Thursday, November 6, 2014

Coconut Shake Yang Sedap Sampai Termimpi-mimpi nak minum :-)

Salam semua :-)

Sebut je Coconut Shake pasti dah terbayang segelas minuman berperisa aiskrim vanilla dan air kelapa yang manis, sejuk  dan menyegarkan, hihi.. Masih teringat lagi inilah salah satu minuman yang menjadi idaman saya semasa mengandungkan Akmal sejak mula disahkan mengandung. Namun kerana orang tua-tua kata air kelapa ni agak tajam dan tidak digalakkan untu kita meminumnya di awal kehamilan, maka hasrat tersebut saya tangguhkan hinggalah kandungan berusia 8 bulan.

Bahan utama Coconut Shake adalah buah kelapa muda

Mana nak dapat Coconut Shake Yang Sedap Ni?
Ketika saya tinggal di Sungai Merab dulu, memang mudah nak jumpa tempat-tempat yang menjual Coconut Shake. Malah sahabat saya Elis juga ada menjual Coconut Shake di Pasar Tani/ Pasar Malam di Putrajaya. Harganya pun murah, RM2 untuk cup kecil. Sedap pun sedap. Jadi kalau ada kesempatan ke pasar Tani, memang saya tak lepaskan peluang untuk menikmati Coconut Shake ini.

Pasar Tani Putrajaya Kini Terletak Berhampiran di Masjid Besi

Selain di Pasar Tani, di gerai-gerai di tepi jalan berhampiran Uniten pun ada juga Coconut Shake ni dan juga di Food Court Taman Warisan Putrajaya. Namun antara banyak-banyak tempat ni saya paling suka Coconut Shake yang dijual di Food Court Alamanda Putrajaya. Harganya RM4.90 untuk 1 cup. Yummmy. Kalau minum seorang ni memang comfirm kenyang sampai tak lalu makan makanan yang lain. So biasanya kalau minum Coconut Shake ni saya akan kongsi dengan suami atau pun kongsi dengan kawan.

Coconut Shake Food Court Alamanda Yang Memang Sedap
Yang kelakarnya sampai sekarang saya tak tahu di mana nak dapatkan Coconut Shake yang sedap di Semenyih walaupun dah hampir dua tahun menetap di sini. Belum jumpa lagi, kalau yang menjual air kelapa tu memang banyak. Kena survey nampaknya ni :-)

Kalau pembaca semua tahu tempat-tempat lain di seluruh Malaysia yang ada menjual Coconut Shake sedap, sudi-sudikanlah berkongsi maklumat itu di sini ye. Bila cuti-cuti Malaysia nanti bolehlah saya singgah minum :-)

Sebelum berpisah, saya kongsikan resepi mudah untuk membuat Coconut Shake ni. Kata orang kalau dah mengidam tu dan susah nak dapatkan Coconut Shake, bolehlah kita buat sendiri !

Bahan- Bahan

1. air kelapa muda + isinya
2. ais krim vanila
3. sedikit ais
5. sedikit air gula
(air gula ni maksudnya kita dah masak gula tu bersama-sama air hingga cair)

Cara paling mudah nak buat ialah blend semua sekali bahan-bahan di atas dan jadilah Coconut Shake yang sedap tu. Sedia diminum beramai-ramai  :-)
 
Nak lagi best, bila dah siap tu, taburlah sedikit coklat rice supaya nampak lagi menyelerakan macam dalam gambar ni ~


Salam Sayang;

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

 

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

  ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

10 comments:

nila anggraini on November 6, 2014 at 6:46 AM said...

Nampak sangat menyelerakan.....terima kasih atas perkongsian resepi coconut shakes ini illa....insaaAllah nanti nak cuba kat rumah. Yang pentingnya kena beli kelapa muda dulu...hihih

Norhafizah Kamso on November 6, 2014 at 10:36 AM said...

sedapnya coconut shake tu...boleh la cuba buat sendiri nanti. tq resepinya ye.

Ketahui 10 Sebab Kenapa Patut Beri Meal Shakes Kepada Anak

ummu hasni on November 6, 2014 at 11:55 AM said...

adeh...leleh ayaq liur tengok gambar coconut shake ila tu..sedapnyee..
http://vitamincintaummi.blogspot.com

zainah mohamad on November 6, 2014 at 3:11 PM said...

Nampak macam sedap

MINYAK IKAN BANTU KURUSKAN BADAN

nurul huda on November 6, 2014 at 3:18 PM said...

sangat menyelerakan !
permataanugerah.blogspot.com

syuhada salleh on November 6, 2014 at 4:57 PM said...

Lagi satu favourite syu, coconut shake pantai kelebang kt melaka..hehe

Wan Fatihanum Wan Rusli on November 6, 2014 at 10:40 PM said...

wah rajinnya buat coconut shake, memang feveret mak jemah jugak ni...

Ila Fyra on November 7, 2014 at 5:03 AM said...

wah, coconut shake pantai kelebang ye, balik Tangkak nanti bolehlah singgah syu :-)

Norah Ramli on February 8, 2016 at 3:55 PM said...

sy baru buka kedai coconut shake amj kandang!!!
jom datang ke kedai saya, saya beri harga kasih sayang!!!!

Norah Ramli on February 8, 2016 at 3:55 PM said...

sy baru buka kedai coconut shake amj kandang!!!
jom datang ke kedai saya, saya beri harga kasih sayang!!!!

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template