika boleh stop minum kafein lebih bagus tetapi jika tidak boleh stop sila jarakkan masa pengambilan kafein dgn supliment..

MAKANAN MENCEGAH KEGUGURAN RAMBUT

Nik Azimah Awg Hamat on November 27, 2014 at 7:30 PM said...

Ada sesetengah tu tak sabar nk merasa kesan dari suplemen lebih-lebih lagi jika diambil secara konsisten...

IDAMAN SETIAP WANITA

Nabilla illa on November 27, 2014 at 8:12 PM said...

Mngambil suppliment perlulah minum air kosong yang banyak..

Kamalia Lee on November 27, 2014 at 10:58 PM said...

Saya lebih percaya cara pemulihan dengan memenuhi keperluan nutrien yang perlu drpd mengambil ubat sahaja tetapi tidak membaiki underlying cause. Thanks for info

Amalina Ahmad on November 27, 2014 at 11:03 PM said...

kebanyakkan yang ambil supplemen memang selalu failed bab minum air kosong yang banyak, termasuklah saya..huhu

makanan yang boleh tingkatkan hemoglobin rendah ketika hamil

malaysiatercinta.com on November 28, 2014 at 12:32 AM said...

Vitamin Shaklee sangat bagus untuk kesihatan kalau kena cara pengambilannya.

nurul nurshida rosnan on November 28, 2014 at 11:00 AM said...

Pengambilan secara konsisten dan amalkan minum air masak. InsyaAllah pasti berkesan

Syai Nadia on November 28, 2014 at 2:48 PM said...

Baru tau sebenarnya 8 gelas air sama dengan 2.5liter air. Setuju dengan sis, supplemen hanya tambahan bukannya ubat. Ambil supplemen bila diperlukan baru ianya akan membantu dengan baik.

asma el Kareem on November 29, 2014 at 8:06 AM said...

Hidup sihat tanpa ubat! Amalan suplemen memang kena ambil cukup.air putih dan bertindak optimum bila makan ikut jadual

Berat Badan Naik Ketika Hamil

Wan Fatihanum Wan Rusli on November 30, 2014 at 10:51 PM said...

vitamin bukan ubat. itu yg paling utama nak kena tanam dalam fikiran..

Wan Fatihanum Wan Rusli on December 3, 2014 at 9:07 PM said...

bab minum air masak ni susah betul orang nak commit kan...

Syira Masyiramaro on December 4, 2014 at 1:39 PM said...

Susah nak mintak customer konsisten mnum air masak dengan kuantiti yg diperlukan badan..tau minum kafein dan air manis je.

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template