Saturday, November 29, 2014

Ketahui Tentang Penyakit G6PD dan Pantang Larangnya ~

Salam pembaca semua~
Pernah dengar tak tentang penyakit G6PD? Ia biasanya berlaku di kalangan bayi terutama yang baru lahir. Adakah penyakit ini  merbahaya? Jom kita timba ilmu tentang G6PD ini.

Penyakit G6PD
Sebenarnya G6PD (Glucose 6 Phosphate hydrogenese) adalah penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah. Ianya adalah penyakit genetik yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa. Biasanya selepas ibu melahirkan bayi, sampel dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD. 

Bagaimana G6PD Berlaku Kepada Bayi

Maksud kekurangan enzim G6PD

Dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan. Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah. Selain hemolisis, pesakit G6PD juga mudah mengalami penyakit anemia. 


Tanda-tanda G6PD
Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir yang mengalami G6PD akan ditempatkan di wad untuk  pemerhatian kerana bayi G6PD berisiko mendapat jaundis yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang mengalami jaundis perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis)
  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada
Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Apakah patut dilakukan bila anak kekurangan G6PD?

Elakkan anak-anak bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:-

  • Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor.
  • Ubat gegat
  • Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh
  • Minyak gosok
  • Kacang parang. 
Kacang Parang adalah makanan utama yang perlu dielakkan oleh Pesakit G6PD

Pastikan juga ibu-ibu mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital. Ibu-ibu yang menyusu bayi G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti  jadual di bawah agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Sumber: MyHealth Portal

Nota Penting: Sekiranya anak demam atau sakit, pastikan ibu-ibu memberitahu kepada Doktor bahawa anak adalah penghidap G6PD bagi memastikan Doktor tidak memberikan ubat-ubat yang dilarang kepada pesakit G6PD.  

Vitamin Shaklee dan Penghidap G6PD.
Terdapat beberapa vitamin yang tidak disarankan kepada mereka yang menghidap G6PD atau ibu menyusu bayi yang mempunyai G6PD. Elakkan vitamin yang berasaskan herba seperti alfalfa dan berasaskan soya seperti ESP. Walaubagaimanapun ada juga ibu-ibu yang minum ESP tetapi tidak bermasalah dengannya. Sebenarnya ini bergantung kepada tahap G6PD Deficiency yang anda atau bayi alami. Rujuk doktor  terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kekurangan G6PD yang dialami, ada yang sensitif dan ada yang kurang sensitif.

Pengambilan Set Berpantang yang terdiri seperti Vita-lea, B Complex, Vitamin C dan Ostematrix adalah selamat kepada ibu-ibu yang menyusukan Bayi G6PD.


Salam sayang dan jumpa lagi :-)

Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!

 

 JOM ORDER CEPAT-CEPAT dengan harga terbaik daripada saya !!!

  ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **  

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

12 comments:

nurulhuda sobari on November 29, 2014 at 8:56 AM said...

Baru tahu penyakit g6pd ni apa.selalu dok dengar namanya aja.thanks for the info

JommSihatDanCantik -> ADAKAH ANDA JUGA BEGITU??

fisha hasan on November 29, 2014 at 9:08 AM said...

Owh.. Mcm ni dia pny kesan.. Pernah Dgr, tapi tak tau punca dia.. Tq sis share psal ni...
BAHAN ASID APAKAH YANG TERDAPAT DI DALAM MINUMAN BERGAS??

izue jue on November 29, 2014 at 12:14 PM said...

Bahaya juga... Kena lebih berhati-hati wahai semua ibu ayah. Sila layari Aju@VitaSyopz untuk informasi kesihatan...

nila anggraini on November 30, 2014 at 4:26 AM said...

G6Pd tak boleh makan sembarangan kena elakkan makan kacang -kacangan, macam-macam kan penyakit sekarang, jagalah kesihatan anda. amakan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang, jangan lupa makanana tambahan seperti shaklee untuk kesihatan anda.


Jom baca ini pulak Pedas Yang Membawa Banyak Manfaat Bagi Kesihatan

Nik Azimah Awg Hamat on November 30, 2014 at 6:21 AM said...

Tq for sharing. .baru tahu lebih lanjut pasal ni

ATASI MASALAH KEDINGINAN

alyaa aidee on November 30, 2014 at 12:02 PM said...

Ada kawan sakit g6pd ni. Memang makan kena jaga. Mula-mula ingat dia cerewet bab makan.. rupanya dia ada sakit ni..

Niny fariza on November 30, 2014 at 2:24 PM said...

saya ada sorang anak sedara yang G6PD..

Masalah Kesuburan

Kamalia Lee on November 30, 2014 at 11:44 PM said...

Seorang anak buah ada g6pd deficiency ni. Mmg nak kena hati2 bab makanan, ubat dan brg digunakan

asma el Kareem on December 3, 2014 at 10:52 AM said...

Tq atas info ni

Panduan Cara Pernafasan Ketika Bersalin

ieda dayah on December 4, 2014 at 1:04 PM said...

pernah dgr tentang g6pd ni, tapi tak tahu sgt tentang sakit ni.. tq ye kongsi info dgn ida..

Syira Masyiramaro on December 4, 2014 at 4:24 PM said...

Selau dengar juga pasal penyakit ni tp x ambil port.bila baca,baru faham.tengs for sharing

Nurul Idayu on November 28, 2015 at 7:26 AM said...

tq for sharing. pernah dengar jugak psl g6pd cuma tak gaham sgt ape bende..bahaya juga rupenye ye..

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template