Sunday, November 16, 2014

Liat Bayar Hutang ~ Macam Mana Ni?

Salam pembaca semua.

Hari ini saya nak kongsikan satu topik yang sering berlaku di dalam kehidupan harian kita iaitu berkenaan Hutang. Berhutang atau membuat pinjaman adalah perkara yang biasa dan boleh diterima, namun yang amat menyedihkan ialah bila si peminjam terlalu liat untuk membayar hutang atau sengaja buat-buat lupa yang beliau sebenarnya berhutang. 

Note RM1000 yang kini menjadi kenangan

Sikap peminjam yang tidak bertanggungjawab ini memang sangat memeningkan apatah lagi yang meminjam itu kadangkala terdiri daripada keluarga terdekat seperti adik beradik ataupun kawan rapat. Nak minta banyak kali, takut peminjam terasa hati, bila tak minta pun susah juga sebab duit tersebut memang diperlukan untuk tujuan lain. Sudahnya yang memberi pinjam pula serba salah dan kadangkala seperti peminta sedekah kerana terpaksa meminta agar haknya itu dikembalikan.

Hukum Membayar Hutang
Hukum mebayar hutang adalah WAJIB. Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang atau sengaja melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayarnya.  Rasulullah SAW menjelaskan orang yang tidak membayar hutang, doanya tidak diperkenankan oleh Allah SWT. Nabi SAW sendiri tidak menunaikan solat jenazah ke atas sesuatu jenazah jika didapati si mati masih ada hutang yang belum dijelaskan. Setelah dipastikan si mati telah menjelaskan segala hutangnya ketika hidup, barulah Nabi SAW menyolatkan jenazahnya.

Tidak membayar hutang juga  boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidup bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat seperti:-
  • Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
  • Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
  • Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
  • Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.
Sesungguhnya amat rugi bagi mereka yang berhutang tetapi tidak mahu menjelaskan hutang tersebut.
Ini kerana amalan berhutang bukan sahaja membabitkan kehidupan dunia sahaja semata-mata tetapi berpanjangan hingga ke hari akhirat.


Sabda Rasullulah saw : "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."

Sabda Rasullulah saw : "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis Bukhari,Tarmizi,An-Nasai dan Ibn Majah) .

Jadi pembaca semua, andai kita masih berhutang atau masih masih mempunyai hutang, sama-samalah kita berusaha untuk membayar kembali hutang tersebut. Jika tidak mampu untuk membayar sekaligus, bayarlah secara ansuran mengikut kemampuan. Sesungguhnya itu lebih baik daripada menjadikan semua amalan kebaikan kita yang lain tidak diterima di sisi Allah. Dan sentiasalah berdoa agar usaha kita untuk membayar hutang itu sentiasa dipermudahkan oleh Allah.

Doa Agar Mudah Melunaskan Hutang

Doa Agar Terhindar Daripada Kesusahan Berhutang

Salam Sayang dan Jumpa Lagi ~

 Saya adalah pengedar Shaklee Semenyih, Bangi Lama, Putrajaya dan Setiawangsa.  Penghantaran juga dibuat ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju dan Kurier. Harga istimewa menanti semua pelanggan kami.!



Ekslusif Untuk Semua Pelanggan Kami :-)



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Ila Fyra:
H/P No: 013-6751381
Whatsapp: 012-8943453
ID Shaklee: 1155567
Blog: http://raikankasih.blogspot.com

26 comments:

Cik Iman on November 16, 2014 at 3:41 PM said...

Boleh gak amalkan doa tu nak bayar hutang PTPTN ekekee

Ila Fyra on November 16, 2014 at 4:37 PM said...

Hihi, boleh je Cik Iman. Mudah-mudahan segala bayaran hutang-hutang kita yang lain dipermudahkan, Amin.

Kamalia Lee on November 17, 2014 at 9:54 AM said...

Semoga terhindar daripada keberhutangan

Nursimatun Md Yusof on November 17, 2014 at 10:00 AM said...

Kak Tun pernah lalui hal macam ni. Skrg dah hampir setahun. Serah pada Allah aje... Dah tak tau nk buat cmne...


Petua Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin

nila anggraini on November 17, 2014 at 11:43 AM said...

Hutang memang qajib di bayar, tetapi syang sekali zaman sekarang manusia selalu berhutang tetapi tak nak bayar. Lepas hutang terus lari menghilangkan diri. Takut dengan orang nak minta balik duit yang dipinjam tu. Hutang tak dibayar hukumnya berdosa besar. Jadi pwringatan kepada diri saya sendiri dan yang lain...jangan lah berhutang kalau tak mampu nak membayarnya. Kasiham kepada orang yang meminjamlan kita hutang tu.

mengapa peratusan lelaki menemui ajal lebih tinggi daripada wanita

Niny fariza on November 17, 2014 at 12:30 PM said...

Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut..

Kepentingan Minyak Ikan Pada Wanita Hamil

nurulhuda sobari on November 17, 2014 at 1:06 PM said...

Ku masih berhutang dengan ptptn. Setiap malam ayik fikirkan benda nie. Takut mati sebelum hutang habis di bayar..

JommSihatDanCantik -> SOALAN YANG SERING DI TANYA SEBELUM MENJADI AHLI SHAKLEE

Jasreena Zainal Abidin on November 17, 2014 at 2:37 PM said...

selagi masih hidup ni, pulun la lunaskan hutang-hutang yg ada.. nt tido mlm pun tak lena.

kecik sangat on November 17, 2014 at 2:52 PM said...

Sementara hidup,segeralah selesaikan hutangnyg ada...hutang dgn orang... dengan Allah..

Nik Azimah Awg Hamat on November 17, 2014 at 3:11 PM said...

Semoga dipermudahkan utk melunaskan hutang yang ada...

set perut kempis pilihan ramai

supplement eshoppe on November 17, 2014 at 3:57 PM said...

kalau dah nama hutang tu memang wajib dibayar, walaupun tidak tuntut,berdosa besar jika tidak membayar hutang..

fisha hasan on November 17, 2014 at 4:22 PM said...

Berdosa besar jika tak Bayar hutang.. Sbb berkaitan dengan Hak manusia.. Sbb tu sblm kebumikan perlu ditanya jika si mati ada hutang.. Perlu jelaskan hutang terlebih dahulu, Barulah harta pusaka..
CARA MENDIDIK ANAK MENJADI ANAK SOLEH

Zoe Abigail Adamant on November 17, 2014 at 5:07 PM said...

Mereka yang mempunyai tabiat sukar membayar hutang ni memang menyebabkan kita geram.Masa pinjam nak masa tu juga.tapi kalau nak bayar liat betul.


Tips-memikat-jejaka-pujaan

sicomel ayatulhusna on November 17, 2014 at 6:06 PM said...

Manusia zaman sekarang ni tidak terlepas dari berhutang, hutang keliling pinggang tapi bila masa nak bayar liat sangat.

Nabilla illa on November 17, 2014 at 6:57 PM said...

Hutang wajib dibayar.... :D

Amalina Ahmad on November 17, 2014 at 6:58 PM said...

Semoga kita semua terhindar dari bebanan hutang..
Makanan Yang Boleh Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

dhiya hussin on November 17, 2014 at 10:10 PM said...

Hutang kalau tak dibayar merana kita di sana..Sebab tu bila seseorang meninggal,mesti wakil family akan mintak inform kl ada hutang. Sekurang2nya kita bahagia di sana. Apa2pun,dah hutang wajib bayar ye😊

irene kass on November 17, 2014 at 10:18 PM said...

Kata orang yang tak berapa nak mampu, kalau tak berhutang tak merasa nak pakai itu ini.. tapi bila dah berhutang tu wajib la kita bayar semula ye..

Syira Masyiramaro on November 17, 2014 at 10:21 PM said...

Jangan tangguh bayar hutang, nanti rezeki susah nak masuk..

CARA SHOPPING DI ASTRO

izue jue on November 17, 2014 at 11:05 PM said...

Dulu saya pun kena juga. Kawan karib sendiri yang liat nak bayar hutang sehingga 1tahun. Bila minta, terus tak nak bercakap sampai sekarang. Sebab hutang putus sahabat. Sedih betul. So sekarang dah fobia nak bagi pinjam dekat sesiapa.

Pondok Papan on November 17, 2014 at 11:22 PM said...

Masa pinjam manis mulut..bila tiba time bayar memang liat sangat...sama lah dengan saya..hehe..hutang PTPTN bila la mau langsai ni..hadoiii laaa...

Zainab Mat rani on November 17, 2014 at 11:27 PM said...

Bahaya kalau berhutang lama2..byk plk tu..jatuh kpd dosa besar jika tidak bayar hutang bg yg mampu la..takutnya..nauzubillah

<a href=http://znzabadistore.blogspot.com/

Nor Azimah on November 17, 2014 at 11:33 PM said...

pastikan bila kita berhutang..kita catat apa yang kita berhutang..kerana bila kita meninggal roh akan tergantung sbb kita masih berhutang ...nauzubillah..

Mengatasi Masalah Haid Tidak teratur

asma el Kareem on November 18, 2014 at 12:39 PM said...

Capai kebebasan kewangan dengan Shaklee

Mengidam Sotong Kangkung

faezah mohd said on November 18, 2014 at 1:40 PM said...

pasti ada yang rasa tidak selesa jika berhutang kan!!oleh itu haruslah membayar hutang jika nak rasa kehidupan lebih selesa dan diberkati

alyaa aidee on November 19, 2014 at 9:13 AM said...

Janganlah berani main ngan hutang kerana hutang ni la ramai yang sangkut dari masuk syurga. Allahu Rabbi moga kita dipelihara dari masalah hutang piutang

Post a Comment

Jom tinggalkan komen anda di sini :-)

Pendaftaran Ahli Shaklee

Nama Penuh:
E-mail:
No Kad Pengenalan
No Telefon:
Alamat Penuh:
Nama Bank &No Ac Untuk Bayaran Bonus
Status Bujang
Berkahwin
Nama Pasangan dan No Kad Pengenalan Pasangan
Pilihan Keahlian. Bayaran Ke Ac: Maybank -Elza Lovely Enterprise - 512183143403 Bayaran RM75 (Semenanjung Malaysia)
Bayaran RM85 (Sabah& Sarawak)
Keahlian Percuma Dengan Pembelian 200UV
Maklumat Pembayaran
Pesanan/Nota:

This online form was provided by Freedback.

Borang Pesanan Vitamin

Nama
Emel
No Telefon
Alamat 1
Alamat 2
Alamat 3
Poskod
Nama Produk /Set Vitamin & Bil Yang Ingin Dipesan:
Nota (Jika Ada)
Pilihan Bank Bayaran Maybank
CIMB
RHB Bank

This contact form was created by Freedback.
 

-Sihat dan Cantik Semulajadi- Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template